Rabu, 16 Julai 2014

Si Penjual Daging.....Pembeli, Hati-Hati!





Berapa ramai di kalangan kita yang tahu sama ada daging lembu yang kita beli, tempatan atau kotak / import? Terus terang saya tidak kenal, hanya bergantung kepada maklumat yang ada di pek. Di mana kita selalu beli daging lembu? Kalau saya, hanya di pasaraya, amat jarang beli di pasar. Berapa ramai yang dapat bezakan daging lembu dengan daging kerbau? Oppss, saya tak tahu!

Sedikit maklumat untuk pembeli, tambahan menjelang raya. Sempat saya sembang dengan rakan saya yang pernah membantu keluarganya menjalankan perniagaan daging lembu di sekitar Selangor. Perniagaan keluarga ini telah melangkaui lebih 20 tahun. 

Katanya, masa nak raya inilah kami nak buat untung! Maksudnya, kebiasaanya mereka akan campur daging tempatan dengan daging kotak. Ye lah, daging kotak dalam RM12 sekilo boleh dapat (ikut gred / bahagian) sedangkan daging tempatan sudah RM28 sekilo. 

Saya tanya dia lagi, daging lembu yang di pasaraya yang diaorang label tempatan tu, diaorang campur ke tak? Setakat yang dia tengok, diaorang tak campur.....ye lah, lagi pun dia jarang ke pasaraya untuk beli daging tempatan.

Untung mereka yang dapat bezakan antara daging tempatan dan kotak. Bagaimana nak bezakan daging tempatan dan kotak? Menurut rakan saya, sukar nak dia terangkan, tak boleh dengan bercakap saja, kena biasa dengan daging tempatan & kotak baru kita dapat bezakan. Bagi dia yang dah biasa main dengan daging, hanya dengan tengok saja dah dapat bezakan, kadang-kadang kena pegang untuk rasa teksturnya dan adakalanya kena bau.

Saya tak kisah makan daging tempatan atau kotak tetapi saya tak perlu bayar mahal untuk benda yang ditipu! Lebih baik saya beli saja daging kotak, puas hati kan? Ok, saya cari Australian beef di pasaraya atau tunggu saja raya haji....jom beratur ambik daging korban ;-)

Isnin, 7 Julai 2014

Perlu atau Tidak Memandikan Kucing

Saya pernah tanya kepada vet, akan hal ini. Jawab mereka, kalau indoor tak bagi pun tak per. Kenapa ye orang suka kasi kucing mandi?

Saya tak suka bagi mandi kucing sebab mereka tak duduk diam dan tambah kerja saya saja...haha! Memandangkan semua kucing saya indoor, jarang pijak tanah, kencing & berak atas pasir, makan hanya makanan mereka sahaja. Kutu tak der.....kalau ada sekali pun saya hanya letak ubat kutu 3 bulan sekali.

Sebab saya mandikan kucing....terlepas ke luar rumah, balik habis kotor atau mereka sendiri yang tak cuci bersih badan mereka....kes tak cuci bersih badan saya selalunya lap sahaja dengan tuala lembap.

Ini dia kucing saya yang selalu kena mandi....tapi masa dia kecik saja (ni gambar lama, sekarang dah debab!)....sebab suka keluar rumah, pastu kena pukul dengan kucing senior di luar. Kelam kabut balik rumah dengan bau najis! Saya tiada pilihan, mandikan dia dengan air suam.


Kesimpulannya, tak yah ler bagi mandi kucing, bukan busuk pun ;-)