Ahad, 28 Oktober 2012

Menu Pilihan di Pak Long Kopitiam

Kopitiam ini saya kunjungi untuk saya cari Dim Sum saja :-) Hanya di Shah Alam Mall saja yang saya tau ada Dim Sum. Tempat lain kat mana yer ? Kalau di KL memang senang cari. Jom tengok Dim Sum nyer.








Makan tak der air, tercekek pulak. Ni Lemon suam. Mintak kurang gula tapi adoi manisnya.


 




Ada sekali tu pergi, saya try Nasi Goreng Cina. Kurang Cina nya. Bukan ke Nasi Goreng Cina cerah sikit warnanya! Rasa pun macam nasi goreng biasa jer....mungkin masa tu saya pergi lewat, diorang dah pikir nak tutup...tu yang rasa out sikit...positif, positif ;-)


Sabtu, 27 Oktober 2012

Bengal oh Bengal

Terkasima membaca Kosmo hari ini, ada orang sanggup berbelanja RM100,000 untuk seekor kucing Bengal yang datang dari Rusia! Jumlah ini termasuk kos perjalanan, insuran, kuarantin & makanan.

Pembeli kucing ini dari Adelaide, Australia. Kucing ini dikuarantin di Cattery Kittun Katz di Malaysia selama 6 bulan bagi memenuhi syarat transit negara Australia.

 Pemilik Cattery Kittun Katz, Hezlin Fazrina Abdul Hadi Noh & si Bengal yang bernama Polar Day - gambar & berita oleh kosmo online

Kesian pun ada dengan si Polar Day ini, usia 3 bulan  terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh,  singgah di Malaysia sebelum ke Australia. Saya merasakan kucing ini tidak menjalani kehidupan yang normal.....berpisah dengan ibu & terpaksa menyesuaikan diri di beberapa tempat. 

Ada terbaca iklan si pembiak baka ini di salah satu petshop yang selalu saya kunjungi iaitu di Seksyen 9, Shah Alam. Saya ada bertanya pada tuan kedai, berapa harga seekor anak kucing Bengal ....katanya paling murah RM1000. 

Hmmm kalau dah minat orang sanggup buat apa saja termasuk berbelanja besar untuk seekor kucing. Saya belum pernah membeli mana-mana kucing.....masih dengan prinsip memelihara kucing yang datang ke rumah, di buang orang atau yang dipungut.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Soalan Lazim & Soalan Ramah Mesra dengan Jawapan Baik Punya

AidilAdha datang lagi, soalan yang biasa di tanya 'ko balik kampung tak raya nih'? Selain tu, 'bila ko balik'?  'Berapa hari ko balik'? 'Balik sini balik bila'?

Jawapan saya kali ini, 'aku tak der kampung'!!! 'Abis tu dot dot dot tu bukan kampung ko'. Ayat power saya 'itu bukan kampong aku tapi kempung'!

Ini la jadinya bila soalan di tanya pada masa mood ada kurang sikit! Jawapan, baik punya!


Ini satu lagi, soalan yang nak kena jawapan baik! Kejadian benar semasa saya belajar dulu....semasa sedang basuh baju! Kawan bertanya 'basuh baju ke', mai sini saya bagi 'tak...tengah masak'!

Mana tak kena, terang-terang saya tengah basuh baju, perlu ke tanya? Kalau nak beramah mesra pun tanya la, 'banyak basuh baju hari ni' ke...........mmmm inilah manusia.

Saya tak balik kampung lagi raya haji kali ini. Dah lama saya tak balik semasa raya haji. Untuk mengingati kampung halaman, ini gambar yang di ambil pada raya puasa tahun 2010. Jadi kanak-kanak riang jap, main bunga api & mercun! Tak banyak gambar  yang diambil di kampung! Lebih banyak gambar kucing-kucing saya di sini!




Khamis, 25 Oktober 2012

Rutin Harian si Penjaga Kucing

Siapa ? Saya ! Si penjaga kucing yang bekerja, tinggal di pangsapuri & kucing dibiarkan bebas di dalam rumah.

Bangun Pagi - Letak makanan dalam bekas. Pastikan air & makanan mencukupi. Buang berak / kencing meowmeow. Tambah pasir berak / kencing meowmeow jika perlu. Sapu lantai jika ada pasir.

Balik Kerja - Buang berak / kencing meowmeow dari pasir. Tambah pasir jika perlu. Tukar air minuman & letak makanan dalam tempat makan meowmeow. Kalau bekas makanan meowmeow kurang bersih, basuh dulu bekas makanan meowmeow. Sapu sampah. Mop lantai, jika perlu.

Hujung Minggu - sama seperti aktiviti Balik Kerja tetapi ada berat sikit sebab bab sapu & mop lantai sampai kena  angkat kerusi, lap meja & barang-barang. Buang bulu meowmeow yang ada atas sofa & cadar.


Penat ? Memang penat ! 
Kita tengok berapa kali kena buat dalam seminggu bagi setiap aktiviti.

Makanan - Letak makanan meowmeow dalam bekas sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kena selalu periksa, kurang saja tambah.

Buang Berak / Kencing  - 2 kali sehari. Tambah pasir jika perlu.

Sapu sampah - Sekurang- kurangnya sekali sehari.

Mop Lantai - Lebih kurang 4 - 5 kali seminggu. Hujung minggu wajib.

Buang Bulu Pada Sofa / Cadar - Sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Lap Perkakasan Rumah - Seminggu sekali. Bukan  semua tetapi yang nampak dek mata :-) bagi yang tak nampak dek mata sebulan sekali.

 

Isnin, 22 Oktober 2012

Dah...Kena dah Cakar dengan Kucing

Ada kucing jangan diganggu sebarangan, jangan diganggu berlebihan! Ada kucing yang tak tahu nak melawak. Kalau tak percaya, cuba la...! Tengok apa dah jadi pada anak sepupu saya....kira anak buah la. Nasib baik bawah mata, kalau kena mata!


Harap tak meninggalkan kesan parut yang kekal. Katanya luka agak dalam. Bab-bab kena gigit atau cakar dengan kucing, jika luka ada baiknya jumpa doktor. Kalau teruk sah kena cucuk. Kita tak tahu kuku & gigi kucing, bakteria ke apa ke.

Ingat kisah rakan serumah saya dulu. Ada kucing tengah gaduh (yang gaduh betul-betul sampai riuh sekampung bukan yang main-main), dia pergi tengok untuk meleraikan pergaduhan tersebut....kucing tu terkejut, dah rakan saya yang kena ngap dengan kucing. Ambik ko luka kat kaki & tangan. Kena inject & siap kena makan ubat lagi.

Saya kalau kucing gaduh, saya standby air & curah jer kat depa.

Ahad, 21 Oktober 2012

Penjaga Kafe Umai di Putrajaya




Dua hari yang lepas jumpa kucing ni di Putrajaya, lokasinya Kafe Umai. 

Bagi yang belum pernah ke sini, Kafe Umai terletak berhampiran dengan Masjid Besi & di tepi tasik. Menu kegemaran saya di sini, jemput-jemput pisang & pengat pisang. Makanan di sini not bad, banyak juga layan. Tapi kali ini bukan nak cerita pasal makan tapi kucing :-)

Kucing ini memang tinggal dalam kafe. Rakan saya pernah sampai di kafe ini awal pagi. Masa tu, kafe ini belum buka lagi dan rakan saya nampak kucing ini tidur di atas kerusi di dalam kafe. 

Lepak Jumaat lepas. Bukan lepak pun tapi ada urusan kerja, singgah minum sebentar. Kucing ini berada di luar kafe. Saya ambil pot di luar sebab ada rakan yang merokok. 

Nampak kucing ini badan kecil tapi macam dah pernah beranak & sedang bunting. Saya buat-buat tak nampak jer sebab asal saya pandang, kucing ni mengiau. Rasanya kalau saya layan, nak kucing ini naik atas meja. Lagipun orang tengah ramai dan saya tak seorang diri di situ. Lain la kalau saya dengan rakan-rakan yang memang pencinta kucing, nak kami ramai-ramai belai kucing ini.

Alang-alang citer pasal Putrajaya, ini ha beberapa gambar yang saya ambil berdekatan dengan Kafe Umai. 

Ini pokok apa yer? Cantik pulak nampak.



Ini pula permandangan Masjid Besi.



Permandangan ketika senja. Gambar ini yang paling lama dalam simpanan saya. Apa pun tahun ini juga. 


Sabtu, 20 Oktober 2012

Menu Pilihan di Kluang Station

Ini satu lagi tempat lepak saya. Ke sini untuk sarapan, minum petang & makan malam. Selalunya saya singgah di Kluang Station (express) di Food Court, Tesco Extra.

Hampir sebulan gambar-gambar ini dalam simpanan saya. Ye lah bukannya hari-hari makan di sini

Jom tengok menu pilihan saya di sini. 

Ini roti bakar & teh ais. Roti bakar tu saya minta diaorang bakar lama sikit, biar hitam sikit, baru sedap. Saya makan roti biasa & roti wholemeal. Kekadang saya minta diaorang letak banyak sikit butter atau kaya. Semuanya bergantung kepada selera saya pada waktu itu.


Saya amat menggemari teh ais di sini. Bagi saya (selera saya), teh ais diaorang paling sedap. Ada diletak susu cair sedikit.
 

Mee siam. Meehoon goreng biasa saja tapi kat menu diaorang panggil mee siam. Nampak macam kosong jer tapi berasa. Sambalnya pun sedap.

Ini pula karipap. RM1.50 seketul. Inti karipap ni ada telur rebus, bukan sebiji telur, suku saja. Intinya pun lembap.
 

Balik kerja, lepak dengan member di sini, saya pekena teh ais & rakan saya teh tarik. Not bad teh tarik diaorang.  Seperti biasa roti bakar. Yang kat bawah tu masa makan sesorang, saya pekena teh ais, karipap & mee siam. 

Ini saja yang saya cari kalau makan di sini. Pernah juga cuba yang lain seperti spaghetti, kluang laksa, nasi lemak, kepak ayam goreng tapi bukan selera saya kalau ke sini.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Makanan Kucing

Sudah beberapa hari saya cuba untuk upload gambar untuk cerita saya kali ini tapi tak boleh :-( Tak tahu apa masalah, mungkin pada laptop atau line internet. Nak post cerita tanpa gambar, rasa macam kosong pulak. Tergendala lagi aktiviti blog saya. Harap-harap hari ini berjaya. 

Saya nak kongsi jenis makanan yang saya beri pada meowmeow saya.

Kucing saya hanya baka kampung / tempatan saja tapi makan, boleh dikatakan mewah! Meowmeow saya dah ikat kontrak dengan Royal Canin. Apa saja mesti Royal Canin dulu. Brand lain kemudian. Jika Fit 32 tiada di pasaran, saya kena ada pilihan lain. Makanan yang  mana boleh jadi ganti kepada Fit 32 ini.

Saya hanya beri meowmeow makan yang biskut (saya tak tau nak panggil apa....jadi panggil saja biskut :-) sebab bila meowmeow makan kan ada bunyi dan rupa pun ada yang macam makanan ringan kita). 

Kalau nak kasi yang dalam tin.... yang lembut tu, satu tin sehari tak cukup! Besar belanja. Nak campur dengan nasi......mmm saya sendiri jarang masak nasi! Untuk kemudahan....kena kira kos, masa, kebersihan.....makanan dalam bentuk biskut yang paling mudah.

Ini dia jenama makanan kucing pilihan saya mengikut turutan.

1. Royal Canin (Fit 32)
2. Blackwood
3. Friskes
4. Whiskas
5. Iams
6. 1st Choice
7. Leonardo








Saya akan selang seli Royal Canin dengan Blackwood......kalau Royal Canin kehabisan stok di pasaran, meowmeow saya tak terkejut jika diberi yang lain! Selain itu, saya perlu membiasakan meowmeow makan lebih dari satu jenis. Ini juga boleh mengelakkan perut meowmeow saya dari meragam. Kucing rakan saya pernah mengalami cirit-birit, berak berdarah & muntah. Ini boleh jadi akibatnya  bila terlalu lama dengan satu jenis makanan, bila ditukar, kucing alah.

Nak sedapkan hati....boleh jimat kos, sebab Blackwood lebih murah dari Royal Canin! Kekadang saya hairan pun ada.....sapa la yang buat Royal Canin nih.....sebab meowmeow saya suka sangat! Hanya Royal Canin Sensible yang meowmeow saya tak suka. Kucing raka-rakan saya pun suka makanan dari jenama ini.

Boleh ke Royal Canin kehabisan stok! Jangan ingat tak pernah.....tak silap saya tahun ini pernah berlaku. Kata taukeh petshop...kedai yang selalu saya kunjungi itu....Royal Canin tukar management, itu pasal barang tak der!! Sampai macam tu....! Tapi memang ada memo yang dia tunjukkan pada saya.

Ini dia sebab-sebab kenapa saya hanya bagi dari jenama Royal Canin & Blackwood sahaja. Kita tengok makanan no. 7 dulu. Leonardo memang meowmeow saya suka....saya pula tak suka...sebab bau makanan ini terlalu kuat sehingga dengan cepat mengundang semut & lipas hinggap di makanan! Nanti banyak pula makhluk lain dalam rumah saya....meowmeow tak makan, lipas & semut yang kenyang. Saya,  pangkah!

No. 6, 1st Choice....belum pernah bagi pada meowmeow, mmm.... dah beberapa kali adik di petshop tu dok promote, dia kata elok....biasa la saya, tanya sana sini dulu. Pegang kata kawan, kucingnya tak suka. Selera meowmeow saya dengan rakan saya hampir sama...rajin gak kitaorg share bab meowmeow kitaorg! So, yang ini pun saya pangkah! No. 5, Iams ini memang kucing saya tak suka. Tak sanggup tengok meowmeow tak nak makan. Pangkah!

Seperti sedia maklum, no. 4 & no. 3 senang dapat di pasaraya! Meowmeow saya hanya suka perisa ayam sahaja! Kalau terdesak, ini pilihannya......saya tak pangkah!

Adik yang jaga petshop tu selalu kata, bagi jer apa-apa jenama pun, katanya lagi bila kucing lapar, kucing akan makan apa yang ada! Biasalah saya.....tak sanggup tengok. Bab makanan kucing ini saya jaga.....masa meowmeow baby, saya beri makanan baby, bila kitten, makanan kitten dan bila dah dewasa makanan lain pula. 

Pengalaman lepas membuatkan saya berhati-hati bab makanan meowmeow. Biar bagi yang mahal sikit asal elok dan meowmeow saya sihat.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Pasir Kucing Pilihan


Sebelum ini saya pernah tulis, saya memerlukan pasir ini untuk sebulan sebanyak 5 - 7 pack tapi rupanya makin banyak! Hah! Ini semua sebab saya dah bagi meowmeow makan Fit 32. Sebelum ini meowmeow saya masih kitten, makanannya lain. Sekarang, untuk sebulan saya guna 7 ke 9 pack!

 
Ini brand yang selalu saya pilih, Fussie Cat, Goodie Cat dan Cindy. Fussie Cat RM21 & Goodie Cat RM20 untuk 10 litre. Cindy, lupa pula berapa harganya....mmm RM23 kot. Semuanya bawah RM25. Untuk budget, memang kena pakai Fussie & Goodie sebab ini hah! Dah cukup 10, boleh redeem untuk 1 pack. Selalunya saya beli Fussie Cat. Bau yang saya suka, epal. Epal habis baru cari lemon.


pilihan pertama - Fussie Cat


pilihan kedua - Goodie Cat


brand ini tak boleh redeem barcode


Goodie Cat - barcode untuk dikumpul


ini pula barcode untuk Fussie Cat


boleh redeem tak lama lagi :-)


Ada brand yang lebih murah, macam Hello Cat ini, tapi saya kurang suka sebab bila meowmeow kencing, ia kurang clumping. Selain tu kurang serap bau. Ye lah, meowmeow saya semua tinggal dalam rumah, tempat membuang meowmeow pun dalam rumah.....saya kurang suka sikit dengan bau yang kurang menyenangkan. Untuk 2 pack (20 litre) harga dalam RM32. Boleh beli 1 pack.

 


Hello Cat


Mana lagi shopping kalau tak ke kedai di Seksyen 9 Shah Alam tu. Tadi mereka cadang saya beli yang ini, Qiut. Harga untuk 10 litre, RM16. Ikut kata kedai tu elok. Ok saya cuba.

baru nak cuba



Selalunya akan balik ke asal dengan Fussie Cat & Goodie Cat. Saya notice, Goodie Cat tak sebaik dulu. Ada juga bertanya kat kedai tu, diaorang pun admit. Kalau Qiut lebih elok, ia jadi pilihan kedua saya.....bye bye Goodie. 

Isnin, 8 Oktober 2012

Pengalaman Menjaga Anak Kucing yang Ditinggalkan Ibu

Kisah kucing kesayangan saya bernama Tam bermula di sini...sekarang Tam telah pergi :'(

Tam dan dua lagi adik beradiknya saya ambil di tempat  kerja saya. Hanya Tam yang jantan. Mulanya saya  tak berminat nak pelihara kucing tetapi saya kesian. Saya tunggu juga kalau ibu si Tam kembali tapi tidak! Semasa saya jumpa Tam, matanya baru buka tanpa ibu di sisi. Saya terpaksa pindahkan Tam & adik beradiknya keluar dari bilik itu kerana bilik tersebut akan digunakan. Saya letak mereka dalam kotak di tepi pintu masuk ke bilik itu. Sambil itu, saya perhatikan juga kalau mak nya datang....tapi tak! Dah nama kucing, mana suka orang sentuh anaknya. Sejak itu, saya tak pernah tengok ibu si Tam!

Saya pindahkan pula kotak tersebut di kafe pejabat, dengan harapan ada orang yang akan beri mereka makan. Memang ada tapi saya dapat tahu dari rakan saya yang tuan punya kafe membebel 'sapa la yang letak kucing kat sini'! Dah...saya tak sampai hati! Saya ambil dan letak di dalam pejabat saya. Semasa saya pindahkan dari kafe mereka kelihatan kurus & kelaparan... ye lah lebih dari 3 hari (rasa menyesal sangat tinggalkan di kafe)!Saya beli susu Dutch Lady (full cream yang 250ml) dah letak dalam bekas...saya ingat mereka sudah tahu makan, saya salah. Saya gunakan straw untuk bagi susu kepada mereka. Dah bawa balik ke pejabat, bising pulak bunyi!

Pening fikir, saya telefon rakan serumah! Member tak kasi ambil. Dia cakap ambil seekor saja! Puas saya tanya,  kalau ada yang nak lagi 2 ekor, memang ada tapi hati saya berbelah bagi, mungkin ada rasa bersalah sebab saya yang jumpa, saya yang pindahkan ke dalam kotak, saya juga yang tinggalkan di kafe, saya tekad untuk bawa balik semuanya. Niat saya cuma satu, kalau ditakdirkan mereka mati sekurang-kurangnya saya telah buat yang terbaik untuk mereka.

Makanan mereka pada masa itu hanya susu Dutch Lady (full cream). Setiap pagi sebelum ke tempat kerja saya bagi susu. Saya tumbuk Whiskas (kitten) dan suap ke mulut mereka bertiga. Makanan yang telah saya tumbuk saya tinggalkan juga walaupun tahu mereka masih belum tahu makan dan minum. Balik dari kerja, perkara pertama yang saya buat adalah bagi mereka makan. Keadaan ini berterusan sehingga mereka tahu makan sendiri.

Saya juga tidak tahu di mana letaknya klinik haiwan & petshop. Tanya sana sini, cari di internet. Saya pergi ke klinik haiwan kerajaan sahaja pada waktu itu. Tujuan saya kalau klinik tersebut boleh memberi ubat / vitamin / suntikan sebab saya tahu, Tam dan adik beradiknya tidak mendapat sumber makanan yang baik. Bagi kucing yang berusia bawah 6 bulan klinik tersebut hanya memberi multivitamin.

Mungkin di sebabkan tidak mendapat sumber makanan yang baik, Tam mengidap sakit buah pinggang semasa berusia hampir 7 tahun. Saya tidak dapat mengesan sakit Tam awal kerana dia kelihatan sihat & cergas. Tam kelihatan lemah hanya 28 hari sebelum Tam pergi. Macam-macam yang saya ikhtiar tapi dah takdir, Tam pergi juga. 

Saya pantau kesihatan yang dua lagi sebab salah seekor pernah menggalami kesukaran membuang air kecil. Makanan kucing saya sekarang hanya Royal Canin (Fit 32) dan Blackwood.

Ahad, 7 Oktober 2012

Berapa ramai yang buat macam saya

Ini aktiviti yang biasa saya lakukan bila berada di tempat letak kereta yang luas. Selalunya di pusat membeli belah. Photo ini di ambil di tempat letak kereta di KLIA. Senangkan dengan kemudahan teknologi. Guna saja telefon bimbit, tak perlu nak ingat atau tulis di mana kita letak kereta. Berapa ramai yang buat macam ini?


Dengan teknologi kita kurang menggunakan otak. Tapi tak boleh kata macam itu juga kerana dulu mana ada tempat letak kereta yang luas! Ada juga benarnya yang manusia bergantung pada teknologi untuk mengingati sesuatu. Cuba tanya diri sendiri, berapa nombor telefon yang ada dalam otak kita sekarang berbanding dahulu? Kalau saya, tak sampai pun lima nombor. Jika dulu, zaman sebelum ada telefon bimbit, agak banyak juga nombor telefon yang saya ingat. Selain itu dalam dompet, ada pula buku kecil untuk menyimpan nombor telefon.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Cantik Ke ?


Floria Putrajaya 2012

Aktiviti tahunan di Putrajaya, Pesta Bunga.Saya tak pergi semasa hari kejadian sebab Putrajaya panas :-) dan kurang gemar tempat yang ramai umat. Photo di ambil selepas habis acara. Lagi pun selalu sangat ke Putrajaya atas urusan kerja, Putrajaya dah jadi tempat yang kurang menarik untuk saya lawati. 

Masa kecil-kecil selalu tengok kereta berhias, yang ini atas air kena panggil bot berhias! Cantik ke? Tengok live cantik, dalam gambar macam serabut pulak. Mungkin sebab dah lama simpan photo ni, dah kurang menarik jadinya :-) atau saya yang tak pandai ambil gambar :-D

Jumaat, 5 Oktober 2012

Suami Bangla, Isteri Indon Masak Makan Tengahari untuk Kami

Bangla ke Indon ke, masakan nasi & kambing...Arab mari! Rakan saya pegang PR sini yg menyediakan menu ini. Terima kasih kepada yang memasak merangkap menaja makan. Saya buka mulut tanya 'bila nak masak' kepada seorang rakan. Ye lah, asyik bercerita nasi briani yang dia sediakan sampai 10 rumah boleh bau kalau di masak! Skip lain yang selalu saya dengar, 'nanti saya masak saya bawa ke ofis you'. Selalu sangat dengar tapi tak juga dapat rasa! Kalau dah cakap kenalah buat. Saya tuntut! Tuntutan saya berjaya..hahaha! Buka mulut dua hari sudah, hari ini dapat...

Ini dia menu tengahari tadi.


Lauk pauk nya.



 Kita tengok dekat-dekat no :-)


Nasi Briani. Berasnya kontot-kontot. Entah beras apa yang dipakai tapi katanya sekilo RM18. 


Ini kambingnya. Daging kambing kampung yang baru disembelih. Rempah ratus untuk nasi dan kambing ini datangnya dari Mekah. 


Jelatah


Untuk yang tak makan daging kambing, menu lain ada. 


Ayam goreng berempah


Sambal tumis udang & petai


Sayur kacang


Begedel 




Buah, kena ada...

 


Air ? Mineral saja :-)




Sekali lagi, terima kasih kepada penaja.

Sayang Kucing

Meowmeow punya pasal, bekas yang asalnya bekas beras sudah jadi tempat simpan makanan meowmeow :-) Tupperware lagi....bertuah meowmeow !.


nasib ko la tupperware

Jarang beli beras 10kg dengan alasan berat nak angkat tapi kerana meowmeow, makanan 10kg & pasir 10 litre boleh pula saya angkat. Usah kata 10kg/litre,  20kg/litre pun saya boleh pikul. 

Bela kucing mengajar saya menjadi rajin dan bertanggungjawab! Rajin & bertanggungjawab cam ner ? Ye lah, sebelum ini tak menyapu hari-hari, sebab ada meowmeow kena buat, kena mop lantai lagi. Makanan perlu diletakkan hari-hari, air minimum perlu ditukar juga dan tak lupa, kecing dan berak meowmeow kena dibuang hari-hari juga. Balik kerja lewat pun masih kena menjalankan tugas ini.Penat pun kena buat.Kalau tak der meowmeow, rasanya memang tak serajin ini :-)