Rabu, 25 Mac 2015

Ohh GST

Makan tengahari di restoran kegemaran. Harga RM15.10 termasuk air (teh ais). Agak-agak lepas GST ada kesan tak pada harga makanan? Turun, syukur? Naik? :(



Sebagai hidangan penyedap hati, kita layan ayat di t-shirt ini.


Apabila Melangkah 40 Tahun

Sebelum melangkah atau sudah menjangkau 40 tahun. Apa saja peringkat usia...peringatan yang berguna, terutamanya untuk diri sendiri. 

Isnin, 16 Mac 2015

Bila Sudah Penat Jalan Sesak!


Marah atau sudah lali dengan jalan sesak?
Pernah atau tidak terkeluar perkataan 'ba alif ba ya'? Atau ada perkataan lain yang lebih sopan?
Ambik kau, terkeluar sebijik.....marah bebenor dengan yang potong jalan!
Ini peringatan kepada diri saya supaya tidak berkelakuan atau berkata begini.

Ada Mainan Boleh Gambarkan Diri Kita?

Tiga kata pertama menggambarkan siapa kita?
Percaya tidak, untuk suka-suka saja. 
Kebetulan masa tengok benda ini tengahari, jadi apa yang saya nampak dulu? 
Jujur
Nasi
Semangat

Mana Ada Masak Tak Menjadi!

Buang istilah masak tak menjadi. Ia menjadi tetapi jadi lain. Jadi tak seperti resipinya ;)

Mana ada masak tak menjadi, ok. Kita namakan ini menjadi kreatif ketika memasak ;) Kalau nak guna juga perkataan masak tak menjadi...mmmm, apa nak buat bila masakan kita kurang menjadi?

Saya ada buat spaghetti, tapi sosnya tak berapa nak jadi ;) Rasanya kurang sedap untuk dijadikan sos spaghetti. Jadi saya buat apa? Kita ubah resipi ;)

Sosnya saya campur dengan sedikit tepung & telur, kemudian saya goreng ;) Pastanya, saya masak hailam, maka jadilah mee hailam.

Kreatifkan! Selamat mencuba ;)



Bila Ku Lihat Cicak

Diaorang boleh macam gini sehingga sejam! Macam gini tu macam mana? Berkumpul ramai-ramai & renung cicak. 

Bukan senang tau nak tengok semua anak-anak bulus berkumpul macam gini.
Kadang-kadang terkeluar suara manja (geram). Geram tak dapat tangkap cicak lagi.

Anak-anak bulus saya ada kemahiran ;) tangkap cicak, lipas dan juga lalat. Saya selalu bagitau diaorang supaya upgrade skills. Tangkap nyamuk pulak. Senang saya, tak yah pakai / sembur ubat nyamuk.


Ohh Milo

Entah sudah atau belum ku telah yang tiruan ini. Macam mana boleh terjadi? Kenapa terjadi? No answer!

Pengguna kena selalu hati-hati.

 Tak boleh blah yang pakai baju BN ni.

Perhati betul-betul......



Ahad, 8 Mac 2015

Kenali Diri Sendiri

Semak diri sendiri. Ada sifat-sifat ini? Sekiranya ada, perbaiki....buang apa yang perlu buang.

Isnin, 2 Mac 2015

Pesanan Kepada Pemimpin & Pengikut

Kita di ajar untuk fikir baik-baik, bertindak baik, anggap semua orang baik belaka. Ya sungguh, dalam agama pun di ajar begitu. 

Hakikatnya, kehidupan ini macam-macam. Yang indah belum tentu yang terbaik. 

Manusia datang dari pelbagai latar belakang, punya pemikiran yang berbeza. Baik untuk kita belum tentu baik pada yang lain.

Dunia juga penuh dengan manupulasi. Tanpa disedari, nilai hidup kafir menjadi ikutan, fitnah kecil dajjal tersemai. Syaitan pula sudah lama berjanji untuk menyesatkan anak Adam sehingga kiamat.

Oleh itu, berhati-hati dalam semua tindakan. Jadilah umat yang tidak mudah dipengaruhi.

Pesan Tok Guru

Buat renungan. Semoga bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga & masyarakat.

Pencakar untuk Si Kucing

Ini saya beli online. Order baru buat. Beli dari kenalan di FB.

Solid kan? Baru boleh tahan lama.

Tebal pun tebal.


Diletakkan getah di bawah supaya tak bergerak.


Yang lama saya beli yang ready made di petshop. Sehari beli satu tiang tercabut.....anak ramai, ganas pulak. Ini dah setahun, dah rosak pun. Cantik memang cantik, tapi ruang nak mencakar sempit.

Sampai barang baru, anak-anak bulus pun datang meninjau :)

I say men....si gemuk ni, tak kasi peluang langsung pada yang lain.