Jumaat, 30 November 2012

Langsir Rumah untuk Kucing

Dulu bila nampak meowmeow panjat langsir, halang juga. Sekarang dah tak kata apa! Bukan sekor dua di rumah. Halang sekor, ada yang lain panjat. Bila saya ke pejabat, macam mana nak halang?

Ini la rupa langsir rumah saya. Belum 6 bulan saya pakai.



Nampak gayanya, pakai buang saja langsir ni. Ingat lagi masa baru pasang langsir ni...berlumba-lumba meowmeow panjat! Meowmeow pun tahu barang baru! Sekarang ni tak segalak dulu. Ada juga yang kata sebab umur meowmeow saya dah meningkat, dah jadi kucing dewasa bukan kanak-kanak. Tapi saya rasa memang meowmeow saya macam tu....terlebih galak bila nampak barang baru!

Ahad, 25 November 2012

Kucing Beremosi

Kalau dah minat kucing, macam-macam orang akan buat. Ini saya dapat dari Facebook 'Kucing Kami Comel'. Macam-macam lagi page, blog, web yang ada dengan pelbagai aksi & kisah kucing. Bagi saya memelihara kucing & melihat gambar kucing adalah terapi minda yang paling baik untuk saya :-)

Memek muka yang mana satu yang anda suka ? Yang mana satu menggambarkan emosi anda pada waktu ini ?

Selasa, 20 November 2012

Sedap ke Klebang Coconut Shake ?

Ini pertama kali saya cuba. Yang bungkus sekali 6 pun ada, yang duduk minum pun ada. Di mana lagi kalau bukan di Melaka. Mesti dah ada di tempat lain yang mengambil konsep ini untuk berniaga.


Di bahagian depan (tepi jalan) untuk mereka-mereka yang bungkus. Nampak tu panjangnya orang beratur.

Lorong di belakang untuk yang duduk minum. Saya bungkus saja. Parking kereta berdekatan dengan kawasan yang duduk minum.

Sebab dah kenyang, nak menghabiskan suku pun susah.


Ramuan...air kelapa muda, isi kelapa, ais, aiskrim vanilla & air gula yang dikisar.  Ini saja kan kandungan untuk coconut shake! Ada apa-apa yang saya tak sebut?

Saya ada rasa sikit muak sebab perut dah penuh! Macam-macam dah masuk dalam perut sebelum sampai ke sini. Gagal nak menikmati keenakan Coconut Shake Klebang dek terlebih kenyang! Dia nak suruh datang lagi tu :-)




Ahad, 18 November 2012

Aksi Kucing di Dapur




Ini yang saya nampak, yang saya tak nampak, mana lagi meowmeow lepak & apa lagi yang meowmeow buat di dapur. Pernah sekali saya nampak meowmeow dok dalam kuali...tak sempat nak snap gambar, meowmeow dah bangun. Lepas saja kejadian ini, saya mesti basuh dulu pinggan, sudu, kuali dan seangkatan dengannya sebelum guna. 

Kucing & Buah-Buahan





Si meowmeow kesayanganku ini suka makan buah. Hanya seekor  saja meowmeow saya yang makan buah. Saya tak benarkan lagi....mula-mula dulu tak kisah sangat....ye lah boleh makan sekali dengan saya tapi meowmeow kerap buang air besar & najisnya cair. No more fruits ye sayang.

Sabtu, 17 November 2012

Mangga Mahal yang Sedap

Inilah mangga yang paling mahal yang pernah saya beli, Australia Mango. Selalu sangat makan mangga Malaysia, Siam & Indon, teringin gak yang omputih!

Saya beli di MBG. Tujuan asal nak cari Mangga Harum Manis, tapi tak der.  Harum Manis di MBG pun bukan yang Malaysia punya tapi Indon. 

Nak beli ke tak? Fikir panjang gak sebab mahal. Pegang, letak, pegang, letak....akhirnya ambil gak! Itu pun selepas diaorang bagi rasa! Memang sedap.

Nak beli lagi ? Bukan dalam masa terdekat.

Nampak tu harga dia untuk sebiji sahaja. 

Dari brand ini.


Sebji buah mangga untuk lunch.....kenyang!


Menu Hari Ini - Sabtu 17112012 ;-)

Sungguh hari lepak di rumah hari ini! Tahap lepak sampai makan pun yang paling sempoi! Inilah keadaan bila dah terlalu penat pakai otak semasa bekerja.

Jom tengok menu.


Sarapan dengan milo & coklat :-)
 



Makan tengahari dengan buah mangga.



Makan malam nasi putih berlaukkan ayam & daging masak kunyit! Penambah selera, kicap masin & manis. Tak masak pun, beli saja. Ikutkan nak makan biskut & milo panas saja untuk dinner tapi dah lapar sangat....semalam pun tak makan nasi. Habis plan diet ku.

Nak buat blog apa, ya ?







tengah fikir nih ! (gambar dari ipkitten.blogspot.com)

Orang ada Facebook, kita pun ada. Itu pun dah bertahun wujud baru saya buat. Orang buka twitter, kita pun nak tapi tak aktif langsung. Instagram datang....belum mau bukak lagi!

Dengar orang ada blog, kita pun nak tapi nak tulis pasal apa, ya? Masa mula buka blog, berangan nak dalam omputih, kononya 'international'. Dah ada idea untuk blog tu, kononnya nak fokus pada satu isu sahaja. Tapi lama kelamaan, rasa terikat pulak! Payah pulak nak membebel dalam omputih! Maka blog omputih saya jadinya kontot-kontot! Macam-macam isu ada! Ada juga info yang saya delete!

Sembang dengan kawan, perah semula otak. Kawan pun bagi idea.... 'ko kan bela kucing, ko pun membesar dengan kucing, cerita la pasai kucing, mesti banyak yang ko boleh share pasai kucing'! Menarik juga idea tu! Memang saya buat! Tapi lama kelamaan saya fikir semula, 'memang betul, aku bela kucing tapi aku bukan jenis yang tangan sentiasa dengan kamera / handphone untuk ambik gambar, aku bukan yang pakaikan kucing baju, bukan  yang mengikuti perkembangan kucing di serata alam, bukan jenis yang join kelab kucing, bukan juga yang kutip kucing tepi jalan, aku nak cerita pasai kucing yang pernah aku bela pun jadinya hanya tiga baris ayat, yang aku tahu 'like' gambar kucing kat Facebook, kalau ada gambar kucing yang menarik aku share kat Facebook aku dan upload gambar kucing aku'! 'Hanya kadang-kadang cari kat internet info kucing'!

Selepas fikir...timbang....tapis & seangkatan denganya, saya buat keputusan 'aku tulis jer apa yang aku nak'! Itu lebih baik, kan! Zaman sekarang kan orang berkawan dengan teknologi! Orang suka luahkan isi hati / kongsi info kat Facebook, Twitter & sebagainya. Saya menggunakan medium teknologi untuk buat apa yang saya suka! :-)

Khamis, 15 November 2012

Terima Kasih Tini's Spa

Temujanji saya dengan spa ini sebulan sekali. Ambil pakej katakan (lima kali rawatan, percuma satu). Hampir setahun saya menjadi pelanggan tetap di sini. Ini paling lama saya layan satu spa. Kalau ke spa sebelum ini tak pernah lekat & konsisten. Paling lama 3 kali, lepas tu cari yang lain atau tak pergi langsung untuk beberapa bulan.

Apa yang menarik di Tini's Spa sampai hampir setahun saya layan? Ini mungkin antara sebab-sebabnya...berhampiran dengan rumah saya, terletak di tempat yang tak sesak (parking, perjalanan ke sana), suasana di spa, layanan pekerja & harga berpatutan (facial dengan produk Dermalogica, harga lebih murah dari tempat lain yang menggunakan produk yang sama).

Masa mula-mula datang tak terfikir nak buat facial, lebih untuk badan....urut, sauna, scrub...tapi entah macam mana boleh layan jugak facial.....sebab dah selesa kot.

Nak jadikan cerita, masa layan facial kat Tini's Spa, tak nak pun pakai produk Dermalogica sebab mahal.....akhirnya sangkut jugak!!! Duit...maka duit ku pun terbang banyak ke Tini's Spa. Macam mana boleh sangkut?  Tersangkut semasa diaorang buat aktiviti.....akhir bulan 9 di Shah Alam.

Tengok sini apa dah jadi!

Mula-mula dapat jemputan yang di pos ke rumah. 50-50 untuk pergi. Kebetulan saya ada appointment untuk facial sehari sebelum aktiviti 'get naked with dermalogica'. Adik di situ pun bukak mulut, 'esok datang tau kak'. Saya pun OK!


Bagi masa datang 11pagi :-) tapi dekat pukul 4petang baru sampai :-). Saya call dulu, 'adik, saya buat appointment pukul 11pagi, boleh tak saya datang sekarang', 'OK'!


Sampai, test kulit dulu, selepas tu di ajar cara cuci muka, selepas itu penerangan mengenai pakej.


Ini dia antara barangan sampingan yang dapat dalam goodie bag!

Mana saya letak benda-benda ni pun tak tau...haha! 

Makan-makan dulu sebelum sesi ambil gambar....ooppss! Gambar separuh saja ;-)

Beli 10 voucher. Nilai 1 voucher RM50. Ada 3 pakej semua. Saya ambil pakej yang paling mahal....gatal betul tangan!

Ini pulak barangan Dermalogica yang saya beli!!!

Ini yang kena bayar!!! Adoi....banyaknya!


Yang ini saya dapat 'lucky draw' :-) Tu yang tajuk topik ni 'Terima Kasih Tini's Spa!! Memang tak sangka! Yelah, dalam perjalanan balik dok hitung jumlah kena bayar. Sampai rumah dapat call, 'akak menang i-pad'! Happy nyer :-)

Untung atau rugi beli pakej semasa event 'get naked with dermalogica'? Memang untung kalau memang regular customer & menggunakan produk. Masa event produk Dermalogica ada discount (saya kena tunggu event diaorg tahun depan untuk beli produk..hahaha)! Voucher pula untuk rawatan yang lebih dari RM100 (tak boleh untuk beli produk) boleh digunakan bila-bila masa.

Boleh ke Tini's Spa website & Facebook untuk mengetahui pakej & lokasi.

Rabu, 14 November 2012

Jiwa Kacau

apasal ko tengok aku !!

Bukan meowmeow saya yang jiwa kacau tapi mama meowmeow :-( Gambar ni bukan meowmeow saya tapi saya dapat dari blog (atasan.blogspot.com)....menggambarkan kacaunya jiwa ini!

Cuti Deepavali, ingat boleh nak aman damai tapi ada saja. Mana taknya....pepagi hari sampai ke 2 petang ada jiran mengetuk & mendrill dinding rumah! Nak jer cakap, letak saja bom, sekejap saja dinding tu roboh....memang cadangan tak masuk akal! Ye lah orang tengah bengang!

Sebelum itu, ada pulak jiran sorang lagi yang tak makan saman.....pernah di tegur atas sebab kebersihan tapi jadi lagi! Teguran itu diberi tahun ni jugak! Hairan pun ada, kerja di sektor yang menitikberatkan kebersihan & kesihatan tapi hidup tak macam tu!

Bila permulaan hari cuti dah kurang menyenangkan, ada saja yang tak kena. Alahai mata....lelaplah engkau, wahai jiwa....tenanglah engkau.


Selasa, 13 November 2012

Geramnya...

'Geramnya, bila boleh dapat'.....mungkin ini yang meowmeow saya kata ;-)  Tali bidai ini antara benda tak hidup yang meowmeow geram! Meowmeow belum berjaya mendapatkannya. Saya akan pastikan tali bidai ini tak di usik meowmeow....yakin boleh! 

Tali kasut sukan saya pernah putus....meowmeow punya kerja. Ada beberapa barang di rumah yang tercedera dek meowmeow! Seperti biasa saya kata 'tak mau fikir' sebab saya sayang meowmeow dan....buat apa nak serabutkan otak.

Isnin, 12 November 2012

Kenangan Terindah & Tak Mahu Kenang...

Saya amat gembira & suka dengan anak kucing. Teringat saja anak kucing boleh buat saya tersenyum sendiri, belum lagi tengok gambar atau ada depan mana!

Ini gambar si ibu kucing yang baru  2 ke 3 minggu beranak! Happy sangat-sangat :-)  Ini yang dinamakan kenangan terindah saya :-) Seronok tengok baby-baby kucing membesar....jalan tergedik-gedik, dengar meowmeow mereka dan banyak lagi karenah mereka yang menghiburkan :-)



Tapi....ada tapi nya! Tapi inilah yang saya tak mahu kenang lagi! Bila mereka meningkat usia dengan ibunya yang kuat merayap.....tutup pintu & tingkap, ibu kucing boleh terlepas juga! Saya tak suka ibunya keluar sebab tak mau dia bawa penyakit pada anak-anaknya! Pernah sekali dia tangkap burung bawa balik ke rumah bagi kat anak-anak! Adoi....itu yang wat saya tak berkenan. Hati amat berbelah bahagi! Saya kuatkan semangat dan berkata, rumah saya kecil, agak sesak jika saya pelihara semua. Dengan berat hati saya buat keputusan, saya hantar ibunya pulang ke kampung dengan seekor anak untuk meneman ibunya! Nak memilih anak yang mana satu nak dihantar pulang bukan perkara yang mudah! Sepanjang perjalanan, saya bercakap dengan mereka, saya minta maaf dan berkali-kali saya kata, saya sayang mereka tetapi saya terpaksa! Macam-macam lagi saya sembang dengan mereka!

Kadang-kadang hati saya terdetik....kalau saya boleh pelihara yang ada sekarang apa masalah saya untuk menjaga 2 ekor lagi! Tak mau fikir dah......

Ahad, 11 November 2012

Comel Kata-Kata Ini

Ini saya dapat dari Facebook (Aunty Umairah Fan Club).





Ada tambahan sikit! Saya berterus terang :-) Buat mereka-mereka yang tak suka kucing, jangan datang rumah saya! Dan meowmeow saya kata, 'saya la raja dalam rumah ini'!

Khamis, 1 November 2012

Laptop, Blog & Kucing

Saya dah mengarang separuh bukan topik ini tapi meowmeow saya pi delete...adoi! Inilah keadaan yang mungkin dilalui bagi mereka-mereka yang ada meowmeow. Mana tak nya...meowmeow dok lilit kat kita

Masa kita dengan laptop ni la meowmeow nak kacau! Selalu boleh control tapi hari ini nasib tak baik....habis hilang semua! Saya nak marah.......tak :-) sebab mereka hanya meowmeow! Cuba manusia yang buat, sah kena sound!

Pernah sekali kat Facebook, saya tengah balas pantun dengan rakan-rakan, meowmeow saya tumpang menaip sekali dan tersend....keluar la macam-macam huruf. Rakan saya ingat saya punya reaction pada komen mereka, rupanya meowmeow punya kerja!

Ini dia meowmeow saya & laptop. Gambar akhir tahun lepas & awal tahun ini. Maaf yer....meowmeow saya bukan untuk tontonan umum ;-) hehehe. Gambar atas, love yang tengah ada dua ekor meowmeow atas laptop.