Rabu, 28 Januari 2015

Orang Sibuk Pun Sempat Masak

Ini makanan yang saya suka makan.
Jadi apa saya buat? Masak banyak-banyak, boleh makan berkali-kali tanpa merosakkan rasanya.

Sup ayam ini, rempah ratusnya yang saya adun sendiri :) Tak pakai sup bonjot atau rempah serbuk. Semua rempah saya rendam, bilas & tumbuk.


Spaghetti ini pula, tak pakai sos segera. Saya pakai tomoto fresh. Biar rupa tak cantik asal sedap. Ini rupa mood rajin, bawang & tomato saya potong dadu. Datang mood kurang rajin, saya blender saja. Makanan omputih lagi mudah disediakan....tumis bawang putih, masukkan daging cincang, lepas tu bawang holand & tomato, letak pula oregano, lada hitam & daun bay....garam! Mudahkan ;)

 
Selepas selesai masak, biarkan sejuk dulu. Kemudian  masukkan dalam bekas (untuk sekali makan), selepas itu kita frozenkan. Jadi, banyak bekas-bekas bersusun di tempat dingin beku. Nak makan, tarik satu bekas. Bagi spaghetti, hanya sosnya di masak banyak. Pastanya, nak makan baru rebus.

Kenapa saya buat macam ini? Jimat masa, lebih murah, lebih enak. Dan masakan adalah citarasa kita. Bagi yang sibuk, cari masa untuk buat semua ini untuk makan seminggu kita ;)

Mudahkan :) Selamat Mencuba :)

Selasa, 27 Januari 2015

Kau Pilih Rotan Atau Neraka?

Macam-macam reaksi tumbul bila isu rotan menjadi tajuk utama beberapa akhbar tempatan minggu lepas.

Ini saya petik dari Facebook kartonis terkenal iaitu Ujang. Biar gambar berkata-kata.


Lepas tu, bila dah bising sana sini.....katanya, wartawan yang kurang tepat bagi maklumat. Ohh dunia....


Pak Mat Tempeh




Pandai orang berniaga ;) pakai nama yang memang dikenali...satu babak dalam filem P. Ramlee kan :)
Saya sedang mencari apa nak di makan, tak terfikir pun nak makan tempe....nampak ini terus ambil, sebab namanya :) Pak Mat Tempeh! Boleh tahan sedapnya.
 
Tempe ni di pasarkan oleh Hatikal Marketing, Seri Kembangan. Saya beli di Shah Alam. Selamat mencuba.

Jumaat, 16 Januari 2015

Kucing Sebagai Hantaran?

Dapat photo ini dari rakan saya ;)
Macam-macam orang kita :) kucing pun boleh di buat hantaran. Saya sendiri tak terfikir semua ini.
Sah, pengantin ini suka kucing :) Siap berhias bagai sangkarnya :)
Rasa sweet pun ada, rasa kesian kat kucing tu pun ada ;)

Isnin, 12 Januari 2015

Kalau Rasa Diri Dah Besar?

Peringatan buat diri sendiri.

Makanan Kucing Budget

Inilah makan kucing paling murah yang pernah saya jumpa. Saya beli di kedai 99 Speedmart dari jenama Misha Meow Meow. Saya panggil Misha Omar :) Untuk berat 1.7kg, harganya cuma RM9.85. 

Elok ke? Mmmm, bagi yang nak bagi makan ini saja untuk kucing peliharaan....not advisable. Cuba selang seli dengan makan lain seperti nasi beserta ikan atau ayam rebus. Macam kucing di kampung, pagi makan nasi dan ikan rebus, malam baru diberi makanan seperti ini.

Ada budget lebih, belilah dari jenama seperti Royal Canin, Brit, Blackwood, Iam & yang seangkatan denganya. Kalau dah bagi makan dari jenama ini....nasi, ikan & ayam, tak perlu bagi dah & tak menjadi masalah.

Selamat mencuba :)


Jumaat, 9 Januari 2015

Nasi Goreng Takek di Gerai Mujinah

Nama kedai makan ini Gerai Mujinah, terletak di Jalan Genting, Rantau Panjang, Klang. Waktu berniaganya dari Magrib membawa ke pukul 3 ke 4 pagi.

Gambar hadapan kedai kurang jelas....maaf ya.

Apa istimewanya gerai ini?  Terkenal dengan Nasi Goreng Takek. Apa bestnya Nasi Goreng Takek ni? Harga & quantiti :)

Nasi Goreng yang digoreng kosong banyak-banyak not by order. Dihidangkan dengan ayam goreng, timun & sos cili. RM4 harganya.

Ini saya beli 2 bungkus nasi dan bungkusan depan tu, nasi tambah. Nak tau berapa harga untuk 3 bungkus ni.....RM6 sahaja! Saya pun confuse, saya tanya semula tapi itu harga yang di sebut. Setahu saya sebungkus RM4. Nak tau, berapa dikira untuk nasi tambah.....RM0.50 sahaja ;) Nak kata gerai dah nak tutup sebab itu dijual murah....masih lagi awal. Ini dinamakan rezeki :)


Mai tengok dalamnya.....


Selalunya saya beli nasi yang warna merah tu, baru tahu ada yang warna putih (nasi goreng kampung), kali ni saya cuba yang putih. Saya ambil yang warna merah sebagai nasi tambah. 

Kita tengok dekat-dekat :) Banyakkan nasinya. Ayam goreng pun besar bahagiannya.




Macam-macam orang guna nak tarik pelanggan. Yang tak makan nasi banyak, mungkin ini bukan pilihan...tapi rasalah ayam gorengnya, sedap. Yang nak budget, elok sangat...sebungkus / sepinggan boleh 2 orang makan.

Kalau pi Klang, singgah Gerai Mujinah ya, kita pekena Nasi Goreng Takek.

Gerai-Gerai Acheh

Sudah beberapa kali ke Rantau Panjang, Klang... saya perhatikan gerai-gerai dan kedai-kedai di tepi jalan ini hidup. Rata-ratanya orang Acheh yang berniaga, sehingga ke Pengkalan pun (jeti naik ikan) dikuasai oleh orang Acheh. 

Jangan tanya ada pas kerja ke tak? Nak kata tak der...elok saja mereka berniaga, dah lama pun. Mungkin juga mereka makan gaji dengan orang tempatan.



Khamis, 8 Januari 2015

Kuala Krai Air Naik Lagi?

Gambar dirakam petang tadi. Air naik lagi di Kuala Krai. 
Kalau macam ni, nak mengemas pun tak senang...naik ke rumah ke tak kali ni, cuci.... kotor balik :(
Semoga rahmat yang besar mengiringi mereka di sana. 

Banjir di Pantai Timur...Macam Mana Nak Mula Sekolah Ni!

Lagi gambar kiriman rakan saya.
Sesi dah nak mula, banyak belum clear lagi...aduss.

Singgah di Hayaki Cafe

Menjeling orang sebelah meja, sedapnya tengok pulut diletak santan dan dimakan dengan mangga :) Sebab saya kurang gemar pulut, menu oleh sebelah terpaksa saya lupakan. 

Ini menu saya & rakan-rakan ;)

Terjah ke website Hayaki Cafe, restoran makanan Kelantan rupanya. Masakannya ok, tidak terlalu berat dengan herbs & tidak terlalu ringan....standard cafe.


Mangga blended ini best :) Mangga nya fresh. Di atas mangga, di bawah tu ais yang dikisar dengang mangga.

Ada makanan di sini yang 'bermusim'. Contohnya yang pakai mangga, tiada mangga, tiadalah pulut mangga & mangga blended ni :)

Jemput makan ;) Jom pi Hayaki Cafe.


Kasut Tumit Tinggi




Sudah lama ku tinggalkan kasut tumit tinggi 3 inci. Tiada lagi dalam koleksi, sudah dibuang. Dibuang sebab dah rosak. Bila ku fikirkan, apa yang best pakai kasut tumit tinggi? Mmmm, ohh....lebih kepada fesyen. Terasa diri amat bergaya ;) Tingginya aku, macam model ;) Selesa? Tidak!

Semalam, buat ku senyum sendiri. Ku lihat seorang wanita yang sedang sarat mengandung memakai kasut tumit 3 inci! Wahhh! Kagum aku :) Berani dia pakai? Boleh dia pakai? Aku naik risau tengok dia jalan. Ku perhatikan wanita itu sehingga dia hilang dari pandangan mataku.  

Semoga ibu & anak di dalam kandungannya selamat :) Semoga kasut tumit tinggi itu tidak memudaratkan ibu & anak. 


# image dari carian di google

Rabu, 7 Januari 2015

Menanti Sinar



Dua hari yang lepas, saya bersembang dengan seorang pendatang yang pada mulanya mengaku dirinya berasal dari Sabah. 

Saya ada sedikit syak berkenaan warganegaranya, kerana dari segi percakapan bukan seperti orang Sabah. Mustahil, jika bersekolah di Sabah tetapi loghatnya macam orang seberang. Saya tanya sama ada dia orang Sulu. Katanya tidak, tapi di akhir perbualan barulah mengakui yang dirinya berbangsa Sulu.

Sedih melihat orang yang seagama dengan kita terpaksa melalui hidup yang sukar di negara sendiri sehingga terpaksa datang ke sini untuk bekerja. Beliau tidak habis belajar di universiti dek kesempitan hidup.

Datang ke Sabah secara sah melalui ejen untuk bekerja. Kemudian melalui fasa hitam. Di jual beberapa kali sehingga tercampak ke Semenanjung dengan tiada dokumen peribadi.

Di Semenanjung, bertemu gadis idaman dan mahu berkahwin. Nasihat saya, uruskan dulu dokumen peribadi.

Kini berlepas pulang ke Filipina untuk mendapatkan kembali pasport. Saya doakan beliau selamat sampai di negaranya. 


# image dari carian di google

Selasa, 6 Januari 2015

Nafsu Manusia






Allah berfirman, yang bermaksud :
"Dan aku tidak membebaskan diriku / dari kesalahan, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun dan Maha Penyayang." 
(Surah Yusuf, ayat 53)


Nafsu Amarah terdiri dari :

  • syahwat
  • marah
  • tomahan / serakah
  • sombong / bongkak
  • riak / bangga diri
  • hasad dengki




Sifat Nafsu  Mutma'inah pula :


  • berbuat amal ibadah kepada Allah swt semata-mata
  • bersabar hati menerima serta tabah dalam menghadapi segala macam cubaan / ujian
  • bersifat qona'ah, berlapang dada menerima segala kurnia dari Allah swt, baik besar atau kecil
  • bersifat tawaduk, merendah diri terhadap satu sama lain & tidak buat sewenang-wenangnya
  • beramal ikhlas kerana Allah swt semata-mata, tidak kerana yang lain



dipetik dari buku : MA'RIFATULLAH

Masam Manis Banjir di Pantai Timur






Tiada yang sempurna. Ikuti luahan rakan saya yang turut sama membantu mangsa banjir.

'saya terharu melihat orang jauh datang membantu dengan penuh semangat, tinggalkan anak-anak isteri, keluarkan duit poket sendiri, berkereta berjam-jam, penuh susah payah membantu berhari-hari di sini.....dan saya naik haru melihat orang-orang sini yang rumahnya tidak sampai banjir, keretanya selamat tetapi selamba jalani rutin seperti tiada apa yang berlaku'

'bila naik ke rumah mangsa banjir...ada rasa sedih, terharu dan ada yang saya rasa mmmmm (susah nak cakap), nampak di satu sudut bilik penuh makanan, pampers, biskut dan sebagainya (boleh buka kedai runcit)'

Silat Bukan Pada Majlis






Kenapa mempelajari seni mempertahan diri yang 'luar'? Kenapa tidak silat? Kerana seni mempertahankan diri yang 'luar' ini lebih dekat dengan rumah / sekolah anak-anak. Yang 'luar' itu lebih komersial?

Atau kerana silat ada 'ilmu' lain yang kena dipelajari? Begitu? Saya pernah menjadi ahli kepada sebuah seni silat di Malaysia. Jujur saya katakan, tiada ilmu ghaib yang diamalkan. Malahan ia mendekatkan kita pada agama. Bagi yang bukan beragama Islam, tiada perlu mempelajari apa-apa berkaitan agama.

Dekatlah diri kita dengan seni kita, irama kita, lagu kita.....kerana ini juga membina jati diri kita.

Adat Budaya Yang Perlu Dipertahankan

Sekiranya ke majlis perkahwinan, perhatikan semuanya. Budaya barat berjaya menguasai majlis perkahwinan Melayu. 

Lihat hantaran, lihat pakaian, lihat pelamin, lihatlah majlis itu sendiri. Mungkin ini dikatakan menuju ke arah kemodenan! Benarkah? Pre Wedding itu budaya mana?

Jika kita tidak pertahankan, siapa lagi? Malu? Mahal?  Orang bergaun moden, kita bersongket. Mana pergi sireh junjung pada hantaran? Mana perginya sanggul lintang.

Apa ada pada adat? Agama lagi penting. Sekiranya agama itu lebih diutamanya, tak perlu ada pelamin.

Lama-kelamaan yang mahir tentang adat budaya pun akan pupus kerana ia tidak diwarisi kepada anak cucu. Tinggalkan ia dalam lipatan sejarah. Mahu melihat adat perkahwinan Melayu, pergi saja ke muzium atau baca sajalah buku.




Kucing Tidak Memerlukan Susu

Yellow & Anak-Anak
Semasa kucing dilahirkan, si ibulah yang menyusukan anak-anak. Bagaimana pula jika anak-anak itu ditinggalkan si ibu & masih menyusu? 

Sediakan susu. Susu hendaklah dibancuh cair kerana susu yang dibancuh pekat boleh menyebabkan najis kucing cair serta badannya panas.

Apabila kucing sudah boleh makan sendiri (solid food), tidak perlu lagi diberikan susu. Makanan yang terbaik untuk kucing adalah ayam rebus (air, isi & tulang).


Perkahwinan Itu.....

Pernah berdepan dengan orang yang berkata 'kita kahwin sekali saja, jika ditakdirkan berkahwin lagi, tak kan buat majlis seperti ini.' 
Kenapa perlu ada 'statement' seperti ini? Kata-kata yang lahir sebab gembira bakal melangkah ke gerbang perkahwinan. Sudah tergambar majlis tersebut, mahu seperti yang diidamkan.
Perkahwinan itu datang dengan tanggungjawab.
Fikirlah mana yang perlu diperbanyakkan, 'pelaburan untuk majlis atau pelaburan untuk perkahwinan / alam rumahtangga supaya ia kekal bahagia.'
'Orang berkahwin, kita pun kena kahwin.' Tak bersedia, tak perlu kahwin.
'Majlis dia gah, kita pun kena juga....orang ada konsep, kita pun kena ada....hantaran dia grand, kita pun nak juga.' Nak berlumba untuk apa?
Perkahwinan itu penyatuan dua hati. Mudahkah nak menyatukan dua hati? Tak semudah lafaz....berpijaklah di bumi nyata.


Tangan Memberi & Menerima



Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Itu yang selalu kita dengar. Itu yang selalu disebut.

Yang memberi, perbaiki diri. 
Usah memberi hanya untuk......
Orang nampak
Menunjuk
Menolong tetapi memperdaya
Memperlekahkan yang menerima / meminta

Tuhan tengok hati kita, Tuhan tengok niat kita bukan apa yang kita beri.

Jangan ingat tangan yang memberi itu.....
Berkuasa
Boleh buat apa saja

Sekiranya yang menerima itu dipergunakan / diperdaya / diperlekehkan, pada Tuhan berserah, mengadu nasib.

Yang menerima, perbaiki diri supaya boleh menjadi tangan yang memberi.


#image dari carian di google

Isnin, 5 Januari 2015

Roti Aiskrim




Saya buat sendiri :) Senang saja ;)
Dalamnya aiskrim. Luarnya roti gardenia. Roti jenama lain boleh juga tapi roti gardenia yang paling mudah untuk dibentuk. 
Caranya, lenyekkan roti gardenia dengan roll (alah, apa nama bendalah tuh), lenyek sampai tak boleh nak dilenyek lagi (tak der ruang udara).
Lepas tu masukkan aiskrim. Untuk bentuk, masukkan dalam acuan karipap & tekan.
Nak mengoreng, pastikan minyak betul-betul panas. Gorengnya sekejap saja, sampai kuning. Angkat dan sedia di makan.
Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. Nak makan goreng saja. Mudahkan :)

Nasib Si Kucing Pendatang

Tak terfikir mahu memelihara si Allem ini. Allem kerap datang bermain dengan Sam. Kebetulan pula si Sam ini tiada kawan. Yang lain asyik membuli si Sam ini (sebab Sam baru lagi di rumah ini). Dengan senang hati saya ambil si Allem ini. Seperti kucing-kucing saya yang lain, Allem divaksin dan dikasi. 





Ringgo Yang Manja

Setelah sekian lama mama tidak memelihara kucing dalam rumah, datang si Ringgo, jadilah dia bos dalam rumah. Ringgo begitu rapat dengan mama saya sehinggakan kutunya pun mama yng tolong cari. Dah jadi aktiviti mama di malam hari, cari kutu Ringgo! Walaupun Ringgo tidur makan di dalam rumah, hari-hari dia akan keluar rumah untuk ambil angin dan membuang! Dia tak pergi jauh, hanya berlegar di kawasan rumah.

Ahad, 4 Januari 2015

Si Sam @ Siam Girl


Kisah Si Ringgo

Pernah dengar mak kucing hantar anaknya sendiri untuk dijaga oleh manusia? Inilah dia, si Ringgo. Pada satu pagi, ketika mama saya sedang memberi makan kucing-kucing peliharaannya di belakang rumah, datang seekor ibu kucing menjinjing anaknya & meletakkannya di depan mama. Si anak yang masih kecil & agak unik iaitu memiliki hidung dan tapak kaki yang besar telah menarik perhatian mama saya untuk memeliharanya di dalam rumah. Tuah badan....

Bulatnya Sekarang!

Dengan ini secara rasminya saya tukar nama Allem menjadi Belon :) Bulatnya ko sekarang. Dah pandai pun bermanja. Kadang-kadang over pulak :)




Ini dia dulu, kurang mesra.
Agak-agak dah berapa kilo sekarang? 8 kot! Tak kisah dia bulat sebab dia aktif bermain dan melompat. Almari yang tinggi pun dia boleh panjat :) Isi-isinya kental! Allem ni jenis badan pendek, kaki belakang tinggi, kepala kecik & perut bulat ;)
Kucing kampung yang datang ke rumah, dijaga dengan baik...comel jadinya. Luv you Allem / Belon :)


Coklat & Sos Keluaran Muslim - Al Ikhwan

Pernah dengar coklat & sos jenama Al-Ikhwan? Saya pun baru dengar & baru nak mencuba. Produk ini mudah didapati di Bandar Country Homes, Rawang. Inilah pusat mereka. Dekat kedai-kedai biasa, rasanya tak der kecuali di Restoran Fried Chicken House di Seksyen 7, Shah Alam. Kenapa boleh ada di sini? Sebab Restoran Fried Chicken House ini adalah salah satu dari rangkaian perniagaan milik Al-Ikhwan.



Harganya pun berpatutan. Coklat yang tengah tu (gambar) hanya RM1. Dan sos ini pula, sebotol kurang dari RM3. Murahkan. 

Apa lagi, kita serbu Bandar Country Homes di Rawang & Fried Chicken House di Seksyen 7, Shah Alam. Jom pakat makan coklat & beli sos yang bermutu tinggi :) 

#diizinkan Allah, kita akan cuba mengembangkan rangkaian produk Al-Ikhwan supaya mudah didapati di mana-mana.

Banjir : Sebelum & Selepas

Muhasabah diri. Supaya kita lebih dekat padaNya. Semua yang dilangit & bumi adalah milikNya.

Bersabarlah & redha atas dugaanNya. Pasti besar rahmat dariNya.

Hulurkanlah bantuan kepada yang memerlukan. Jika tiada upaya membantu, panjangkanlah doa buat mereka yang terlibat.




Perbanyakkan Rujukan & Bacaan

Bacalah. Rujuklah banyak buku, penulis dan penerbit. Usah bergantung pada satu sumber sahaja.

Saya pernah terbaca buku yang bercorak keagamaan, ada yang berkisar kepada sejarah kita yang ditulis oleh pemegang PhD tetapi kandungannya banyak dipengaruhi oleh golongan orientalis. Program di kaca TV pun ada yang begitu.

Siapalah saya nak mengkritik, siapalah saya nak bising kerana tiada satu buku pun yang saya tulis dan saya pun tidak punya PhD.

Saya kongsi kata Hukama ini...

Jika itu makanan kita hari-hari, dari sumber yang telah tercemar, itu yang berjaya ditanam dalam diri kita, lama kelamaan kita percaya bulat-bulat isinya. Maka, rosaklah bangsa, rosaklah agama.

Tak Suka Cara Ini!


Berapa banyak syarikat yang buat macam ni! Bila pekerja atau ketua berhenti, yang nak berhenti akan diraikan? Cara-caranya...jamuan di pejabat, keluar makan, main bowling dan sebagainya.

Sepanjang orang itu bekerja bersama kita, berapa kali kita hargai dan raikan mereka? 

Boleh saya simpulkan, jasa akan dihargai bila orang itu nak blah? Atau 'yeahh! I'am happy you nak blah?' Hari-hari lain, dapat bonus, dapat gaji...itu bukan penghargaan ke? Sambutan hari jadi, penghargaan jugak kan?

Boleh tak ubah cara ini?

Hargai satu sama lain sepanjang masa dengan menghargai  kerja yang dilakukan, memudahkan kerja satu sama lain. Buang jauh-jauh amalan pentingkan diri sendiri, tikam belakang, bergossip, ofis politik dan sebagainya.


Berjanji Sehidup Semati

 
Akhirnya dapat juga seseorang yang saya kenali menziarahi 'tempat tinggal' rakannya itu. Apa rasanya jika ia terjadi kepada yang rapat dengan kita. Dengan sekelip mata satu keluarga hilang!

Inilah kubur mangsa MH17, sekeluarga mereka pergi bersama umpama berjanji sehidup semati. Kita yang dengar pun sedih, apa lagi ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.