Isnin, 23 Februari 2015

Menu Sayur ;)

Ini mana satu 'main' dia?


Saya suka sayur yang banyak pada mee, meehoon atau kuew teow goreng. Dapur saya, cara saya....jadi, kita banjirkan dengan sayur :)


Kakak Roti, Si Penjual Roti, Sedap Rotinya

Kakak roti :) Itulah panggilan saya buat kakak ini. Kakak ini menjual berdekatan dengan Stesen Komuter Klang.

Kenapa saya panggil kakak roti? Pernah saya minta nombor telefonnya, saya tanya nama, dia kata 'letak saja kakak roti'! Selalunya sebelum ke sini saya akan call dulu.


Roti-roti ini bukan dia yang punya. Taukeh yang punya. Dia hanya menjual. Boleh dikatakan semua roti yang dijualnya sedap. 

Kakak ini bukan orang kita, dia berasal dari Medan. Berbangsa India & fasih berbahasa Indonesia. Sudah lama dia bekerja di sini. Tengok tuh! Sudah jadi regular customer sampai saya tahu sedikit sebanyak latar belakang kakak roti ;)

Saya suka beli roti manis iaitu roti kosong berbentuk bun. Roti putih potong pun sedap.

Disebabkan dah lama tak makan roti yang dijual di sini, saya pun borong roti.


Hari-hari makan roti jawabnya. Bila nak habis? Confirm boleh habis :) Tak habis no worries, ikan di tasik banyak yang menunggu.

Walaupun saya suka makan roti yang dijual di sini, saya tak tahu jalan nak  ke sini. Selalunya, mintak tolong kawan tolong tunjukkan jalan.

Jemput singgah :)


Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Cuaca Panas






Selepas dilanda banjir, kini cuaca panas menjelma. Jaga diri, jaga keluarga, jaga kesihatan kita.

Resipi Laksa Penangku

Saya penggemar laksa :) Kalau hari raya, ini resipi wajib buat & wajib makan. Jika laksa ada. Saya tak pandang dah yang lain. 

Pada hari-hari bukan perayaan, tak rajin sangat nak buat sebab renyah nak perisi ikan. Yang di luar menjual pun, belum ada lagi tempat yang saya jumpa yang betul-betul citarasa saya. 

Saya suka masak ikut citarasa saya. Sebenarnya senang saja nak buat. Secara ringkas saya kongsi resipi Laksa Penang saya.

Bahan A
2 senduk nasi cili kering (sudah dikisarkan)
3 biji bawang merah
1 biji bawah putih
1 sudu besar udang kering
1 inci belacan
(Dikisar semua bahan dan rebus)

Bahan B
8 ekor ikan (saya campurkan ikan sardin & kembung)
2 keping asam keping
(Rebus ikan bersama asam keping. Asingkan ikan dengan tulang. Isinya tak perlu dikisar, hanya guna jari untuk hancurkan. Campurkan tulang ikan dengan air / air rebusan ikan dan kisarkan. Tapis untuk asingkan tulang dengan air kisar itu).

Bahan C
2 sudu besar asam jawa
Segenggam daun kesum (diambil daun saja)
Sekuntum bunga kantan (dipotong)
Garam secukup rasa

Bahan D
Laksa
(Saya suka pakai laksa yang dicelur saja. Cepat sikit. Nak pakai laksa kering kena rendam dulu semalaman sebelum direbus. Kami di kampung sudah mula menggunakan laksa kering yang halus, sebab tak perlu rendam, boleh terus rebus).

Campurkan bahan A & B. Rebus lagi dan masukkan bahan C. 




Saya ini jenis suka makan laksa kosong, maksud saya tak letak bawang, timun & lain-lain. Kalau saya nak letak pun hanya daun salad sahaja. Macam-macam letak...meriah sangat, nanti hilang nikmat rasa kuah laksa itu ;)


Mudahkan ;) Selamat mencuba.








Deria Kucing Jantan

Saya punya perasaan tak sampai hati nak mandulkan kucing, baik yang betina atau yang jantan. Tetapi saya terpaksa. Tak tahan, boleh dikatakan kebanyakkan kucing jantan suka memancut - spray kan kencing dalam rumah. Yang betina pula, bolehkah jika tidak dibuangkan peranakan? Hanya mandulkan yang jantan? Sudah dimandulkan yang jantan, pasti yang betina tidak akan bunting! Ye ke?

Haha! Kucing punya deria yang istimewa. Walaupun yang jantan kita mandulkan, kucing betina kita masih terdedah dengan kucing bukan milik kita yang ada di luar rumah. Macam mana tu? Jangan tak tau, kucing jantan (bukan milik saya), pernah masuk dalam rumah saya sebab nak mengorat kucing betina saya!

Macam tau-tau saja. Terkejut saya. Saya tinggal di tingkat 1, hanya tingkap di bahagian dapur saya buka, boleh yang si jantan masuk! Kalau sekadar nak masuk, saya tak kisah, ini siap mengorat dan letak minyak wangi di langsir rumah! Kalau dah mengorat, sah boleh bunting!

Sejak kejadian itu, saya tekad mandulkan juga yang betina. Mmm, nak tau apa jadi selepas dimandulkan? Tak der dah cubaan kucing jantan di luar nak masuk dalam rumah. 

Selepas saya berpindah rumah, saya ada kucing baru. Saja saya nak test power, betul ke teori saya? Masa kucing saya meningkat remaja, ada jantan-jantan datang survey. Masuk 8 bulan, saya mandulkan! Selepas itu, tak der dah yang datang jengok. 

Entah ada kajian ke tidak atas perkara ini. Yang pasti, kebolehan kucing jantan mengesan adalah suatu anugerah Tuhan kepada haiwan ini.





Sabtu, 21 Februari 2015

Bila Dah Geram!

Sungguh dia tengah geram! Beria-ia dia gigit saya. Pelihara kucing kena ada aktiviti :)


Si Snowy ni pantang saya bising. Bising yang macam mana? Saya berlakon menangis ;) Menangis ala-ala melalak! Bukan dia nak datang pujuk, datang gigit ada la :)

Indahnya hidup bersama meow :)

Enam Pesanan Imam Ghazali

Renungan dan peringatan buat diri sendiri.

Jumaat, 20 Februari 2015

Kucing Pun Tahu atau Mencuba Nasib?

Sedang berjalan, kucing ini tegur saya. Macam mana dia tegur....'meow'! Saya pun berhenti dan melayan kucing ini sebentar.


Kucing boleh tahu kita ini jenis suka kucing. Atau kucing ini hanya mencuba nasib, kalau-kalau ada yang sudi melayan atau memang ada jenis kucing yang memang ramah tamah?

Mmmm....teringat saya beberapa kisah. Di kedai makan, hanya di meja saya kucing datang siap lepak di kerusi. Pernah juga berlaku di tempat kerja, entah macam mana boleh masuk pejabat, di kerusi saya kucing datang tidur.  Bukan itu saja, di atas atau bawah kereta saya menjadi pilihan melepak. Pernah juga depan rumah saya menjadi pilihan kucing beranak! Yang datang berak depan rumah pun ada! Kenapa tidak pada orang lain? Kenapa pada golongan tertentu?
  
Saya anggap ini rezeki. Tak rugi apa-apa pun buat baik pada binatang ini.



Makan di Warong Soto, Pasir Penambang, Kuala Selangor

Siapa dah pernah makan di sini? Saya baru nak cuba. Nak tahu cerita mereka, boleh baca keratan akhbar yang dipamerkan di kedai.



Apa menu saya? Dah nama Warong Soto, saya cari soto yang istemewa. 

Ini Soto Special. Harganya RM5. Sebab apa special? Ada ayam & begedel. Bahagian ayam agak besar. Saya memang suka menu 'sup', ini memang selera saya. Kenyang!

Ini pula Nasi Goreng Kampung. Harganya RM4. Orang kata sedap, saya pun order. Mmm...masih terfikir sayur apa yang dalam nasi, sedap pulak. Saya tak pernah rasa sebelum ini. Lupa pula nak tanya.

Apa lagi, mai ramai-ramai singgah di Warong Soto. Sedap.....

Banyaknya Kita Mengalah!

Nama Semenanjung Tanah Melayu kita korbankan demi Malaysia.

Baru-baru ini ada buat panggilan ke pejabat kerajaan pusat....

Terkeluar perkataan Melayu dari kami. Jawab orang kerajaan (saya rasa dia Melayu).....'ohh, kaum bumiputera.'

Sampai begitu sekali kita harus menjaga sensitiviti. 

Bukan pasal isu panggilan telefon ini saya nak panjangkan cerita tapi tengoklah realiti.

Banyak sebab untuk sedih sebab yang Melayu tak mampu nak menjaga yang Melayu apa lagi yang berbangsa lain. Semuanya atas dasar perpaduan bangsa.....konon! Kalau betul nak kan perpaduan bangsa, mansuhkan saja semua sekolah jenis kebangsaan! Buatkan sekolah satu aliran saja. Bila ini disebut, ada yang bangkitkan pula isu 'kebebasan'!

Jadi, sampai ke sudah kita kena berkorban! Sampai tanah pun hilang! Apa yang tinggal pada kita nanti?

Generasiku, agamaku, bangsaku.....sila kaji sejarah.






#image dari carian di google





Kafe 'Harga Patut' di Kafe & Katering Nur Ikhwan

Jom makan di sini :) Kafe & Katering Nur Ikhwan. 


Ini kali kedua saya makan di sini. Masa kali pertama saya makan nasi campur.....nasi separuh, sayur, ikan goreng & kari kambing...hanya RM9. 

Ini menunya. Tengok! Berpatutan kan harganya. 



Kali ini saya lepak petang. Jadi saya pekena ini kuey teow sup & nasi goreng kampung. Memandangkan tekak sakit, saya minum air kosong saja. 



Singgah sini ya, di Seksyen 13 Shah Alam. Kafe ini beroperasi dari jam 7 pagi ke 10 malam dan tutup pada hari Ahad.


Isnin, 9 Februari 2015

Bermalam Minggu di Padang

Saya tahu memang orang suka lepak di sini, tetapi saya tak sangka seramai ini. Pada bulan Ramadan, di sini juga menjadi tempat orang ramai berbuka puasa.

Tengok tu ramaikan! Macam ada pesta pulak. Saya asyik memerhatikan orang ramai. Yang membawa keluarga berpicnic...yang bermain belon, lastik, badminton, yang menjual pun ramai...dari makanan ke mainan. Wah, meriah!


Dekat mana ya tempat ini? Saya tak tahu nama padang ini apa, ia terletak berdekatan dengan muzium Shah Alam dan di belakang masjid negeri Shah Alam.


Jom! Santai hujung minggu dengan keluarga sini.


Jumaat, 6 Februari 2015

Rosak........Ejaan, Bahasa, Bangsa, Agama, Negara!

Ini jadinya bila kedai makan, restoran, cafe dikuasai orang asing. Ada sesiapa nak pantau, ambil tindakan?


Nama saja negara ini bahasa kebangsaannya bahasa Melayu. Yang jadi rakyat sini, belum tentu boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Yang ini lagi hancur!!!!
Ejaan ke mana, suku kata ke mana! Kalau macam ini, orang kata Bangla! Bangla pun pandai cari duit!
Point ke 5 memang betul-betul hancur!!! Ini yang jadi rosak bangsa, rosak agama! Kalau dibiarkan, boleh merosakkan negara!

Mencari Pekerja Merangkap Bini atau Perangkap?

Cuba tengok iklan jawatan kosong ini betul-betul. Wah! Bestnya! 2 tahun pengalaman nak dibayar sebanyak itu? Best ni! 

Tapi....ada pulak syarat! Sanggup menjadi isteri?

Saya percaya ada yang sanggup! Sapa tak nak gaji sebanyak itu dan peluang ke luar negara.

Fikir positif...nak elak maksiat.

Fikir negatif........adakah ini perangkap?

So, ada baiknya berhati-hati. 

Tanya diri sendiri, apa yang kita cari dalam hidup.

Buang Angin aka Kentut Pun Ada Makna!

Kreativiti dan otak manusia ini macam-macam. Yang kita tak fikir, orang boleh tolong fikirkan dan jadikan isu. Ini ha, kentut pun boleh diolah mengikut lagu. Kadang-kadang benda macam ini yang buat kita release dari tekanan kerja. Dapat whatsapp ini saya gelak sorang-sorang. Korang gelak tak?


Pasir Tandas Kucing

Ooooo, selama ini saya asyik panggil pasir berak kucing atau pasir kucing. Orang panggil pasir tandas kucing rupanya. Lantak orang panggil apa, janji bila saya pergi beli, cakap pasir kucing kedai boleh faham.

Saya nak perkenalkan jenama Misha yang saya beli di Speedmart 99. Baru mencuba pakai. Saya jumpa dalam pack 5 litre sahaja dengan harga RM8.90. Butiran pasirnya sama saja dengan jenama lain yang saya selalu beli di petshop (yang harga dalam lingkungan RM18 untuk 10 litre). Cuma yang ini, saya tak bau wangi. Yang lain-lain, bila bukak dan semasa kita tuang, dah boleh sedut bau wanginya. Bestnya ada tempat pemegang. Senang nak angkat dan dirikan. Tak payah nak sandar di dinding.

Ini jenama Mika yang baru habis pakai. Saya suka beli yang wangian epal. Jenama ini boleh redeem. Gunting dan simpankan saja kod dibelakang plastik ini dan cukupkan 10.
Rata-rata di petshop paling murah RM18 untuk 10 litre. Mmmm....kedai pet dah hint, lepas raya cina naik! Adoi...sebab raya Cina atau GST?

Nampaknya saya shopping pasir di speedmart 99 saja. Tak dak bau pun jalan saja, janji ia tidak mendatangkan bau yang tak menyenangkan kepada penghuni rumah selepas kucing membuang.


Aktiviti Pagi Anak-Anak Bulus

Ini kalau semua pandang keluar lagu ini....mmmm, nampak burung la tuh. Antara aktiviti pagi hari anak-anak bulusku.