Ahad, 30 Disember 2012

Fenomina Durian Crepe

Ada terbaca dalam suratkhabar pasal Durian Crepe ni. Saya....baru rasa. Agak ketinggalan...hehehe! Dah banyak dengar tapi tak sampai nak pusing satu pekan cari benda ni. Kebetulan kat ofis ada yang jual, saya ambil kesempatan beli...6 ketul RM10. Difahamkan nak buat kulit Durian Crepe ini menggunakan 5 jenis tepung. Mula-mula makan memang sedap....yang silapnya, bila dah sedap...dok pulun jer. Paling saya suka yang sejuk. Sekarang dah mula muak. Kalau bagi percuma pun tak nak dah! Sedapnya kalau makan durian dari Durian Crepe.

Katanya ada Orea Crepe....macam gambar bawah ni. Belum rasa nak makan sebab masih kembang tekak dengan Durian Crepe. 
 

Gambar dari www.kongsiresipi.com

Merapu Pasal Melaka

Dua kali saya ke Melaka bulan ini. Dan ini hasilnya!

Ada Tanjung bagi pada Kling
Bukit beri pada orang Cina, satu lagi Bukit bagi kat Beruang
Kampung pula bagi pada orang Jawa
Pantai pada Puteri
Pengkalan pada Rama
Hang pada orang Utara
Apa yang tinggal di Melaka?
Air yang Keroh, Durian Tunggal, Durian Daun, Tangga Batu, Masjid Tanah & Bukit Piatu

Sebab tu jadi Bandaraya Bersejarah...hanya tinggal sejarah sebab semua bagi kat orang, sampai Sultan pun bagi kat Perak.


Sabtu, 29 Disember 2012

Mana Hilangnya Kluang Station


gambar dari ign.com

Seperti saya yang menghilang kerana kesibukan & kesakitan, saya mencari Kluang Station petang tadi di Shah Alam iaitu di Tesco Extra. Dah kosong. Tiada nota ditinggalkan....minggu lepas ada lagi. Maka saya akan merindui teh aisnya.

Isnin, 24 Disember 2012

Jom Kitar Semula

Kecil-kecilan saja. Selalunya hanya botol air & suratkhabar. Tempat yang selalu saya hantar, di pasar seksyen 6, Shah Alam. Dulu saya suka hantar di Seksyen 10 / 11 (tak ingak lak, salah satu, seksyen 10 atau 11)  dekat dewan tapi dah tutup. Tu yang beralih arah ke seksyen 6. Apa pun brother yang jaga di Seksyen 10 / 11 tu memang kenal sangat dengan saya....siap tolong simpan untuk saya kalau ada orang buang buku cerita yang best.

Buat kali ni ada pulak kotak kasut & kotak laptop. Yang lain macam biasa....suratkhabar & botol air. Duit yang dapat dari barangan ini, selalunya saya simpan dalam tabung. Jangan ingat sikit, cukup untuk cover duit gas saya! Haha, dapur yang jarang berasap...

Kenapa saya kitar semula? For fun :-)  Cuba bayangkan, jika kertas & plastik ini emas atau duit, pasti ramai yang kutip dan simpan! Saya punya fikiran macam ni, nampak jer barangan ini ingat emas, mesti kita nak tukarkannya kepada duit untuk buat belanja! Kalau tak leh, cuba  hargai apa saya yang ada dikeliling kita....kalau tak leh gak....jagalah alam sekitar kita :-)








Rabu, 19 Disember 2012

Kerepek Pisang Paling Mengancam



Datangnya dari Sungai Besar...entah 'parit' berapa. Pertama kali cuba terus jatuh cinta. Inilah kerepek pisang paling sedap yang pernah saya rasa. Yang membawa ke ofis, kawan satu pejabat yang kampungnya sana. Katanya, akak yang buat ni hanya buat base on order sahaja. Nak dapat pun payah. Order 3kg dapat 2kg jer...kekadang kurang! Nih tak sabar nih...sebab katanya...minggu depan boleh dapat :-)

Selasa, 18 Disember 2012

Antara Pulasan & Rambutan




Saya lebih suka pulasan, rasanya lebih enak. Hampir sama isinya dengan rambutan tapi kenapa ye namanya jauh berbeza? Ada terbaca di wikipedia, katanya biji buah pulasan lebih keras dari rambutan dan isinya agak kering & kasar jika dibandingkan dengan buah rambutan. 

Cari lagi kenapa nama pulasan, jumpa yang ni....nama buah pulasan asal dari perkataan Melayu iaitu 'pulas' sebab nak bukak kulit kena pulas guna tangan! Rambutan pun kena pulas gak tapi tak pulak di beri nama yang ada 'pulas'! Agaknya sebab kulit rambutan bulu panjang....datang dari perkataan 'rambut' kot! Mula la saya nak buat kesimpulan sendiri...ada persamaan apa...kedua-dua buah ini, hujangnya tambah 'an'.

Mmm...kedua-dua buah ni datang dari family yang sama tapi tak serupa...ala-ala kembar tak seiras la kan!  Terbaca kat web pertanian, cara nak tanam pun sama!

Sapa-sapa nak taman pokok ni boleh rujuk sini. 

http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=435:panduan-menanam-rambuatan&catid=68:manual-tanaman

Isnin, 17 Disember 2012

Rumah untuk Kucing


Terus teringat meowmeow saya bila terbaca kata-kata di atas. Ada someone post kata-kata di atas ni di FB. Apa lagi saya share kat wall FB saya. Inilah yang meowmeow saya lakukan. Meowmeow saya memang suka lepak atas katil saya & bila saya tidur, diaorang naik sama. Bab solat pun sama saja perangai meowmeow...sama-sama naik atas sejadah. 

Kucing perlu dibiarkan bebas dalam rumah, bukan dikurung. Kalau nak kurung sekalipun biarkan di tempat yang luas bukan sempit. Saya pernah lihat kucing rakan / sepupu saya yang diletakkan dalam kandang yang besar sedikit dari carrier semasa keluar bekerja, bila pulang kerja baru dilepaskan. Kesian kucing tu.

Saya pernah berangan nak buat rumah kucing yang besarnya macam ni. Cuba tambah bumbung. Ceh...berangan pulak! Rumah pun tak der tanah...hahaha! Ini kalau nak letak kucing luar rumah. Gambar ni ambik di FB Kelab Kucing Malaysia (KKM).


Kalau nak kurung jugak dalam rumah. Boleh buat macam gambar di bawah ni. Gambar ni saya ambil dari FB We Loved Fasha Sandha. Saya berangan lagi...hehehe rumah saya pun kecik. Sebab tu la meowmeow saya dibiarkan bebas dalam rumah!

Mana tahu akan datang, jika di izinkan Tuhan dan berkemampuan, ini yang akan saya lakukan untuk meowmeow saya :-) rumah meowmeow saya besar sama ada dalam atau luar rumah. Sudah semestinya ada yang special yang akan dibiarkan bebas dalam rumah! Pilih bulu pulak saya nih!

Ahad, 16 Disember 2012

Jual Beli Kucing......Tak Faham!

Masih lagi di kedai yang jual ikan perhiasan. Tapi kali ini pasal kucing. Kedai tu pun ada jual kucing tapi tak banyak.Ooppss...lupa pulak nak bagitau...cerita katak, ikan laga & kucing ini semasa saya berada di Melaka baru-baru ini, di Bukit Baru.

Bab jual atau beli kucing, saya tak faham. Sebab saya tak pernah buat. Kesian pulak tengok muka kucing-kucing ni. Ada 3 ekor Bengal & 2 Parsi di kedai tu. Saya ambil gambar Bengal saja sebab ramah betul dengan saya....kesian tengok.





Lepas makan tengahari saya kembali ke kedai tu untuk ambil barang. Mmm...dah tinggal dua ekor si Bengal ni.Tanya kat taukeh kedai, katanya baru tadi jual.

Ada juga orang yang beri pada orang lain atau jual kucing yang sedang dalam peliharaan mereka sebab nak beli kucing lain. Ini pun saya tak paham.

Lagi satu yang saya tak faham...bab buang kucing!

Kehidupan saya bersama kucing peliharaan saya bagai satu ikatan. Mereka terlalu istimewa dan tak boleh di jual beli.

Ikan Laga Cun







Dah macam-macam jenis ikan laga dah. Biasa tengok yang harga kurang RM5 tu. Ini ha, merah lagi. Harga pun boleh tahan...lebih dari RM100.

Sabtu, 15 Disember 2012

Katak Umpan Ikan



Tadi ke kedai jual ikan perhiasan. Baru tahu, ada yang jadikan katak yang dalam gambar di atas tu sebagai umpan untuk memancing atau sebagai makanan ikan perhiasan. Terasa kembang tekak nak makan ikan yang size nya besar. Terfikir jugak, mungkin orang tu nak kenakan saya dengan kata katak ini orang buat umpan untuk memancing. Nak sedapkan hati lagi saya tanya member 'orang yang suka pi mancing, diaorang makan ke ikan yang diaorang tangkap atau selepas diaorang tangkap ikan diaorang lepaskan semula?' Saya pernah pi mancing dulu, tapi tak pakai umpan ni dan tak pernah tengok pun orang guna katak!

Jumaat, 14 Disember 2012

Kucing Beryoga

Kita rehatkan minda selepas seminggu penat bekerja....mai tengok kucing buat yoga! Gambar di bawah saya dapat dari Facebook. Ada pergerakkan betul dan banyak yang di buat...kreatif manusia nih!


Rabu, 12 Disember 2012

Elok ke Fit 32 ?


 
Tetiba terfikir? Sebab meowmeow saya pernah bulu gugur. Member ada bagitau, Fit 32 ni buat bulu meowmeow gugur. Pernah juga tanya kat klinik meowmeow yang selalu saya kunjungi....ada la jawapannya...sekarang dah lupa lak. Tapi yang jelas veterinar deny.

Sekarang teringat semula hal ini sebab badan meowmeow saya panas. Bulan sudah bagi Blackwood, tak pulak rasa panas! Ini bukan panas sebab demam. Nak cerita pun payah tapi mereka-mereka yang ada meowmeow boleh faham kot, panas macam mana.

Nak bagi makanan yang lain, meowmeow saya suka sangat Fit 32 ni. Layan saja la kehendak meowmeow saya! Yang penting sihat & saya pantau kesihanan meowmeow.

Ahad, 9 Disember 2012

Dari Enam Jadi Empat

Dula ada 6 ekor. Niat nak pelihara semua...tup tup terpaksa lepaskan 2 ekor. Nak buat macam mana, ini namanya terpaksa. Mana satu nak dilepaskan? Bukan mudah nak buat keputusan. Tidur malam tak lena! Apa pun saya tak lepas bersepah...hantar balik kampung. My mom pun suka kucing...makin meriah la kampung ku dengan meowmeow.

Mai tengok anak bulu saya. Yang ini  namanya Yellow. Muka comel sangat tapi ganas. Ini yang saya hantar kampung...alasan nak sedapkan hati saya sebab dia ganas.

Nak hantar Yellow balik sekor, tak sampai hati. Jadi carikan dia teman supaya dia ada kawan. Yang mana satu. Pilih punya pilih.....fikir punya fikir, akhirnya Shiloh jadi peneman Yellow! Huhuhu....sedih Tuhan saja yang tahu! Shiloh di pilih sebab dia suka menyendiri berbanding yang lain. Jenis tak berkawan dengan meowmeow lain. Dengan saya pun dia tak berapa nak. Ini dia Shiloh. Halus suaranya...itu yang buat saya teringat sampai sekarang. Shiloh is my mom best friend. Mama sayang sungguh dengan Shiloh. Selalu usik my mom, kata nak ambil balik Shiloh....mmmm jangan harap boleh dapat!

Akhirnya ini yang tinggal. Nampak tu ada 4 bulatan...dalam setiap bulatan tu ada meowmeow yang bersama saya sekarang ini. Muahh...sayang sangat semua meowmeow ku termasuk yang di kampung.
 

Alahai Celcom




Dah naik bosan dengan line celcom. Dah berpuluh kali telefon customer service termasuk bawak laptop ke service center tapi line celcom di rumah ku masih macam hampas. Bawak kat service center ok pula. Macam-macam yang mereka cakap tapi tak ok jugak! Diaorang kata tak der masalah! Internet hanya dapat di ruang tamu dekat dengan tingkap! Sama saja, baik yang kat handphone & broadband! Kawan di pejabat yang baru tukar ke line Celcom dari Maxis pun tension...katanya menyesal tukar! Apasal teruk sangat celcom?

Menu Pilihan di Sri Hainan Kopitiam

Saya kerap ke sini Suka makanannya. Tiap kali makan, asyik ambil yang sama saja. Jarang makan nasi di sini kecuali Nasi Ayam Hainan. 

Makanan seperti mee, meehoon, keow teow dengan masakan seperti hailam, kantonis, sup atau kari boleh pilih sama ada nak yang ayam atau seafood. RM1 lebih bagi seafood. Saya selalunya pilih set ayam.

Saya kongsi menu kegemaran saya. Yang mana saya ingat harga, saya nyatakan. Kalau tak silap saya, minuman di sini, kalau tanpa gula harganya kurang 20 sen.

Ini keow teow clear soup, RM7.90. Yang di bawah tu fried chicken wantan, RM4.90.


Cucur ikan bilis, RM5.90. Saya sorang tak boleh habis. Yang ni kena makan sikit saja, kalau banyak, muak. 


Ini minuman yang paling saya suka, sirap selasih :-) RM2.40. Jarang jumpa kat restoran yang ada buat air ni....maksud saya yang letak selasih. Sirapnya tak manis...tu yang saya suka.

Bila dah bosan dengan sirap selasih, saya cari barli suam. Barli tanpa gula ni, RM2.20. 


Nasi Ayam Hainan, RM7.90.  Ayam boleh pilih roasted atau steamed. Sedap lagi yang steamed.
 

 Mee Hailam, RM7.90.
 

Meehoon Kantonis, RM7.90.
 

Penang Keow Teow, RM7.90.

Set Wantan Mee, RM8.90.
 

Bubur ayam. Boleh tambah telur masin atau paru goreng, cuma tambah RM1.50 saja. Bubur ayam kosong dalam RM6.90.
 


Ada cuba ini, sea coconut longan, RM4.00 & yang di bawah tu mata kucing, RM2.40. Bukan selera saya.
 


 Yang ini teh halia, RM2.80. Pertama & terakhir untuk ku.

Ada satu hari tu nak cuba yang lain sikit, saya makan set nasi masala & ayam ni, RM12.90. Samalah pertama & terakhir.


Saya letak bill ni :-). Boleh nampak alamatnya kan! Kat sini tak der tax. 
 

Jumaat, 7 Disember 2012

Hainan Chicken Chop di Kluang Station Express

 
Ke hulu & ke hilir kat Food Court, tak tahu nak makan apa, akhirnya order ini.  Kali pertama cuba, mintak maaf bukan selera saya.

Selasa, 4 Disember 2012

Cat Litter - SmartSift

Dah beberapa kali tengok di blog, gambar ni member tag kat FB. Harga lebih kurang RM175. Belum jumpa lagi di petshop berdekatan. Di FB ada contact number yang menjual ini. Asal untuk kemudahan, boleh dipertimbangkan walaupun lebih mahal dari yang sedia ada di rumah. Ada yang lain tak yang lebih canggih?

Isnin, 3 Disember 2012

Meowmeow Sayang...apa yang tak kena ?

Dah lama saya perhatikan dan masih belum tahu puncanya. Meowmeow saya akan habiskan makanan dalam bekas kuning dulu, kemudian yang biru & akhir sekali pink. Pernah saya tukarkan makanan dalam bekas pink ke kuning & kuning ke pink, tetap apa saja dalam bekas pink akan jadi yang terakhir meowmeow saya makan. Pernah juga saya tukar susunan tetapi sama juga.

Kenapa? Adakah kerana bekas pink itu terlalu ke dalam, warna nya kah atau ada diskriminasi! Ye lah yang pink tu kan bentuk macam kucing! Kalau saya ada di rumah dan makanan habis dalam bekas kuning & biru, meowmeow saya akan bising seolah-olah mintak saya letakkan makanan! Sudah pasti kalau meowmeow saya boleh cakap mesti cerita dengan saya kenapa tak nak makan yang dalam color pink tu.

Ahad, 2 Disember 2012

Makan di Cozy House Restaurant

Makan tengahari saya bersama dua rakan. Ini kali pertama saya makan di sini.


Kita tengok entrance dia. 

Sapa-sapa yang tak tahu di mana, kat menu ada alamatnya :-)


Jasmine Tea - RM7.50,  Fresh Manggo - RM9.30 & Banana Split - RM12.90.


Baby Kailan Salted Fish - RM19.00 & Fried Chicken with Dry Chili - RM20.00.

Assam Fillet - RM21.90.

Sambal Prawn Petai - RM30.00.

Kita fokus dekat sikit ;-)

Yang ni pinggan saya ;-)

Meriahnya meja dengan lauk pauk!

Terliur saya nak menyiapkan post ini. Boleh ulang lagi makan di sini. Harga semua termasuk tax RM140.90.


Sempat lagi snap gambar sebelum balik! Persiapan untuk hari Natal dah pun bermula di GE.