Ahad, 31 Ogos 2014

Abah di NST




Jeng, jeng....orang interview Abah pasal merdeka ;)
Abah tak pernah cerita pun.....yang dia turun KL pada 31 Ogos 1957 semasa pensyitiharan merdeka! 
Baca NST baru saya tahu.....
Katanya, naik keretapi 10 jam, pada masa tu umur abah 17 tahun.
Pada masa itu tak kira bangsa, agama dan latar belakang, sama-sama hadir bagi meraikan hari yang bersejarah itu
Orang pada zaman itu tak ramai yang berpelajaran tinggi tapi bersatu...la ni, dah ramai yang educated tapi unity dah menipis.... :(
Beli NST hari ini yer :) 

Sabtu, 30 Ogos 2014

Di Sini Bermula Sebuah Cinta




Dah 57 tahun yer kita merdeka.
Rindu buku sejarah sekolah rendah dan menengah.
Agak-agak buku sejarah budak sekolah sekarang apa ceritanya? Mesti dah banyak berubah! Ada tak diaorang belajar citer Hang Tuah, Tun Perak? Yo lah...saya dah lama tak masuk sekolah.
Moga semua dapat hayati erti kemerdekaan....

Moga Lebih Bahagia




Yang baik kita kongsi ;)
Semoga jadi insan yang lebih berjaya...

#info dari Facebook page Irfan Khairi

Lima Perayaan Bagi Orang Islam





  • Hari bertemu dengan Allah di Syurga
  •  Hari dimasukkan ke Syurga
  •  Semasa melepasi Titian Siratulmustaqim
  • Hari roh meninggalkan dunia, iaitu mati (terlepas gangguan nafsu dan syaitan)
  • Sepanjang masa di dunia, iaitu manusia bertemu dan berpisah kerana Allah dan tiada maksiat (umpat keji/ fitnah / aurat di jaga) dipertemuan tersebut

Jumaat, 29 Ogos 2014

Snowy & Sam Satu Bapa?

Mungkinkah?
Sebab bulu hampir sama.
Perangai....dua-duanya manja tetapi Snowy ada sikit sengal!
Mata, Snowy lebih jelas biru dari Sam....
Sam datang ke rumah saya semasa kecil dan begitu ramah sekali...asalnya tak nak ambil tapi Sam tak berputus asa, asyik nak masuk dalam rumah kitaorang saja.
Dari segi saiz badan, Sam kecil sikit dari Snowy.
Snowy lahir dari ibu si Yellow lebih kurang setahun selepas Sam hadir dalam hidup saya. Sam, tak tau sapa ibunya.
Orang kata, kucing kalau sekali bunting, boleh lebih dari sekor bapa kucing!
Saya rasa...ini bapa mereka! 



Kucing ini pernah lepak di rumah saya seharian! Masa tu Yellow belum muncul dalam hidup saya, mungkin kucing peliharaan jiran, sebab nampak macam terjaga. Entah merajuk dengan tuannya kot...tu yang mai lepak dekat rumah saya! Petangnya dia hilang! Saya ada menulis berkaitan meow ini masa mula-mula saya ada blog ;)

Mai tengok Sam & Snow...diaorang sama kan! Ada persamaan juga dengan si bapa kucing di atas.

Yang ni Sam (gambo masa dia kecik)

Ini pula Snowy. Sbowy lebih mirip kepada bapa kucing tu kan! ;)

p/s : saya kekadang bahasakan meow 'diaorang', kawan saya kata 'diaekor' ;)

Kan Aku Dah Cakap!





Kalau tengok gambar di atas ni paham tak apa yang cuba saya bagitau? ;)
Ni nak kasi tau......

Jangan ingat orang yang pakai kereta besar, duduk rumah besar boleh tolong kita...kekadang yang bawa motor cabuk yang boleh membantu kita sama ada harta benda, wang ringgit atau doa mereka. 

Siang tadi kawan saya pergi solat Jumaat....dia cerita kat saya.....
Aku selalu nampak pakcik ni pi masjid awal. Pakcik ni  drive Mercedes Sport kau tau tak....aku kasi salam, dia tak jawab...siap kata 'I have no time'
Kawan saya ni pulak ada interest...cuba-cuba nak bertegur sapa dengan pakcik ni untuk...mmm, mana lah tau akan datang, projek besar masyuk. Ye lah dia nampak pakcik ni bawak kereta besar. Saya dah berbuih mulut cakap kat kawan saya ni....bukan itu caranya! Kawan saya ni pun satu gak, keras kepala, nampak yang bawak kereta besar, berpangkat dia pandang untuk projek dia. Saya kata, awat tak pi approach semua kat dalam masjid tu?

Kawan saya cerita lagi, aku tergamam dengan cara pakcik tu tapi aku doa pada Tuhan 'rahmati hidup insan itu dan jika satu hari ditakdirkan aku kaya raya, elak aku dari semua sikap buruk'. 


#gambar hasil carian di google

Bahaya Ragi Pada Kucing

Kaedah memberi kucing makan ragi atau yis adalah kaedah tradisional yang digunakan untuk mengelak kucing dari bunting.
Keberkesanannya? Ye.....tetapi lebih baik hantar saja kucing ke vet untuk dimandulkan. 
Katakan TIDAK pada ragi.
Pengalaman saya, kucing ibu saya lumpuh separuh badan! Mungkin terlebih bagi atau tak serasi dengan kucing itu. Ibu saya menyesal seumur hidup dan berkali-kali meminta maaf pada si kucing ini. Kucing itu terpaksa mengesot untuk bergerak....
Kalau masih nak budget juga, nak kasi juga, pastikan dapat nasihat yang secukupnya dari yang pakar.
 
Sayangi kucing anda :)

Petua : Menghilangkan Kudis Pada Telinga Kucing

Saya tak pernah buat tapi pernah tengok mak saya buat, (cheq bela kucing cara moden ;) konon, cheq bagi makan had jenis biskut saja, kucing cheq tak jejak tanah, tang mana nak naik kudis), so far Alhamdulillah, kucing saya belum pernah naik kudis.

Minyak yang sudah digunakan untuk mengoreng ikan dituang pada bahagian berkudis itu....idaklah panas-panas dituang, tunggu sejuk.

Berkesan ke? Mmmm, lebih berkesan jika diberi makan kepala ikan bilis. 
Mana lebih senang, mestilah bagi makan kepala ikan bilis :) kalau yang tak makan, boleh gaulkan dengan nasi, kalau tak nak jugak, tumbuk bagi hancur gaul dengan nasi....tak jalan jugak, tangkap dan sumbat dalam mulut.

Nak cuba dengan minyak goreng ikan, tak jadi masalah tapi berminyak-minyaklah pulak, pastu rajin pulak si kucing menjilat, lambat la pulak nak baik! Teringat zaman saya kecik-kecik, nampak saja mak saya pegang kuali...menceceh kucing lari....

Selamat Mencuba :)

# photo dari carian di google

Khamis, 28 Ogos 2014

Terkenang Semasa Dolu







Masa saya kecik-kecik dulu (kiranya darjah 4 ke atas), saya suka tengok peta dunia. Masuk darjah 6, suka giler subjek geografi.....kitaorang belajar geografi sampai ke Canada :)

Jangan tak tau, boleh bayangkan negara-negara tu kat mana :) Sebut negara A tau dia dok kat negara mana dan apa sumber negaranya!
Ilmu yang ada pada diri ini dah mula berkurangan :(   berlaku dalam 2 tahun sudah....sikit-sikit hilang, wa jadi pelupa.....adoi, muda-muda lagi dah 'out' sikit
You know lah.....too many things to think and do now....huhu!


#gambar dari carian di google.

Mungkinkah Adik / Abang Yellow?

Hari tu saya ke petshop....regular customer at Haiwanku di Seksyen 9, Shah Alam ;)
Masa nak masuk, nampak sorang brother ambik beberapa ekor kucing dari boarding.
Mata saya terus tangkap seekor kucing yang berwarna oren! Sebab muka macam Yellow!!
Saya tanya bro tu....'nama apa meow nih'? 'Oren' 
Oiitt....suratan atau kebetulan? My cat is Yellow!
Saya tanya lagi.....'memang bela dari kecik ye'? 
Bro tu kata 'anak bawak balik rumah, kecil lagi'! OMG, Yellow pun memang jumpa masa kecik!!!! Mungkinkah???
Tu gambo kat atas, si Yellowku. Sekarang sudah kurus kering.....la ni panggil Yellow, dia tak kenal....kena panggil 'mak' baru pandang!

Berjaya juga Pengajaran...bab 3

Bukan jatuh saja pengajaran tapi berjaya juga satu pengajaran.....rezeki jugak kan :)

Berjaya.......
Mengharungi cabaran,
Bangun dari jatuh, sedar dari leka,
Menghargai kesusahan,
Melawan hawa nafsu,
Belajar dari mengalaman,
Mengekalkan kejayaan,
(kalau ada yang baik-baik lagi, sila tambah) 
 

#photo dari carian di google

Jatuh itu Pengajaran....bab 2

Siapa yang boleh menjatuhkan kita di dunia? Hanya manusia, kan! ;) 
Ingat Tuhan sayang kita, tu yang didatangkan manusia untuk menjatuhkan kita supaya kita lebih dekat padaNya
Kalau yang rasa dah cukup dekat dengan Tuhan ;) anggaplah besar bahagian menanti di hadapan kita atas kejatuhan ini....
Syukur kita diberi peluang untuk lebih ingat dan dekat padaNya.

Oppps! Yang jatuh masuk longkang, jatuh kena kejar anjing....itu lain cerita tetapi ada pengajaran dari jatuh ini.....supaya berhati-hati ketika berjalan dan lain kali nampak anjing jangan dok lari, buat bodoh saja ;) 
Teringat masa saya sekolah menengah...dalam form 1 or 2. berjalan dengan rakan....sekali datang seekor anjing menuju ke arah saya dengan bising.....apa lagi, wa panjat pagar.....you know lah, what will happen bila pakai skirt panjat pagar, skirt labuh jadi paling singkat...lalalala.
Lepas tu dalam form 4 or 5, saya sampai sekolah agak awal pagi....masih gelap....jeng, jeng, diterpa anjing...saya berhenti berjalan dan pandang anjing itu sambil baca ayat al-Fatihah....anjing tu diam! 
Selepas-selepas tu....ada gak kejadian sama berlaku, saya tak lari dan tak juga baca apa-apa ayat, dah confidence katakan.....tapi kalau yang mai tu besar orang, tak tau nak wat apa, kecut!!!


#photo diambil dari FB page

Rezeki Itu.....bab 1


Lapang dada, jiwa tenang...rezeki,
Hakikat dunia.....wang boleh 'membeli kemudahan',
Wujud golongan berlumba-lumba 'membeli kemudahan' itu
Maka ada yang berlumba cara betul dan sebaliknya....


# gambar dari FB page

Rabu, 27 Ogos 2014

Kibarkanlah Bendera Kita

Dah kibar ke belum? 
Saya sudah :) di FB dan blog ;)
Paling terasa semangat sambut kemerdekaan adalah pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri :) 
Zaman tu, kat kereta pun saya letak. Senang nak dapat bendera Malaysia....
Mana pergi semangat itu? 
Kenapa ia makin pudar?
Jom tanam semula semangat ini pada semua generasi.....pada semua bangsa Malaysia!

Isnin, 25 Ogos 2014

Suri di Hatiku





Si Suri posing atas almari baju.
Tempat lepak, tempat tidur, tempat istirehat atau mungkin juga tempat pelarian dari diganggu yang lain.
Dia hanya benarkan si Spider saja yang naik. Pernah si Simba naik....nampak sangat muka tak puas hati dia...siap bunyi-bunyi mau gaduh lagi, akhirnya si Simba mengalah dan turun. Jarang Spider atau Simba naik situ, tu kot dia suka.....'yeahh, saya boleh berseorangan'!
Snowy? Oppps, badan terlalu gemuk untuk panjat! Tak lepas.....haha. Saya percaya...kalau Snowy dapat naik situ, confirm Suri cari port lain! 

Bika Ambon

Hari ini kita cerita pasal makanan...



Saya pesan Bika Ambon ini dari warga Indonesia yang menjaga kawasan kediaman tempat tinggal saya. Saya pesan melalui rakan beliau semasa beliau pulang ke Medan menziarahi isteri yang baru bersalin. Tapi beliau terlupa....beberapa hari yang lepas terjumpa, dia tegur saya 'akak ke yang pesan Bika Ambon'? Apa lagi....'ye' lah jawapan saya. Dia kata pada saya 'nanti saya pesan pada rakan saya yang akan pulang ke sini (mereka balik kampung sejak raya)'. 

Yang boleh terpesan Bika Ambon ini sebab ada rakan pernah ke Medan, memberitahu saya yang kuih ini sedap! Dia kata rasa macam kek gula hangus tapi lagi sedap!

Bila saya dapat kuih ni, saya ambil bau....semacam jer. Saya potong kecil saja...dan makan, mmm...cannot go! Rasanya manis dan pelik pada saya....rasa manis yang sangat, ada rasa limau dan rempah. Antara ramuannya, tepung ubi, gula, jeruk limau dan rempah.

We put it this way, selera orang tak sama. Ye lah, bukan semua orang boleh makan durian, dodol dan sebagainya. Begitulah ceritanya Bika Ambon ini. Terima kasih kerana memberi, saya hargainya. 

Saya buat apa dengan kuih ini....saya kasi kawan-kawan :) Saya kasi juga rakan yang bagi tau saya 'sedap' kuih ni....dia pun tak boleh masuk. Katanya lain dari yang dia makan semasa di Medan dulu....berapa tahun da u pi Medan....kuih pun melalui fasa perubahan dengan macam-macam perisa ;)

Resipi Biskut Roti Bersalut Coklat

Ini kiriman rakan kepada saya melalui whatsapp...
Mmmm....tak terfikir pun.
Akan datang kalau dah tak der idea nak buat biskut raya, ini pun boleh ;-)
Selamat mencuba.

Isnin, 18 Ogos 2014

Tetap dalam Ingatan




24 Julai 2014 yang lepas, genap 3 tahun si Tam kesayangan saya meninggalkan saya :(
Kalau Tam masih hidup, dah 9 tahun umur dia....
Saya tak sedih lagi tapi Tam tetap dalam ingatan. Saya berkata pada diri saya....saya sudah jaga dia sebaik mungkin, kini tiba giliran saya mencurahkan kasih sayang pada yang lain.
RIP sayang.

Lawyer atau Lawyer Buruk

Orang macam ni, lawyer atau lawyer buruk?

'You are telling lawyer what to do!'

I yet to finish my sentences....

'Ok-ok I tau!'

I cakap sepatah....

'Why you don't tell me?'

Hello, kalau kucing I dengar pun dia marah!!!
 


 

#gambar hasil carian di google

Bila Semua nak Cepat

Asyik semuanya 'urgent', sampai dah puas dengar 'urgent', jadinya tak 'urgent', tak rasa apa-apa! ;-)
Stay Positive....positif la konon!
I say to myself :-)

'When Everything is Urgent, None is Urgent, Urgent is Everyday in Life'

Faham baik-baik maksud tersirat....hahaha!





#gambar dari carian di google

Dodoikan Kucing

Tadi dapat tidur beberapa jam saja. Terlelap jam 5 pagi.
Buat apa? Dodoikan kucing. Pukul 11,  dua datang dengan bunyi menderam-deram....satu kat tangan kanan satu lagi tangan kira, bergolek-golek diaorang. Tak lama lepas tu mai lagi sekor....siap meow meow depan muka kita.....alah macam budak nak ajak main. Kita pun layan la. Tengok jam dah pukul 2 pagi. I say....dah kita tak dapat lelap. Ku golek-golek kiri dan kanan....tak boleh gak lelap! Huhu....
Round ke dua.....depa mai lagi, dah jam 3 pagi! Inilah kehidupan mommy kucing.

Betul kata gambar di bawah nih. Tapi saya, belum pernah lagi ambil MC untuk jaga kucing :D


# gambar dari Facebook page.

Ahad, 3 Ogos 2014

Nama Saya Melayu

Saya Melayu
Saya busuk hati
Saya malas
Saya nak kaya cepat
Saya suka politik
Saya suka berpolitik di mana- mana saja 
Saya kaki ampu
Saya biar papa asal bergaya
Saya suka menjatuhkan bangsa saya sendiri
Saya dengki dengan kejayaan bangsa saya sendiri
Saya tak tolong bangsa saya sendiri...bagi saya ada apa dengan bangsa 
Saya tak kisah berpecah dengan bangsa saya sendiri 
Saya nak naik dengan menjatuhkan bangsa saya sendiri
Saya tak boleh tengok bangsa saya berjaya
Saya iri hati dengan kejayaan bangsa saya sendiri
Bagi saya bangsa tak penting...........walaupun saya tahu bangsa lain amat kuat 'unity' nya. 

Yang penting saya seorang Islam.....
Sedangkan
Melayu tak semestinya Islam
Islam tak semestinya Melayu
Islam bukan milik orang Melayu
Islam dan Melayu adalah dua benda yang berbeza


Sebab itulah saya kata bangsa tak penting sebab
Nabi kita menekankan Islam bukan bangsa
Zaman nabi itu dan ini.....maka banyaklah ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang dikeluarkan
Sehinggalah Melayu lupa....
Melayu dah jadi Tuhan / Allah
Melayu menjatuhkan hukum kepada bangsa sendiri, mengeluarkan bahasa yang kesat dan bertindak jahat ke atas bangsa sendiri
Melayu juga menggunakan ayat-yat Al-Quran dan Hadith untuk mengiakan perbuatan
Sebab melayu tahu...dia Islam, bila sudah Islam....mati Islam, syurga tempat akhir yang Islam

Melayu adalah bangsa yang boleh bunuh bangsanya sendiri
Jangan bising hal bangsa! Yang penting kemakmuran semua....kata Melayu!
Melayu kena jaga hati semua orang, yang bukan melayu tak jaga hati Melayu tak menjadi masalah
Melayu tak belajar dari sejarah.....kata Melayu, sejarah tak penting, yang penting teknologi!
Melayu mudah percaya dan mudah juga lupa......
Apa boleh buat.....sebab saya Melayu. 



Raya : Apa Yang Luar Biasa?

Raya?
Ku pulang ke kampung.
Rutin?
Seperti biasa.....kucing ku bawa bersama.
Ziarah?
Orang yang sama....saudara mara, selebihnya ku duduk di rumah saja.
Makanan?
Sudah semestinya laksa penang...itu yang ku pulun dan sudah 3 raya berturut-turut, soto  menjadi menu di raya ke 3 atau 4.  





Kucing?
Tempatnya di dalam bilik tidurku saja....kucing mamaku, tak duduk diam....ada bau katanya! Kucingku asyik ajak ku sembang, asal ku masuk bilik tidur...mereka meow meow dan meow seolah-olah berkata....jom, kita balik! Tambah haru, semasa perjalanan pulang (selepas 4 hari di kampung) Simba terlepas dari begnya.....pandai dia bukak dan snowy bising tak henti-henti, jalan pulak sesak....tu dia meow meow meow saja lagu yang ku dengar sehingga sampai ke rumah ku. Kucing pulak, ku lepas saja dari carrier, mencari air dan nah ambik pengsan sampai esok hari....penat katanya.

Raya tahun depan?
Ku fikir untuk ku tinggal saja di rumahku...ku kurung saja dalam bilik, pastikan makan minum dan pasir berak mereka cukup untuk mereka selama mana ku tiada. Apa pro dan kontranya? Membawa mereka pulang bersama mengambil masa hampir 2 jam untuk mengemas.....mengemas barang-barang mereka & nak load dalam dan keluar kereta, mengemas bilik di kampung untuk pulang ke sini. Dan jika ku tinggalkan....kos ada lebih sikit dari segi menyediaan pasir berak mereka...kena letak banyak tempat! Dan bila ku pulang ke sini, mmmmm....nak kena mendobi bilik kurungan mereka! Abis? Apa saya tindakan yang bakal di ambil akan menambahkan kerja ku dan kedua-duanya adalah tidak selesa untuk kucing ku kerana mereka sudah biasa bebas dalam rumah, tidak di kurung....dan jika ku bawa mereka pulang bersama sekurang-kurangnya dapat ku lihat mereka hari-hari :-)

Sabtu, 2 Ogos 2014

Nyatakan Sokongan Anda

Di bulan Syawal ini, Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin.

Teruskan berdoakan.....
Teruskan menyokong usaha-usaha murni ke arah kebaikan & kemakmuran sejagat.