Ahad, 24 November 2013

Kenapa Suri?



Ini antara sudut kegemaran Suri untuk tidur :-)  Tapi kali ini bukan nak cerita pasal meowmeow tidur tapi kerenah si Suri ni yang buat saya risau.
 
Anak saya yang satu ini buat saya susah hati. Mana tak nya, sejak dua menjak asyik nak keluar rumah saja. Dah berapa kali terlepas dan yang terkini, baru sebentar tadi. Dah puas tutup ruang-ruang yang ada, masih boleh dia keluar!

Anak-anak bulus ku kucing dalam rumah, bersocial dalam rumah saja..

Suri nak apa sayang? Apa yang tak kena?

Memang Suri jenis buat hal sendiri dan kurang bergaul dengan yang lain.  Dalam senyap, ada saja akal dia. Suri, main dalam rumah saja ok!

RIP Hero ;'(

Hari sedih. Tengahari tadi dapat tahu Hero sudah pergi selama-lamaya.

Gambar ini yang dari FB page 'kakimotong fan club'. Saya antara yang likes' page ini. 

Saya nak cerita lebih-lebih punca pemergian Hero pun...sedih, sedih, sedih nih,  search saja kat internet atau pergi saya ke FB page yang dinyatakan.

Isnin, 11 November 2013

Kucing Siapa?

Kerana suka sangat ambik gambar kucing, boleh tak ingat pulak...anak bulus sapa pulak yang nih. Puas fikir. Tengok rumah dan tangan (orang), masih lagi tak dapat nak agak.






Fikir punya fikir...haah....baru ku tahu, anak bulus makcik ku :-) Sebab dah banyak sangat, makcik nak bela sekor jer, yang lain..nak dilepaskan bebas! Kalaulah rumah saya besar....nak saya ambil semua! Kesian kat anak-anak bulus nih :-(