Isnin, 29 April 2013

Rumput untuk Kucing

Yang ini dah seminggu dan sudah boleh di ngap meowmeow ku. Ia datang dengan tanah dan benih. Benih tu rupa ada macam barli!

Katanya ia elok untuk penghadaman, meneutralkan tosik, mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah kanser dan hairballs serta mengandungi sumber niacin & vitamin B.


Bukan semua meowmeow saya suka...tapi letak saja, semua datang....yang suka, makan tak ingat dunia, yang tak suka, ambil bau saja dan makan sikit jer! Lepas makan tak der pulak muntah! Paling suka makan, si Simba...

Ahad, 28 April 2013

Makan Tengahari di Kompleks Kraf, Jalan Conlay

Saya selalu ke sini untuk makan tengahari. Suka suasana di sini. Makanannya sedap dan segar dengan tempat yang ber aircon. Harga? Ok.....tak lah mahal...minuman pula, ada yang special di sini yang saya suka....air buahnya yang murah :-)

Tempat ini, namanya...


Mai kita tinjau makanannya...










 Air buah RM2 sahaja, hanya buah naga harganya RM3...murahkan ;-)





Konsep di sini gerai. Ada  beberapa gerai makanan dan minuman. Mihun / Mee pun ada...kuih pun ada di waktu tengahari. Sarapan....mmm nak makan ubi rebus, lontong, nasi lemak pun ada.

Nak kenal gerai yang jual air buah nih...ada adik lelaki selalunya pakai topi, badan kecik-kecik! Kat sini la yang sedap air buahnya! Gerai makan pula ada dua yang saya suka....Laxana dan Haiq! Kalau singgah sini, jangan lupa singgah di gerai yang saya sebut tuh :-)

Lepas makan, kita lepak di sini....

 Sambil-sambil lepak....kita renung seni ini....


Rabu, 24 April 2013

Layan....

Baru lagi mengadap ini ;-) tak sampai sebulan! Member yang perkenalkan, suka pulak. Pernah tidur pukul 3pagi kerana ini ;-) sekarang kurang sikit sebab...makin naik level makin susah :-( 

Saat paling dinanti bila dapat naik level sebab suka tengok ikan-ikan keluar, yes! Muzik masa ikan keluar pun best...! Jom...join sama, main game nih :-)




Macam Sama

Ada rupa...ada perangai meowmeow ku! Photo dapat dari Facebook.

Meowmeowku juga akan naik atas sejadah ;-) tempat pilihan...yang kita sujud.

Yang ni pula...saiz badan, besarnya macam myluv Tam (yg telah pergi), cuma muka jer yang lain.

Isnin, 22 April 2013

Yang Sedap di Levain

Tempatnya di sini. Alamat? Nanti....


Apa yang ada? Macam-macam...dari roti, pastri, kek, pasta dan sebagainya. Kebanyakannya sedap. Halal ke? Ada diletakkan di pintu masuk 'pork free'! Pernah terlihat email yang dihantar ke pihak Levain berkaitan bahan-bahan yang digunakan, halal atau tidak. Katanya, tidak semua bahan-bahannya ada maklumat halal! Terpulang kepada masing-masing, nak makan di sini atau tidak. Saya? On jer.....

Apa yang selalu di cari? Roti ;-) buat bekalan sarapan atau dinner. Harga? Mahal sikit dari kedai roti / kek yang biasa-biasa di luar. Pastanya murah sikit dari Secret Recipe.

Inilah yang selalu saya makan... :-)



Lokasinya di No. 7, Jalan Delima, KL. Lawat saja ke  www.levain.com.my

Jumaat, 19 April 2013

Aku Punya Perasaan

Nak mintak makan, kena buat muka...ala-ala mata stim, cepat sikit dapat...ada lagi gambar yang mata lagi stim..tak jumpa cari

Yang nih, 'menyampah', tak puas hati...

Yang nih pulak, marah tahap gaban!!!






Khamis, 18 April 2013

Saya dan Tingkap...

Tempat mencari ilham, mengambil udara segar, melihat burung dan kehidupan lain di luar sebab aku tak pernah bebas keluar dari rumah! Keluar hanya ke klinik atau boarding! Pernah sekali aku berjaya melepaskan diri keluar dari kurungan rumah....aku terperangkap, tak tahu mana nak pergi! Dari jauh ku dengar suara memanggil ku. Mama berjaya menemui aku...sampai saja di rumah, aku dirotan ;'-) mama...tolong faham, saya mahu lihat dunia luar...! Mama kata...kalau tahu jalan pulang, tak kisah kalau aku keluar...





Rabu, 17 April 2013

Marilah Mari Pergi Mengundi

Bahan banyak untuk diletakkan di blog tetapi memandangkan cuaca yang agak panas dan masalah berat badan yang tak berkesudahan....mood ada hilang sikit :-(


Berbalik kepada subjek di atas, hampir tak dapat mengundi...sebab tarikh & booking untuk bercuti telah dibuat dan seminggu kemudian, tarikh pilihanraya diumumkan. 

Mana satu? Pergi bercuti atau pergi mengundi. Saya pilih bercuti :-) 
-
-
-
-
-
Tetapi pada masa yang sama, cuba tukar tarikh percutian, kalau dapat :-)
-
-
-
-
-
Akhirnya dapat tukar ke tarikh lain tanpa sebarang tambahan wang!
-
-
-
-
-
Yes!!! Dua-dua saya dapat buat :-)    :-)   :-)
-
-
-
-
-
Rindu dengan lagu asal 'marilah mari pergi mengundi'
-
-
-
-
-
Yang tak suka pasal politk dan dalam tempoh berkempen ini :
1. menyentuh hal peribadi atau mengaibkan pihak satu lagi dengan mensensasikan kisah peribadi
2. mengunakan agama atau menjadikan agama sebagai alat untuk berkempen / politk
3. mengata atau memburukkan pihak satu lagi

Yang sepatutnya :
1. memberitahu tentang masa depan / objektif / misi / visi,  apa rakyat akan 'benefit', apa yang boleh diperbaiki jika memerintah nanti

Tetapi....realitinya
-
-
-
-
-
Tak mengata tak seronok....yang mengata tu lah yang orang suka nak dengar :-(

Kesudahannya kehidupan seharian dipenuhi dengan aura negatif :-( fikiran pun jadi negatif! 

Mahu kehidupan yang positif...mesti selalu bersyukur, buang jauh-jauh perasaan negatif yang ada dalam diri sendiri terhadap insan lain / terhadap sesuatu kejadian yang berlaku....jauhi mendengar / membaca bahan-bahan bacaan yang negatif.

Mari mulakan hari dengan senyuman dan bersyukur :-)

 


 
 

Ahad, 14 April 2013

Santai Kucingku di Petang Hari

Cermin tingkap yang pecah dibiarkan saja tak berganti. Yang buat pecah pun meowmeow jugak...sebab meowmeow dok panjat  kat situ, nak lepak katakan...ambik  ko tercabut cermin!

Pada suatu petang....

Spider dan Snowy sedang melepak...

Datang Suri, Spider angkat kaki..

Kemudian, datang pulak Simba..

Snowy pulak yang blah...

Meowmeow nak bersama keempat sekali, susah sikit!

Sabtu, 13 April 2013

Layan Makan di Hadramawt

Aktiviti makan-makan ini berlangsung pada dua minggu terakhir bulan Mac dan dua hari yang lalu. Pertama kali cuba di sini, kena pulak yang sedap, tu yang berulang...

Yang paling saya suka yang ini, Hanedh. Masuk restoran arab, kita ambil kambing. Untuk masakan ini ayam tak ada. Nasinya lebih sedap dari Mendi.


Datangnya dengan sambal ini.

Kita fokus dekat sikit kambingnya...

Roti arab ini dimakan dengan kambing juga, yang disebelah tuh...opps saya tak ingat nama apa. Kambingnya hancur...kalau di tengok ada rupa macam sardin. Kena makan panas-panas, kalau dah sejuk kurang sikit menarik.
Ada sekali tu, kitaorang order kambing dalam sos tu lagi tapi roti yang lain.


Ini pula setengah kilo punya hidangan. Boleh pilih kambing atau ayam. Bawah nasi tuh ada kambing. Banyak macam ini untuk 3 ke 4 orang makan.

Ini dia....
Saya kurang suka nasinya sebab rasa rempahnya kurang menarik. Sedap lagi nasi Hanedh dan Mendi.


Ini satu lagi masakan...ayam di dalamnya...
Ini pun kurang menarik...kuat jugak rempahnya...


Minum pula? Apa lagi...teh arab...yang ada daun pudina tuh...

Ada sekali tuh...cuba teh ni pula ;-) rasanya macam teh kita jugak...



Khamis, 11 April 2013

Kucing Saya Pun Macam Nih....


Tambah satu lagi, barang-barang saya pun diganggunya. Tengok nih...

Kotak mobile phone yang berlubang.

Yang ni pula..bakul tempat saya letak produk dermalogica saya pun dimainnya, ada yang dah terlepas keluar dari bakul...bakut pun dah senget!  Nampak tak bantal kat atas lantai? Itu saya yang campak sebab geram...