Rabu, 8 Ogos 2012

Raya Datang & Kucing....

Tak lama lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Kebiasaan ramai yang akan pulang ke kampung halaman...saya pun.

Ini yang merungsingkan saya....kucing saya ! Kucing saya bukan seekor ! Cuti lama nih ! Kebiasaannya bila saya pergi bercuti kurang dari tiga hari saya tinggalkan saja di rumah dan jika saya bercuti panjang, rakan saya yang menjaga. Tetapi keadaan sekarang sudah berbeza.

Saya ada tiga pilihan. Meh tengok mana yang lebih praktikal.

1. Bawa pulang saja ke kampung - meow meow pun ikut sama raya : )
Kereta akan penuh dengan barang-barang kucing. Meow meow nak naik kereta mestilah letak dalam sangkar, bekalan makanan & pasir berak meow meow untuk seminggu dan bekas berak mereka ! Hai, mana saya nak sumbat barang saya ? Sampai saja di kampung sah kena kurung sebab meow meow tak biasa dengan tempat tu.....mana nak kurung ? Kat kampung pun ada banyak kucing....kang tension meow meow saya atau ada yang gaduh pulak nanti ! Nak beraya atau layan kucing ? Ini satu hal jugak....mana nak beraya, mana nak jaga makan minum & berak meow meow !

2. Tinggal saja di rumah
Kena pastikan makanan & minuman cukup untuk tempoh seminggu. Pasir berak meow meow pun kena letak banyak.......bekas ada dua saja ! Balik dari raya kena kemas rumah bagai...ini yang tak sanggup ! Balik penat-penat tak boleh rehat lagi sebab nak kena mengemas...dengan bau lagi. Rakan saya ada cadangkan kurung saja dalam satu bilik, jadi tak lah teruk nak mengemas tapi saya pulak yang tak sanggup ! Tak bebasnya meow meow, sukar nak agak banyak mana nak letak makanan & air minum!  Buatnya air  tumpah sebab meow meow main...tak ke kering tekak meow meow saya. Wa balik nanti keras meow meow wa...tak sanggup !

3. Hantar 'boarding'
Pernah sekali hantar boarding, habis muka calar ! Meow meow pi tonyoh muka kat sangkar.....siap digigitnya sangkar tu ! Lepas tu siap semua kena flu. Saya tanya tempat penjagaan tu....diaorang kata, kucing saya tension sebab tak pernah kena kurung ! Saya sudah survey beberapa tempat yang berhampiran dengan rumah saya, harga dari RM10 semalam untuk seekor sehingga RM15. Pilihan saya, yang paling dekat dengan rumah saya....mahal sikit pun tak per. Senang nak pindahkan meow meow...banyak proses...kena masukan dalam carrier, kereta, lepas tu sampai ke tempat yang di tuju, nak kena bawa keluar lagi. Kalau yang jauh..penat deng nak dengar meow meow melalak ! Yang penting saya dah kena owner.....makanan meow meow kat situ la saya beli. 

Jujur, hantar boarding bukan pilihan utama saya tetapi saya terpaksa. Sukarnya nak tinggalkan meow meow di situ.....sedihnya. Saya kata pada diri saya...........sekurang-kurangnya ada orang yang tolong tengok dan bagi makan minum.......nak sedapkan hati.