Selasa, 30 September 2014

Sukan Kita Ke Mana ?



Sukan Asia, kita kalah dengan Korea Selatan untuk sepak takraw, oppss! Nampaknya 'orang luar dah mahir dengan sukan kita'!

Bila dah kalah....buat post-moterm, tukar orang, letak jawatan dan bagai....abis-abis...tubuh jawatankuasa untuk kaji!

Mana silapnya? 
Kata mereka...kurang pendedahan, budget tak der untuk latihan, politik dalam sukan! 
 
Saya selalu kata...
Bab-bab sukan ni...letak yang berpengalaman dalam bidang ini untuk mengendalikannya.

Tapi nanti diaorang kata...
Perlu Dato' itu dan ini untuk itu dan ini....

Saya pernah bertanya kepada salah seorang pelajar saya....
Beliau pernah mewakili Malaysia dalam acara kriket...
Katanya...
Dato' itu dan ini untuk cari dana...
Ok...no problem...
Tapi diaorang tak perlulah kacau dalam urusan sukan....pi la cari dana saja.

Saya pernah sembang dengan rakan sekampung saya
Dia ni atlet balapan...
Katanya dia belum lagi dalam group elit...oohhh begitu rupanya ada group elit pulak (lupa nak tanya, rakan saya ni group apa)
Saya tanya lagi...macam mana nak masuk group ekit ....ada standard yang kita kena capai!

Saya korek lagi....elaun diaorang banyak ni saja...yang ada nama besar, besar la sponsornya. 
Minat dan cita-cita yang buat diaorang stay!

Inilah nasib ahli sukan dan sukan di Malaysia.

Bila Telefon Gomen Kena Sabar

Berapa lama masa yang diperlukan untuk satu panggilan telefon kepada pejabat kerajaan dijawab? 

Sabar..sabar...kena sabar bila telefon gomen.....gomen besar, banyak bahagian dan banyak orang diaorang kena handle ;)

Dengan gomen, pi saja ofis diaorang. Kita pula kata, tak kan benda ciput nak kena ngadap diaorang. Banyak lagi kerja lain kat ofis...

Maka kita pun tengok kat website....cari-cari nombor...
Nombor yang tertera....telah bertukar....nasib baik mesin kasi tau! 

Sila hubungi nombor '03 8000 8000'. Ok I did!

Cepat diarang angkat....terima kasih :)
Diaorang pun kasi nombor nih 03-8886 5139 / 5149

Call punya call diaorang tak angkat! Mmm...jangan putus asa ;) Meeting kot!

Cari lagi di website berkaitan....jumpa nombor nih
03-8871 1245 / 1246 / 1279 

Call....mesin yang jawab.
Bunyi lagu ni 'sila tekan 1 untuk Bahasa Malaysia' kita pun tekan...
Lepas tuh 'sila tunggu, perbualan ini akan dirakamkan bagi tujuan latihan' wah! bagus gomen dah banyak berubah! Tapi kan.....lepas habis mesin cakap....line putus! Mmmm.....entah berapa kali cuba baru berjawab!

Agak-agak berapa lama? Dari cari di website, panggilan pertama, cari lagi, buat panggilan sampai di layan....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SEJAM


Berkahwin Juga Akhirnya

He is a cool guy! Bercinta dan berkepit dengan ramai aweks....tunggu dan tunggu...sampai bosan menunggu....siapalah bakal bergelar isteri George Clooney....akhirnya ini yang dia pilih, wanita Lebanon bernama Amal Alamuddin. 


Baca komen di blog hiburan tempatan...sibuk berbahas hal agama isterinya. Ellow...kalau dah moden lagu tuh....Islam ke? Kalau Islam sekalipun...kenapa? Yang bagusnya bila dah bahas lagu tuh....kita belajar benda baru...yang tak bagusnya....puak-puak yang over...! 


Isnin, 29 September 2014

Kopi oh Kopi

Gemar akan aromanya. Mula mengenali nikmat kopi beberapa tahun yang lalu.

Kopi Che Nah yang terbaik diikuti dengan kopi Hang Tuah. Kapal Api....buat saya pening. 




Kira bernasib baik kerana cari kopi murah ;) tidak yang di Starbucks dan seangkatan dengannya....bukan tak teringin tapi asal minum naik high!

Yang 3 in 1, boleh masuk Radix dan LA Coffee sahaja....

Kopi paling mahal pernah minum...kopi Luwak yang saya beli di Bali...

Kopi-kopi, ada jenis...masuk sikit saja, terus tangkap kepala...orang kata minum kopi tahan mengantuk...saya, tengok jenis kopi.

Kopi hanya sebagai hidangan di pagi hari sahaja...waktu lain, jangan sekali! Ambil juga boleh buat berjaga sehingga 24 jam.




Budaya Buang Makanan

Mengapa tidak masak mencukupi untuk dimakan pada sesuatu masa itu sahaja? 



Sedih melihat lebihan makanan dibuang ke dalam tong sampah. Habis tuh nak buat apa dengan makanan tu? Melihat rakan yang buang makanan macam tak der perasaan...ringan mulut untuk menegur tetapi terkunci mulut. Ada jenis orang yang suka masak banyak, kemudian bila tak habis buang saja....mereka kata biar lebih jangan tak cukup!


Lagi geram melihat gelagat mereka-mereka ini di open house! Ambil banyak makan tak habis! Kenapa perlu tamak? Boleh saja ambil sikit.....nak lagi tambah :)





Sebab apa jadi lagu tuh... cara didikan dan budaya.....

Boleh saja pelihara binatang peliharaan seperti kucing, ayam atau itik untuk diberi lebihan makanan? Nanti ada yang kata, rumah sekarang mana boleh pelihara ayam itik....lainlah di kampung!
Boleh saja kan...masak mencukupi untuk keluarga, mempelajari trend makan anak-anak.
Bila lebih simpan dalam peti sejuk, esok masih boleh di makan.

Bolehkan....
makan sampai habis
ambik yang nak makan saja
tak habis simpan
tak boleh simpan, bagi kucing atau ayam di belakang rumah
Tuhan marah pada pembaziran, nasi menangis....antara kata-kata orang tua-tua pada saya suatu ketika dahulu

Amalkan masak cukup untuk makan pada hari itu. Perlu bijak menguruskan makanan untuk keluarga.

Ahad, 28 September 2014

Apa Ada Pada Bangsa

Saya cuba untuk mengelak dari mengkaitkan bangsa dengan sikap tetapi hakikatnya sehingga kini saya masih belum boleh membuang persepsi saya pada perkara ini. Sepanjang saya berdepan dengan pelbagai bangsa dari pelbagai negara....mmm, macam-macam karenah ada.
Pada satu ketika kerana dikelilingi dengan pelbagai bangsa...sehingga tengok paras rupa pun boleh tahu mereka dari mana ;) Kalau yang muka dah ala-ala mix.....dengar diaorang cakap dah boleh agak. 

Orang Arab yang terkenal dengan sikap degilnya...

Berdepan dengan warga Somalia....dia punya pusing...dasyat! Paling sukar yang saya pernah berdepan. 

Yang dari Korea....punya la degil dan kurang ajar! Nasib baiklah aku tak minat cerita Korea.

Omputih baik sangat ke? Mmm, lain negara lain perangai....diaorang pun main politik ;)

Bukan semua macam tu....tetapi bila majoriti yang saya jumpa datang dengan masalah....tu yang buat timbul persepsi negatif!

Apa pun bangsa yang kita berurusan, yang paling penting apa objektif kita dalam tugas atau perniagaan yang kita lakukan. 



#photo dari carian di google

Merancang Percutian Ke Luar Negara

Saya merenung renung ini, buah tangan dari rakan saya yang baru pulang dari bercuti di London dan Paris. Dalam hati saya, bilalah saya nak sampai sini :(


Sepanjang saya bercuti dengan rakan-rakan, yang paling utama ialah merancang kewangan :) Mana destinasi kita, semuanya bergantung pada kewangan kita. Sebagai contoh, percutian saya di Hong Kong dan Macau adalah untuk 6 hari 5 malam. Kami merancang untuk pergi pada bulan Jun. Tiket dan tempat tinggal saya telah booking pada bulan Disember. Tiket kapal terbang dan tempat tinggal untuk seorang selama 6 hari 5 malam jatuh RM1500 sahaja.
Ocean Park Hong Kong
Macau

Anda tidak semestinya mengikut kehendak rakan-rakan anda dari segi shopping dan destinasi. Jika anda telah ke suatu tempat dan anda tidak mahu ikut....katakan saja tidak! Shopping....saya bukan kaki shopping, saya beli apa yang perlu untuk saya dan sebagai buah tangan buat rakan-rakan dan keluarga. Tujuan saya makan angin lebih kepada nak tengok negara orang. Sebagai contoh semasa saya di Bandung (melawat kawasan gunung berapi), kumpulan kami dihampiri oleh para penjual.....saya sedikit pun tidak menyentuh atau melihat barangan yang mereka jual...buat tak tau saja, buang sikap kesian! Benda-benda yang mereka jual di tempat lain pun ada. Kesudahannya saya tidak beli apa-apa....rakan saya berbelanja hampir 2 juta rupiah di situ sahaja.

Satu lagi bab makan....risau akan halal ke tidak, perlukah belanja besar untuk makan di negara orang? Kalau pergi ikut pakej, mudah...makanan termasuk sekali. Jika tidak....bagaimana? Bagi saya...makan berat tengahari sahaja...malam tak perlu. Ke mana-mana destinasi luar saya pergi (bukan melalui pakej)....saya mesti bawa maggi, milo 3 in 1 dan biskut. Inilah makanan malam saya. Ada negara yang tidak benarkan barang makanan dibawa masuk....kena selidik negara mana sebelum pergi. Dari situ juga, kita dah kena cari tempat kita boleh makan.

Percutian yang bagaimana yang kita kehendaki? Backpack? Relax? Shopping? Ini pun kena pastikan sekepala dengan rakan-rakan atau pakej yang anda hendak ikut. Ada masanya saya nak yang relax dan tak kisah berbelanja lebih....adakalanya percutian saya budget. Saya pernah ke Ho Chi Minh selama 4 hari 3 malam dan saya belanja tak sampai seribu ringgit untuk segala-galanya :)
Ho Chi Minh

Pakaian? Banyak mana nak bawa? Ada orang yang boleh pakai pakaian yang sama berulang kali...saya tidak. Nak basuh atau tidak di sana? Saya, sehari satu baju....malam nak tidur, pakaian lain yang boleh digunakan untuk 2 malam.

Bag pakaian? Pastikan tidak penuh semasa memulakan percutian ;) Bawa bag extra. Saya, 1 bag dan dalamnya ada satu bag kecil ;) Dan kalau bag penuh, mmm...bag yang kecil itu saya akan hand carry.

Jangan lupa ya....sediakan juga ubat-ubatan. Saya mesti bawa minyak cap kapak, panadol dan actal :D







Semalam di Vet

Ini cerita semalam. Saya bawa meow saya untuk divaksinkan. Vet yang saya selalu kunjungi namanya 'Shah Alam Veterinary Clinic'



Asas dalam bab memelihara kucing dalam rumah yang saya amalkan :
  •  vaksin setahun sekali
  • kasi selepas kucing berusia 6 bulan

Ini Snowy....pagi sebelum bawa ke vet.....sedap tidur ya.



Semasa di vet....bila macam-macam yang mereka bau...ada yang bertindak agresif....sebab takut atau rasa terancam!
 
Yang boys ok....saya mulakan dengan Simba, diikuti dengan Spider.



Kemudian Suri....permulaan meluahkan rasa tidak selesa....dah bunyi marah. Anak-anak tino saya memang terkenal dengan garangnya ;)



Snowy? OMG...dia punya mengamuk! Suara dia sampai ke luar boleh dengar! Saya di minta keluar dan bawak sekali yang lain sebab Snowy dah mula bising-bising. Memang biar dia yang last sebab tau perangai dia macam mana tapi saya sendiri tak sangka dia sebrutal itu! Dua vet untuk uruskan dia yang mengamuk tu! Snowy...snowy....tahun depan tak tau lagu mana pula dia!

Selain dari dicucuk (vaksin), meow juga diberi ubat cacing. Sebelum ini saya bawa meow ke vet kerajaan. Memandangkan waktu beroperasa hanya pada hari tertentu sahaja dan mereka juga menerima anjing....maka saya pun beralih ke vet swasta. 

Senangkan nak pelihara kucing dalam rumah ;)
Syukur, anak-anak bulus saya tiada yang sakit kecuali Simba yang ada sinus.

Sabtu, 27 September 2014

Sembang dengan Pak Arab

Seronok benar Pak Arab bercerita tentang negaranya. Pak Arab ini datang dari negara yang kaya, yang sumbernya adalah minyak. Mereka di hantar ke sini untuk menjalani kursus jangka pendek. Saya cuba melihat dari sudut ekonomi negara mereka....mmm, kakitangan kanan kerajaan mampu memiliki BMW! Selain itu setiap mereka juga mendapat kenderaan rasmi yang mewah. Kaya sungguh negara mereka!

Kebanyakkan kakitangan kerajaan ada pembantu rumah yang diambil dari luar negara seperti Indonesia, India, Filipina dan dari negara Afrika. Memang susah nak ada rakyat tempatan yang nak jadi pembantu rumah.

Dari sudut pelajaran, negara kita lebih maju. Mereka baru nak melangkah jauh! Masih bergantung pada tenaga luar dan menghantar pelajar ke luar negara untuk bidang kritikal.

Dari sudut kekeluargaan...berkahwin 2 itu satu kebiasaan. Sempat lagi mereka tanya saya, berapa mas kahwin dan hantaran, saya pun kasi anggaran....terus mereka kata, 'sekarang juga mereka boleh kahwin' ;) Di negara mereka mas kahwin dan hantaran mencecah RM100,000!

Bukan sekarang saya 'kenal' Pak Arab. Saya pesan pada rakan-rakan....'hati-hati dengan mereka ini, mulut mereka manis....mengayat power'! Yang bergelar pelajar, belum masuk 20 tahun lagi sudah mengajak saya berkahwin ;) hahaha! Tak nampak ke mereka yang saya ini bukan sebaya mereka lagi!

Ada juga rakan saya yang sangkut dengan Pak Arab. Yang pasti seorang berkahwin dan bercerai...sebelum bercerai, telah digantung tidak bertali buat sekian lamanya! Yang seorang lagi telah dinasihatkan 'jangan' tetapi alasan dia, rakan karib dia yang kenalkan, pasti Pak Arab ni ok! Mmm...look now! You know lah...di ambang perpisahan...

Sebelum mereka berangkat pulang sempat lagi kasi ini pada saya kurma dan wangian....satu rupa macam garam batu, satu lagi serbuk warna hitam dan satu lagi macam gula-gula ;) Baunya memang sedap! Diaorang kata benda ni kena bakar...Pak Arab bercerita dengan saya macam mana nak bakar....saya ia kan saja....sebenornya, saya tak paham! Haha









Selasa, 23 September 2014

Kena Makan Satay Saja di Sate Kajang Hj Samuri


Memang tidak dinafikan Sate Kajang Hj. Samuri memang terbaik! Rugi kalau singgah tak makan sate. Baru-baru ini teringin nak rasa makanan lain di situ....

Yang belum ke situ, saya cadangkan...makan satay bukan benda lain. Mereka bukan pakar dalam masakan lain. Ikut selera saya, yang lain tu biasa-biasa saja....diadakan sebagai tambahan kepada satay mereka.....ye lah, kena fikir tengahari ada yang nak nasi....bagi yang tak makan berat mungkin  nak meehun sup, jadinya mereka kena pelbagaikan.

Yang saya pelik sikit hari tu...saya nak order air sirap limau, pelayan di situ kata, 'silap limau tak der, air limau ada....sirap, kita sediakan kosong atau buat air bandung!' Mmm....nak buat sirap limau, letak saja limau dengan pewarna merah...done kan! Sebab sirap memang diaorang dah ada! Bila saya fikirkan balik.....'mungkin konsep perniagaan mereka yang dalam menu saja, lain dari menu tak der!'

Jempu makan...saya cuba nasi ayam goreng ayam. Meehoo sup dan nasi ayam dah pernah rasa......satay juga yang best di sini.





Nikmati Makanan dengan Rasa Syukur

Apa menu hari ini? Pernahkah rasa...
  • nak makan apa hari ini / tak tahu nak masak apa hari ini
  • boring dengan menu yang sama di kedai itu
  • hampir 10 restoran berdekatan dengan tempat kediaman / pejabat tetapi masih lagi mencari yang lain...di luar kawasan!
Saya pernah ada rakan yang ambil flight ke Pulau Pinang semata-mata teringin nak makan laksa! Kemudian dia pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari yang sama ;) Pernah juga ada rakan yang drive ke Johor untuk merasa assam pedas yang menurutnya sedap! Rezeki tuh....sebab mampu menjelajah begini hanya untuk 'merasa' makanan kegemaran mereka.

Bersyukur pada makanan kerana ia rezeki. Mulakan dengan rasa syukur kerana di beri peluang untuk makan, mampu makan dan masih boleh menikmati pelbagai hidangan. Tiada pantang larang atau alahan disebabkan penyakit dan sebagainya.

Teringat cerita seorang rakan....apabila jiran sebelah katil di wad hospital mengeluh 'hilang nikmat makan....tak der rasa'! Jiran sebelah katil mengidap kencing manis. Bersyukurlah, walaupun tiada rasa masih boleh makan!

Baru-baru ini makan maggi mee ;) Sempoi saja, rendam dengan air panas sahaja (kebetulan nak cepat...saya jarang rendam)....wah nikmatnya! Makan bukan untuk kenyang, bukan untuk nafsu tetapi lapik perut.
 
 
Mulakan dengan menzahirkan rasa syukur, berterima kasih padaNya dan berdoa, moga dicukupkan makan minum keluarga dan seluruh umatNya.

Ahad, 21 September 2014

Kendall Jenner di Milan Fashion Show

Dalam banyak-banyak adik beradik Kardashian / Jenner....saya paling suka dia! Memang anggun! :)
Sapa-sapa yang menonton ' Keeping up with the Kardashian' mesti tau sapa dia ni....

Look here! Cantik kan dia....


Dress ni memang sesuai sangat dengan dia....

Kalaulah diri saya boleh diubah....saya mahu tinggi dan kurus macam dia ;)



#photo dari carian di google & facebook

Makan di Restoran Hj Hassan Ayam Kampung

Cerita makan pula ya.... ;)
Nama pun 'ayam kampung', menu wajib saya jika ke sini ialah ayam. Diaorang pakai 'spring chicken' yang di potong empat....kulit di buang....saya rasa diaorang rendam dulu dengan air garam sebelum goreng. Seketul harganya RM4.50...kecik saja, mahal lagi dari ayam KFC...hehe.

Yummy yummy....
Tak perlu ambil lauk lain....ini saja sudah mencukupi,

Ayam goreng
Budu + tempoyak + limau nipis + cili api (patah-patahkan cili, perah limau nipis dan gaulkan...ini pembuka selera)
Ulam
Nasi panas

Jemput makan.....licin! 
Oh ya, buat penggemar teh, cuba rasa teh nya, nice....






Yang saya tahu, Restoran Haji Hassan ini ada di beberapa kawasan iaitu di Kampung Baru (gerai), Bandar Tun Razak, Cheras dan Bandar Baru Bangi.
Saya selalu singgah yang di Bandar Baru Bangi. Konsepnya lebih kepada makan tengahari....pagi & malam tak bukak, petang dah tutup....jemput singgah ya, sekali datang pasti nak lagi ;)


Sabtu, 20 September 2014

Halalkah Sijil Halal ?

Dua tahun yang lepas saya ada menemuduga seseorang yang pernah bekerja di bahagian pentadbiran semua restoran makanan Jepun yang agak terkenal di sini. Tempoh dia bekerja di restoran itu agak singkat, tak sampai 6 bulan.Mmmm...jadi saya pun tanya 'kenapa berhenti?' Dia cakap 'saya tak nak bersubahat!' Salah satu tugas beliau di syarikat tersebut adalah berurusan dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan atau memperbaharui sijil halal. Ditambahnya lagi 'syarikat tak telus dari segi bahan-bahan yang digunakan.'

 


Sekarang ini saya sedang membantu rakan saya menyediakan material untuk presentation beliau dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan isu 'halal' ini. Kita ambil contoh livestock. Sebut halal, kita nampak pada penyembelihan....tetapi berapa ramai yang melihat isu halal ini dari A-Z? Maksud saya dari penyediaan makanan, sumber makanan, pengangkutan, sumber air, kebersihan pada setiap proses terlibat, jika diberi suntikan...apa kandungan dalam suntikan tersebut dan sebagainya. 

Satu lagi contoh tepung gandum...ada logo halal tetapi sumber gandum itu dari mana? Proses dari biji benih, tempat semai, jadi pokok, tuai, masuk kontena sehingga sampai kilang proses...halalkan semuanya?  Satu ketika dulu, pernah tersebar di internet gambar sebuah stor menyimpan telur ayam ada anjing-anjing berkeliaran! Jadi fikir-fikirlah....penambahbaikan amat diperlukan dalam semua aspek.

Jumaat, 19 September 2014

Si Penghibur di Rumah

 Perangai petang tadi....






Dia ni memang suka celup kaki dalam air minum kita. Tujuan? Nak Rasa!
Tak kisah lah air panas ke sejuk....kalau air panas si Snowy ni akan cuba jatuhkan mug...mmm tapi saya berjaya selamatkan.
Air panas....ada sudu dalam mug tuh ;) jadi si Snowy dia.....keluarkan sudu tu dari dalam mug! Sudu dah dikeluarkan...apa lagi, dia pun jilat sudu tuh!
Cerdikkan dia!
Tak der dia, sunyi rumah.....yang lain tak senakal dia!
 Mommy love you...mommy love yang lain juga ;)

Khamis, 18 September 2014

Aku Pakar Motivasi

Layak kah aku?


Tetiba rasa nak tulis isu ini, sebab tadi member cakap....'ko selalu kasi aku semangat, kasi aku motivasi'. Saya rasa biasa-biasa saja....tak der pulak rasa bangga atau kembang bila orang cakap macam tuh pada saya. Dan dia pula bukanlah orang pertama yang cakap macam tuh ;) Dah ramai dah. Pada awal tahun ini, adalah saya sembang dengan seorang pakcik....dia ada PhD dalam psikologi, dia pun cakap benda yang sama....'you boleh jadi motivator la'! Idak la lama saya kenal pakcik tu.

Apa pendekatan yang saya guna....tak banyak, sikit jer

Mendengar dengan hati
Orang boleh nampak keikhlasan kita bila kita mampu mendengar dari hati kita.

Jadilah seorang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak
Jika dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap orang lain, tak perlu kutuk mana-mana pihak dulu. Teruskan mendengar. Bila tiba masanya kita rasa dia yang tak betul....kita memberitahu dengan cara yang tidak menyalahkan dia atau mengutuk. Jika kita rasa tindakan pihak yang satu lagi yang betul....kita bagitau dia.

Tahu bila nak bertindak
Kita mesti tahu bila kita perlu bertindak agresif dan bila tidak. Dan kita mesti tahu, bila juga kita kena buat tak tahu!


Kita mampu kuasai 3 skill yang dinyatakan jika kita memang niat untuk menolong.


Berikut antara pengalaman saya

Masalah suami isteri 
Si suami ada perempuan lain. Saya ada dengar dari rakan-rakannya tentang hal dirinya tetapi saya tidak pernah bertanya (itulah saya) sehingga dia sendiri bukak mulut dengan saya. Masalah pada diri dia ialah terlalu sayangkan suami dan dia rasa dia tak boleh hidup tanpa suaminya itu. Saya nampak 'suami dia baru nak kenal dunia', ye lah muda-muda dah berkahwin. Yang dia pula,'ada sikit queen control', banyak keputusan dalam rumahtangga adalah kehendak isteri. Nak jadi cerita, suami baru naik pangkat....ha, masa nilah suami dia buat hal. Ye lah, muda-muda dah pegang duit banyak...kena pulak isteri dominan. Memang kena buku dengan ruas! Bertahun saya mendengar dan memberi pendapat saya. Boleh dikatakan hampir semua pandangan saya tidak dia turuti! Tetapi dia masih mencari saya. Dan bila dia datang bercerita saya tak pernah tolak! Sampai bila saya harus mendengar........sampai masanya, saya rasa....dia perlu berdikari. Saya tidak lagi mendengar dan rasanya tak perlu mendengar lagi ;)


Masalah pekerja dengan majikan
Si pekerja meluahkan rasa tidak puas hati kepada saya akan bosnya yang banyak sangat mengacau! Itu ini....cuti-cuti pun dok whatsapp dia, cuti pun kekadang suruh dia datang kerja, dia kena balik lewat. Dia sampai hilang mood nak bekerja. Dalam hal ini saya nampak, kedua-duanya ada kekurangan. Yang pekerja, jenis 'orang nak kena paham masalah dia saja, seorang yang moody dan yes bos (tapi belakang lain). Yang bosnya pulak.....kenalah paham, staf makan gaji dan hormatlah masa cuti dia. Kekadang bosnya, benda kecik pun nak kena betul sampai 10 kali....mana pekerja tak tension. Saya pernah kata kepada pekerja itu....ko kena boleh cakap 'apa yang ko rasa patut dan tak patut' kepada bos ko, jangan simpan...sebab benda tu kontra dengan apa dalam hati ko, dah lah ko tu jenis moody. Masa ko cuti bagi tau bos ko, kalau boleh jangan ganggu melainkan betul-betul urgent. Kalau ko hari-hari balik kerja lewat...ko letih, esok kena datang lagi...dan ko bawa perasaan itu...tu yang jadi tak dak mood sepanjang masa. Pergi ambik cuti untuk rehatkan minda.  Saya kata lagi, jangan ikut macam saya sebab saya ni hati kering (malas nak tau benda-benda remeh nih)...ko tak.


Masalah pelajar dalam belajar
Ramai pelajar saya kata mereka mudah faham apa yang saya ajar sehinggakan ada yang nak saya mengajar subjek yang bukan bidang saya. Permintaan itu saya tak boleh nak tunaikan sebab dah memang bukan bidang saya....saya tak boleh ajar subjek engineering...itu bukan bidang saya ;) Mereka selalu kata, ada saya mereka rasa konfiden dan selamat. Saya juga selalu bagi tips bagaimana nak belajar. Dengar saja saya mengajar tak cukup, kena ada aktiviti untuk mereka berfikir, menulis dan bergerak (jika perlu). Ajar pelajar untuk berani bercakap tentang apa yang dia tahu tentang subjek itu....biasalah mereka, kadang-kadang mereka 'takut' salah, tu yang senyap dan memilih untuk mendengar saja. Sebagai yang mengajar, perlu bergerak juga....kalau nak menulis di whiteboard, gunakan warna yang berbeza untuk memberi pelajar ingat apa yang dia belajar. Suara kita pula, ada kala perlu perlahan dan ada kala kena kuat.


Mmm....cukupkah penerangan di atas untuk melayakkan saya jadi seorang pakar motivasi! Haha...belum cuba, belum tahu ;) Dah cuba pun, banyak kali dah tapi tidak digunakan sebagai mata pencarian ;) Kalau nak buat duit....hantar saja profile saya kan...pastu charge lah servis. Cehh...cakap pandai, Ijazah / Sijil dalam bidang seperti psikologi / motivasi pun saya tak der ;) Attend siminar motivasi pun tak pernah!!



Mencari Pekerjaan : Jangan Buat Ini

Yang sedang mencari pekerjaan, menghantar resume kepada syarikat online atau offline dan yang menggunakan khidmat agensi pekerjaan online atau offline....elak nyatakan ini ya, 

'willing to work 24 hours'

Ini tidak akan buat syarikat-syarikat yang mencari pekerja 'kagum' dengan kita dan jika sekalipun 'kagum', iya ke you boleh kerja 24 hours? Common sense beb....ada ke orang tak tido!

Hati-hati ya....

Cakap Belakang

Ramaikah yang macam ni? ;)



Rakan ketawa ramai...rakan bersuka pun ramai, yang plastik mungkin lagi ramai ;) Bukan setakat rakan....adik beradik, saudara mara.

Lebih baik berterus terang dari menjadi plastik! Lebih baik berdiam dari berkata-kata di belakang. 

Yang terbaik, tak bercerita langsung hal orang! :) itu yang terbaik!

Nak bagi dorongan, biar ikhlas dari hati....kalau tak, lebih baik diam. Kalau nak jaga hati pun...belakang tak perlu berkata-kata.


Kucing boleh Gay ke?

Dah berkali-kali nak tulis hal ini tapi tak tertulis-tulis! Mmmm...persoalan yang selalu bermain di fikiran, selepas kerap melihat anak bulus jantanku buat hal!

Saya pernah bertanya pada rakan-rakan saya....diaorang kata, kucing mana ada gay! 

Untuk tidak mengaibkan anak-anak bulus jantanku....tulisan ini tidak disertai dengan photo mereka yang terlibat!

Begini ya....dari dolu, anak-anak bulus jantan semua dikasi sebab tak nak diaorang spray 'minyak wangi' dalam rumah....saya bela meow semua dalam rumah dan tidak dikurung. Meow sebelum ini, tak der aksi lagu ni...cuma yang sekarang, 2 ketul tuh! Si Spider selalu mengerjakan si Simba! Spider hanya buat pada Simba saja! Simba tak pernah buat pada Spider. Kekadang rasa....mmmm patut lah muka si Simba ni macam 'selenga / blurr' sikit sebab selalu dikerjakan si Spider.

Bolehkah saya kata aksi yang anak bulus jantan saya buat adalah satu penyakit? 

Atau dia confuse! Confuse sebab telah dikasi...jadi dia tak cari tino, dia cari jantan! 

Mungkinkah tekanan akibat di kasi? Atau vet salah kasi? 

Adakah ini normal pada kucing? Maksud saya...antara tabiat kucing? I have no answer. Yang pasti bila saya nampak, memang saya sound! Spider pun pandai...dia tak kan buat depan saya! Saya tahu dia kerjakan si Simba bila si Simba bising....meowmeow dia...meowmeow yang menyatakan rasa tak selesa.





Dua Dara

Hatiku akan sentiasa berbunga-bunga dengan anak bulus ;)

Ini aksi terkini, anak paling sihat ;) si gumok Snowy. Muka ngantuk & tengah khayal....ye lah mommy tengah urut-urut dia....



Si kicik Suri....serious nampak! Cun la you!!


Yang ni kalau buat gambo passport, ok tak!!!


Berjuta-juta....tak terbilang, cinta ini pada semua anak-anak bulus ;)





Rabu, 17 September 2014

Bila Sistem Mengejar A, Kerana Duit atau Kerajaan yang Lemah




Tak tau lar...nak terkejut tak....kelakar ada, bila UPSR pun boleh bocor! Adoii....kalau level SPM nak bocor, logik la...level dah tinggi, ni UPSR...

Bila ramai tak setuju dengan cara PM, orang kata sokong membangkang...hakikatnya hanya pandangan untuk kebaikan.


Tiga kemungkinan....

Sistem Mengejar A
Dah lama bersarang....semua mencari good grade! Dah diasuh dalam jiwa anak-anak....parents, cikgu, biasiswa, pekerjaan! Parents berlumba-lumba tuiton kan anak, cikgu kasi extra kelas, tajaan mencari yang A dan macam-macam! Jadinya belajar, belajar dan belajar untuk semua A!

Kerana Duit
Kerana wang orang sanggup buat apa saja. Sudah menjadi budaya kita ke? Desakan hidup atau untuk kesenangan? Tak dinafikan duit amat penting....untuk memenuhi macam-macam keperluan!

Kerajaan yang Lemah
Mmmm....kekadang nak jer kata, ini faktor utama! Tengoklah...menteri naik tocang, negara asyik kena bolos, kapalterbang tak jumpa-jumpa! Yang no. 1 negara, baik sangat dan ambik pendekatan semua orang baik! Ini jadinya.....orang-orangnya pun ikut 'baik' sampai exam paling kecik tak boleh jaga!


#smiley dari carian di google