Ahad, 14 Julai 2013
Selasa, 9 Julai 2013
Ahad, 7 Julai 2013
Apapun Kena Makan...
Mengharungi hari-hari yang menyedihkan...kerana jahat mulut manusia. Now, I'm getting better :-) Terima Kasih Tuhan atas dugaan ini...kerana memberi ku kekuatan dan ku nampak peluang lain yang terbuka luas. Bukan sehari dua down...makan minggu!
Apa pun makan tetap kena makan :-)
Pedulikan apa orang kata tentang mereka yang suka ambil gambar makanan....yang penting kita tak kacau orang :-)
Menikmati hanya ini di Pak Long Kopitiam.
Makan di Wong Solo dengan rakan...
Pekena nasi goreng di Sri Hainan Kopitiam...
Ke Wong Solo lagi...makan set ayam bakar...
Laksa Ah Cheng....
Kembali ke Sri Hainan dengan Mee Hailam...
Makan di gerai, meehoon sup daging...
Ke Pak Long lagi...katanya Vietnam noodle tapi dia pakai keowteow....dan...
Minum Milo....
Yang ni...di mana ya ku makan?
Yang akhir sekali, pekena nasi arab yang di masak oleh orang Malaysia di D' Arab Cafe. Yang jelas, lepas makan saya pening! Yelah orang arab pakai rempah, orang kita main pak aji kot!
Jumaat, 5 Julai 2013
Makan di Bagan Seafood
Ini antara kegemaran saya. Restoran ini terletak di Port Klang.
Menu wajib jika ke sini.....ketam masak cili, butter prawn dan kangkung goreng belacan. Tiga menu ini antara yang paling sedap di sini.
Untuk makan kali ini saya order juga asparagus dan shark fin. Mmmm, ini menu dua orang makan saja tau ;-) Banyak tak kitaorang makan? Untuk semua ini lebih kurang RM132 saja...
Rabu, 3 Julai 2013
Raja dalam Rumah
Berita terkini tentang Ringgo yang mama sampaikan pada saya.
Mama kata, sekarang Ringgo dah besar kepala. Tinggal dia saja yang tinggal dalam rumah! Pantang tengok meowmeow lain dalam rumah....mesti Ringgo serang! Banyak berlaku serang menyerah sebab tu Yellow dan Shiloh terpaksa ditempatkan di luar rumah...kesian! Apa pun ada disediakan tempat di luar rumah untuk Yellow dan Shiloh!
Mama kata, Ringgo melawak kasar! Kita melawak dia menyerah! Macam mental jer...! Kenapa jadi macam nih? Sebab dia kesayangan mama kot!
Isnin, 1 Julai 2013
Cari Apa di Langkawi?
Salah satu tempat yang saya panggil 'pelarian kota'. Saya suka ke sini sebab ada pantai dan pekan....
Kalau ke sini apa yang selalu saya buat?
Lepak tepi pantai, selalunya di Pantai Cenang.
Cari tempat makan. Yang dalam gambar ini antara yang boleh di pilih untuk makan!
Yang ini pula berdekatan dengan restoran makanan di atas!
Beli coklat di pekan Kuah, Opps gambo...tak dak!
Tempat lain tak pergi ke?
Pergi, bergantung berapa hari saya di sana! Tasik Dayang Bunting, Cable Car, Makan Mahsuri, Kilang Gamat. Masa singkat, Cable Car dan Makam Mahsuri menjadi pilihan....
Kalau dah nampak wayar ini...tau-tau saja di mana kan!
Tak beli Pinggan Mangkut dan kain batik ke?
Tak minat lah....
Tinggal di mana?
Bergantung pada keadaan....selalunya berdekatan dengan Pantai Cenang atau Pekan Kuah. Ada sekali tuh booking hotel yang dekat dengan airport...macam dalam gambar nih, memang nampak airport dari hotel...
Ini hotelnya....masih wujud ke hotel nih?
Pengangkutan?
Sampai Langkawi, saya sewa kereta. Untuk ke Langkawi selalunya dengan flight.
Bila ke sana?
Saya cuba elak cuti sekolah. Seboleh-bolehnya pergi pada hari kerja, sebab jalan tak sesak dan sewa kereta murah!
Lain-lain?
Kalau ke tempat jual gamat, beli tak ingat dunia..dengan minyak gamat, minyak kayu putih, balm pala dan macam-macam lagi saya borong!
Kejadian yang masih dalam ingatan?
Kereta Sewa - semasa sewa nissan sentra....sampai di petrol pump saya tak jumpa cari tempat untuk buka tempat minyak tuh...puas cari sampai kena refer buku panduan yang diletakkan dalam bonet!
Hotel - tahu hotel yang saya booking tuh sebelah airport tapi tak sangka pulak betul-betul sebelah airport! Macam start injin kereta ke rumah sebelah jer...
Kapal Terbang - saya naik Air Asia, masa pergi di KLIA...balik turun LCCT. Kiranya masa saya balik tuh adalah hari pertama Air Asia landing di LCCT. Inilah rupa LCCT masa hari pertama beroperasi
Satu lagi...ini juga kali pertama saya naik Air Asia, jadi kali pertama juga beli makanan dalam flight....saya makan nasi lemak dan minum 100 plus. Apa jadi? Saya pening....on the way ke rumah, saya muntah dalam teksi! Itu bahana, terlebih makan dalam flight...makan pula yang berangin!
Antara photo yang sempat dirakamkan dalam kapal terbang sebelum saya pening.....
Langgan:
Catatan (Atom)