Khamis, 26 Julai 2012

Anak Kucing

Saya paling suka anak kucing, boleh buat saya tersenyum sendiri : ). Dari kucing dilahirkan sehinggalah mereka berusia 6 bulan adalah saat yang indah bagi saya. Kalau boleh saya nak kucing saya berada dalam usia itu sepanjang masa......terlalu comel. Realiti tak macam tu...ha, ha!


Anak-anak si Yellow...sedih semuanya mati kena flu : (

Tak kan masa baby dan kitten saya jaga dan bila besar saya serah pada orang. Itu bukan saya! Saya dah merasa betapa sukarnya nak serahkan kucing saya pada orang lain walaupun saya tahu orang itu boleh menjaga dengan baik : ( .




Isnin, 23 Julai 2012

Biskut Kucing

Makanan kucing ada yang dalam bentuk lembut dan biskut. Saya hanya beri makan biskut sebab ia mudah disediakan. Letak dalam bekas makanan, dah selesai. Kalau nak diberi yang lembut saja, besar juga budget, nak dicampurkan dengan nasi, saya pula jarang masak nasi di rumah. Dari sudut kebersihan, lambat sikit nak mengundang semut.

Di pasaraya kita biasa dengan jenama Friskies, Whiskas & Smart Heart. Kucing saya gemar perisa ayam.

Jenama ini, perisa ayam kegemaran kucing saya


Saya sudah berhenti memberi Jenama ini kepada kucing saya


Bagi jenama ini, kucing saya suka yang untuk kitten !

Saya mula berhenti membeli jenama yang ada di pasaraya apabila salah seekor kucing saya mengalami masalah kesukaran membuang air kecil. Saya bawa kucing saya untuk rawatan, doktor tanya, jenama ada yang saya beri. Ketika itu saya beri Smart Heart. Kucing saya memang suka Smart Heart (bila kucing dah suka saya beli itu saja). Doktor kata jenama itu banyak diletakkan perisa, mungkin kucing saya tak tahan.

Sejak itu saya mula kenal jenama lain yang hanya di jual di 'petshop'. Saya berhenti bagi Smart Heart. Friskies dan Whiskas pun saya kurangkan. Sekarang saya hanya beli jenama yang hanya dijual di 'petshop'.

Saya tiada masalah dengan jenama Friskies dan Whiskas tetapi lebih selesa membeli makanan yang di jual di 'petshop'. Kalau boleh dapat jenama lain yang kualitinya lebih baik dengan harga berpatutan, apa salahnya.




Ahad, 22 Julai 2012

Baka Kucing

Saya tidak mengenali banyak baka kucing sebab dibesarkan dengan kucing tempatan atau kampung sahaja.  Yang saya tahu hanya parsi, siam, 'british shorthair', 'birman' dan terkini  'norwegian forest cat'. Selain dari kucing kampung, baka lain yang pernah mama pelihara ialah siam & parsi.




Apa yang hendak saya kongsi ialah berkaitan 'Norwegian Forest Cat'. Baru-baru ini,  rakan saya telah 'upload' gambar ini di Facebook, inilah kali pertama saya lihat kucing baka ini ! Hai...ada juga kucing iklim sejuk di sini ! Baka ini berasal dari Norway (nama pun Norwegian Forest Cat' !) Kucing ini mempunyai bulu yang panjang di bawah leher. Kalau yang warna oren, sekali pandang macam singa :-). 

Saya masih tertanya-tanya, macam mana rakan saya boleh ada baka ini sedangkan mak dan bapa kucing ini tidak mempunyai bulu yang panjang di leher ! Rakan saya pun tiada jawapan.

Kucing Oh Kucing

Gambar ini di ambil tahun lepas, di belakang rumah Mama & Abah

Saya dibesarkan dengan kucing. Tak terkira ramainya. Ada yang masih saya ingat namanya, banyak yang telah lupa dan ada juga yang tak bernama. Apapun Mama sangat sayang pada kucing. Abah sebaliknya. Lanjutan Mama, Abah dan kucing akan saya ceritakan dalam post saya yang akan datang.

Semasa kecil, bab yang paling saya tak suka bila kena cuci dot dot dot kucing :-( ! Nasib baik tak ramai yang tinggal dalam rumah, jadinya jarang berlaku dot dot dot dalam rumah. Di luar rumah, terutamanya di belakang rumah, bila berjalan kena berhati-hati sebab takut terpijak dot dot dot kucing !

Di rumah ada kucing yang ditempatkan di luar rumah ada juga di dalam rumah. Yang menjadi kesayangan Mama yang akan tinggal dalam rumah. Kiranya macam ada status la kucing ni :-) ! Yang tinggal dalam rumah cuma seeko atau paling banyak pun tiga ekor dalam satu masa. Kucing yang di luar rumah kebiasaanya dibiarkan bebas, tidak dikurung.

Kucing yang dibela kebanyakannya kucing kampung, sama ada jumpa, orang bagi, kucing pendatang, ambil tepi jalan, di pasar dan banyak lagi lain.  Pernah seketika jumlah kucing yang Mama pelihara melebih 20 ekor ! 

Saya tidur dengan kucing, saya cium kucing saya, saya peluk kucing ! Orang kata bulu kucing boleh menyebabkan asma tapi syukur saya dan ahli keluarga saya tak der sakit tu.

Di kampung, kucing biasanya diberi nasi yang digaul dengan ikan rebus. Kadang kala diberi biskut kucing. Seminggu sekali kucing diberi makan ikan mentah, biasanya hari Sabtu atau Ahad...macam bonus la tu. Tapi bukan semua boleh makan ikan mentah....ada yang sakit perut dan yang bersepah nanti...faham, faham la :-) . 

Adakah saya sayang kucing ? Susah nak cakap...