Selasa, 29 April 2014

Betul kan?

Ini lagi ;-)
Inilah kehidupan....




Isnin, 28 April 2014

Berseri Dia Sekarang

Fasia semasa kecil

Fasia sekarang

Dua ekor kucing ini adalah kucing yang sama. Fasia namanya. Jumpa di depan kedai makan Fasia. Inilah my mom, nama kucing yang dikutip akan dinamakan di tempat kucing-kucing itu dijumpai. Sekarang my mom dah berusia dan dah seaktif dulu mengutip kucing. 

Hairan pun ada, dah besar sikit, elok pulak kembang ekornya dan warna pun agak cerah berbanding semasa mula-mula diambil. Dan yang buat wa bengang....dah comel lagu ni, nak pegang pun tak boleh....dia lari. Masa baru kutip, sikit punya manja!

My mom, kalau boleh tak nak jadikan dia penghuni dalam rumah....cukuplah my mom ada Ringgo and Yellow dalam rumah. Tapi si Fasia ni tak putus asa, asyik nak masuk dalam rumah saja. Marahlah macam mana pun, mesti dia masuk dalam rumah juga. Buka saja pintu dia serbu!

Dia ni masa baru jumpa ada penyakit sikit..........mmmmmm suka kentot! Ayoyo....punya lar busyuk! Bau macam najis kucing! Mula-mula, ingatkan dia terberak....rupanya hanya kentot! Bunyi tak der tetiba bau saja! Tapi bila dah besar....hilang dah penyakit kentot dia. Kenapa ye? Mulalah saya berspekulasi......dulu kucing jalanan tak terjaga, sekarang berjaga dengan baik, makan pun terjaga...tu yang sihat dan cantik.  Betul kan ;-)

Bilakah Mereka akan Berdamai?

Tinggal serumah, tidur sebilik tapi masih bercekau!
Tak sempat nak videokan war between Yellow and Ringgo. Hari-hari pun ada war. 
Macam mana nak buat? 
Inilah jarak paling dekat yang diaorang boleh. Kalau Yellow gerak jer, mesti Ringgo serang! Selalunya, Yellow akan panjat tempat tinggi seperti atas almari atau peti sejuk sebab Ringgo tak boleh nak memanjat sangat tempat tinggi :-)
Bila Yellow tak tahan sangat dibuli, dia akan lari keluar dari rumah. 
Yellow tiada masalah dengan Ringgo....cuma Ringgo yang tak boleh! Ringgo nih memilih sikit, hanya dengan Baby jer dia nak berkawan. Si Baby ini pulak jenis tak mesra dengan orang. Hingga sekarang nak snap gambar dia dari dekat pun tak dapat....ye lah macam zorro :-)
Ye lah Ringgo yang asal penghuni rumah, pastu mai si Yellow, mana tak Ringgo marah. Dah tuh, si Yellow ni jenis manja melampau! Suka guling-guling dekat orang.....
Sabar ye Yellow, Ringgo bos di dalam rumah!

Yellow & Ringgo - my mom babies

Baby the Zorro

Kan....Kan, Kan!

Betul kan! Inilah kehidupan....


Sabtu, 5 April 2014