Selasa, 31 Disember 2013

Corak Corek 2013

Sebelum berlabuhnya tirai tahun 2013, ini ceritanya.....sudah semestinya kucing :-) makanan dan pemergian :-(


Dalam bulan Mei, saya bawa meowmeow saya untuk vaksin, aktiviti tahunan.

Tuh hah, tersusun 4 kad kesihatan kucingku :-)

Tertangguh seketika bila melihat si buah hati ku sedang nyenyak tidur. 


Akhirnya, kesemua 4 ekor dalam 2 carrier. Biasalah, walaupun jarak klinik dekat dengan rumah, riuh mereka meow meow meow buat saya rasa lama. Lagipun meowmeow ini semua indoor, tak pernah keluar rumah melainkan terlepas, pi klinik, pi boarding...terkini, ku bawak balik kampung pada raya tahun ini :-) nanti saya kongsikan.

Lihatlah muka sombong si Snowy...mengamuk dia di klinik!

See Suri face! Tengah ketakutan.....dek Snowy yang mengamuk! Kesian Suri....


Ini dia my son. 

Agak kecoh jugak di klinik.....yang tak nak keluar dari carrier, yang sedaya upaya mahu melepaskan diri dari tangan doktor! Terlepas tak? Terlepas punya.,...si anak jantan lah yang sempat menyorok belakang peralatan dalam bilik rawatan, report doktor terjatuh.....hahaha...

Ada kawan cadangkan bawak 2 ekor dulu, kemudian lagi 2! Saya tak nak...rasa macam buang masa saja....kat klinik bukannya sikit orangnya.

Selepas selesai di vaksin....si Snowy buat hal! Tak kasi siapa pun share dia punya carrier....so how?  Jadi, sekor terpaksa ku pegang! Siapa? Simba....sebab dia nih pernah few times ke klinik....nak pegang Suri, agak agresif dan Spider penakut!



See! Simba merayau-rayau sampai ke kaki ku! Mula-mula drive saya pegang dia...tak terpegang sebab dia tak boleh dok diam. Agak panik juga bila dia tertekan power window....terbuka luas tingkap! Dah lah kat bulatan, kereta tengah banyak...buatnya dia terjun keluar....adusss! Dengan nak pegang stering, satu tangan lagi nak tangkap dia...nak close window lagi....adoii!!!

2014 vaksin how to go about, macam mana nak bawa? Rutin yang sama, saya akan bawak semua sekali :-) Kan dah ada satu bag baru...haha! Sudah semestinya Snowy tak boleh share dengan sesiapa.



Kita ke bab raya pula. Raya puasa tahun 2013, buat pertama kalinya saya bawa meowmeow pulang ke kampung halaman. Tahun sudah saya hantar boarding...

Melalui jalan ini untuk sampai ke kampung halaman....

Tu dia, mereka dalam carrier, 3 carrier untuk 4 anak bulus, Snowy dalam carrier pink, alone! Simba dok sesorang. Suri berkongsi dengan Spider dalam carrier yang agak besar. Sejam pertama perjalanan, agak mencabar, mana tak nya....asyik meow saja....betul-betul menduga saya......tak sampai hati tengok diaorang macam tuh.



Sampai di kampung, terus bawa masuk bilik saya. Tengok muka mereka-mereka ini yang ketakutan, blur dan sembur menyembur antara diaorang dan pada saya juga.Yang paling penakut....si Spider.
Tengok tuh muka Spider yang takut tuh....bawah pula, nah berbaris di belakang almari. Semestinya si Spider yang terakhir keluar dari tempat persembunyian.

Ku susun carrier bertingkat...saya cakap kat meowmeow...ini apartment korang..pilih nak dok mana!

Snowy & Simba meninjau apartment....tengah pikir tingkat mana nak duduk.


See my love Spider....masih lagi di belakang almari...


Simba pilih tingkat 2 :-) tengok gigi dia....marahkan si Snowy! Sorry Snowy, saya dah sewa...pi cari tingkat lain!


Snowy tak puas hati....ada pulak aksi sembur menyembur antara dia dan Suri...adoi! Tengah bincang nak dok tingkat berapa kot!

Tingkat 3 taken by Suri....dan yang bawah sekali by.....Spider :-) Snowy di mana? Tak per Snowy, dengan mamanya di atas katil :-)


Ada penjaga di luar pintu bilik.....tak senang duduk tuan rumah, si Ringgo! Pi mai pi mai depan pintu bilik ku. Dari hari saya sampai sehingga pulang....yang tak tahan tuh masa mula-mula saya sampai yang paling lama dia bertenggek!

Ini si comel ku....Snowy....tengah landing atas seluar ku :-) sayang dia kat mama dia...

Si Suri merenung nasib...kat mana nih? Opps tingkap terbuka, nak tinjau sikit....Snowy pun sama.


Ini post paling ayu si Snowy di pagi raya.....so sweet :-)

Simba jadi spiderman....dia meowmeowmeow sambil memanjat! See...panjangnya badan anak aku yang nih.



Keayuaan anak-anak bulus ku terserlah :-) Berehat sambil menikmati pancaran cahaya matahari. Manjanya anak-anak ku...sayang semua!

Sepanjang mereka di kampung, mereka saya kurung dalam bilik saja. Nak lepas keluar dari bilik, tuan rumah si Ringgo nanti marah!. Lagi pun diaorang tak biasa....rumah dah besar...kang hilang dalam rumah pulak...lagi haru!

Mana si Ringgo lepak kalau tak di depan pintu bilik ku...ni hah....tepi tingkap la, mana lagi. Tepi tingkap bilik my mom.



Ini pula rakan serumah si Ringgo, pantang bertembung mesti gaduh....dah dok lama serumah pun, jumpa...gaduh lagi. Siapa lagi kalau bukak mak kepada anak-anak bulus ku...si Yellow :-) kurus dia :-(  Sudah beberapa kali saya suarakan hasrat saya nak ambil balik si Yellow ini...tak ambil-ambil jugak!.



Kita tutup cerita kucing, mai tengok makanan :-) yang di makan sepanjang raya :-)
Saya kurang sikit rendang, ketupat, lemang.....makan sikit saja sebagai syarat pada hari raya pertama.  Hari-hari berikutnya...saya layan laksa :-) kita memang hantu laksa. Balik Penang pun ada laksa. Apa lagi punya pulun laksa...yang kuah perang muda dan laksa gemuk tuh di kampung ku, yang laksa halus dan kuah agak gelap, itu versi Penang :-) Dua-dua sedap...yummy!

Masa raya tuh ada pulak bola....Barcelona datang Malaysia kan! Sempena menyaksikan bola live di TV, my dad buat kan ini, Paella, a kind of Spanich Rice.

Ini pula sarapan, nasi lemak. 

Yang di carik-carik ini untuk soto :-)

Seperti biasa, selalunya malam terakhir di sana, my family akan buat ini :-) jemput makan....



Sambil menyiapkan hidang di hari raya, ku perhatikan ada 2 benda dari dua zaman yang berbeza tapi bunganya sama. Yang bulat ni beli kat Langkawi beberapa tahun yang lepas dan bekas tisu ini usianya hampir 40 tahun.




Tiba masa untuk pulang...awal pagi saya berangkat....ye lah nak elakkan sesak di jalan raya.  Dalam perjalanan pulang sempat telefon spa ;-) buat appointment! Memandangkan temujanji di sebelah petang...kita pi dobi baju dulu :-)
 Sambil tunggu dobi selesai, pekena ini...seberang jalan jer.
 
 Masa untuk spa :-)

Ketika mahu pulang, spa beri ku ini...sempat tanya...sampul jer, duit raya tak der ke ;-)

Selesai spa...ke Sri Hainan, untuk pertama kalinya makan western di sini.





Catatan terakhir pada tahun ini.....adanya satu kehilangan :'-(  yang berlaku pada bulan Oktober. Sepotong kek ini adalah yang terakhir dijamah. Yang pergi ini adalah yang sulung dan satu-satunya lelaki...sehari selepas harijadi anak bongsunya yang ke 3, dia pergi buat selamanya akhibat sakit kanser...Al-Fatihah. Doaku hari-hari, semoga arwah ditempatkan di tempat orang beriman dan syurga buatnya....amin.