Ahad, 31 Mac 2013

Layan Nasi Lemak Saleha Lagi

Ini cerita sebelum ini (klik sini) dan baru-baru ini makan lagi di sini. Kali ini dapat makan sambal kerang :-)


Pekena juga satay daging ni yang di jual di gerai depan. Selalu datang malam, rasanya sebelah pagi tak der.

Sambil menikmati makanan ini, mata tekun tengok nasi lemak dibungkus, saya siap kira lagi ;-) ...lebih dari 100 bungkus! Ini yang RM1.20...telur rebus suku, sambal dan timun! Sebelum ni tanya akak tu, dia kata dalam 20 kilo beras sehari tapi rasanya macam lebih! Masa nak bayar, tanya kat akak tuh...nasi lemak yang dibungkus ni nak hantar ke mana? Dia kata ada dekat 10 tempat...petrol pam ada, hentian teksi pun! Dan untuk pagi esok ada 600 bungkus! Dan masa nak bayar tu juga...ada orang datang bagitau 'tambah 100 bungkus lagi'! Meriah berniaga!

Sabtu, 30 Mac 2013

Meowmeow Bandar & Meowmeow Kampung ;-)


Yang tinggal di bandar, tak jejak tanah! Kenal hanya pasir...pasir tempat diaorang membuang! Makan hanya makanan segera....biskut kucing ;-) Terkurung dalam rumah saja!

Jadinya tengok perut nih...mengelebeh...!

Perangai pula...tengok nih....si Suri ni pantang tengok laptop on...mula datang! 


Datangnya....mmm, siap pijak lagi!
Sebab makan biskut jer, bulu memang lembut dan panjang sikit!

Yang di kampung, makan...ikan rebus bersama nasi dan kekadang biskut kucing! Rumah ada tanah...luas tempat mainnya.Bulu lain sikit...tak panjang dan tak lembut macam yang di bandar! Badan solid!

Maknya sama tapi dah tinggal di kampung, jadinya lain sikit! Nampak perbezaan fizikal yang di bandar & kampung.

Hitam Putih atau Warna Warni?

i-city Shah Alam
Kita yang tentukan kehidupan kita...mahu yang hitam putih atau penuh warna warni! Warna warni yang dimaksudkan ialah hidup yang penuh kegembiraan dan hitam putih, sesuatu yang membosankan.

Saya mahu sentiasa positif dalam kehidupan.  Saya akan usahakan Kenapa tak mahu negatif? Sebab saya mahu sentiasa dikelilingi oleh ion-ion positif! Percayalah selagi kita ada perasaan negatif dalam diri selagi itu kita tak bahagia...selagi itu kita tak gembira!

Sedih, marah...benda yang normal dalam kehidupan! Saya selalu ingatkan diri saya...badan kadang kala sakit...anggaplah sedih, marah itu sebagai badan kita yang sedang sakit! Carilah ubat secepat mungkin untuk membuang sakit itu!

Kisah seseorang yang saya kenali....semoga diri ini dijauhi dari hal-hal negatif!

Suka up benda yang negatif di FB...nampak dari segi benda yang di up kan, hamba Allah ni memang pro pembangkang! Kesian saya tengok....apasal la nak taksub sangat! Kekadang nak jer tegur...'tak der kejer ke atau apa masalah'. Pada masa yang sama hamba Allah ini juga suka up pasal petikan ayat Al-Quran atau Hadith! Suka juga dia up kan aktiviti keagamaan beliau serta sedekah!

Mmmm, ini memang suri rumah tangga! Tak lama selepas itu, dapat tau dia  sudah berniaga! Sejak itu dah kurang nampak dia up kan benda yang mengata sana sini! Sebab dah ada kerja agaknya...tak der masa nak mengata!

Kesimpulan yang saya cuba terangkan...mengata orang sana sini tu negatif...kehidupannya sudah dikelilingi benda negatif, maka banyaklah benda yang tak puas hati yang akan kita jumpa. Ada baiknya pada masa beliau tidak bekerja, beliau bawa diri membaca dari mengata!

Hairan saya....mengata orang sana sini...diri kita ni sempurna ke? Tak der dosa ke? Tak takut dosa ke? Apa salah orang itu pada dia? Masalah paling besar manusia sekarang ini...mahu menjadi hakim...malaikat...Tuhan! Hidup dengan menghukum orang lain! Walaupun orang itu tak sealiran dengan kita...ada lebih baik kita doakan kesejahteraan mereka dari menghukum mereka dengan fitnah yang bukan-bukan! Jika benar sekali pun ada jahat pada orang itu....tak perlu lah nak bukak aib orang...carilah benda lain yang lebih berfaedah! 

Kalau nak berpolitik sekali pun, lebih baik bagitau 'apa parti you boleh offer' dari mengutuk puak yang satu lagi! Hakikatnya benda yang tak mengata ini, orang tak suka dengar...yang mengata itu yang orang suka dengar! 

Berbalik kepada gambar di atas...kiri kanan dihiasi lampu yang cantik...di tengah-tengah ada satu jalan sahaja! Itulah jalan yang mahu saya pilih...jalan yang penuh warna warni dan positif!  ;-)

Tinjau Bag

Beg hijau milik rakan yang juga memelihara kucing.

Anak-anak bulus dapat rasa...ada bau-bau kucing! Proses meninjau bermula ;-)

Apa agaknya yang anak-anak bulus ku fikir...mungkin 'bau apa nih'!



Semua anak-anak bulus ku terlibat dalam aktiviti ini! Member kata 'kucing ko nakal...kucing aku tak usik barang orang'! Hahaha....nak buat macam mana kucing indoor...tak jejak tanah, mana lagi nak pi...lagi kucing kampung...memang aktif! :-)

Rabu, 27 Mac 2013

Suratkhabar Lama...

Nak baca, kena pegang dengan kedua belah tangan ;-) kalau tak, ini yang selalunya terjadi...










Selasa, 26 Mac 2013

Myvi yang Ranap!

Tak der angin atau ribut, tiba-tiba pokok tumbang dan menghempap myvi! Beberapa motor pun rosak. Kejadian berlaku hari Khamis yang lepas, pada waktu petang, berdekatan dengan Jalan Tun Razak.....sound macam reporter pulak!

Katanya pokok tu dah reput...daun pun dah takder...tumbang dan cross jalan...

Inilah yang dikatakan kuasa Tuhan.....syukur, tiada yang cedera. Tuan punya kereta pun tak der dalam kereta....cuba bayangkan kalau ada orang dalam kereta....






 Dah beberapa kali rotate gambar ni....berpusing lagi....malas nak layan!



Motor yang terlibat...

Masa hari kejadian tak ingat nak ambil gambar dekat bahagian akar pokok (akar pun tak der sebab dah reput, jadi tak der lubang yang besar pada bahagian akar)...

Sehari selepas hari kejadian, ini rupanya....



Ada beberapa orang buat lawak...boleh 'beli nombor' kereta nih ;-) 
Dan satu lagi...yang sibuk ambil gambar pun ramai...termasuk saya ;-) tapi kalau nak menolong pun...tak mampu nak angkat! Tolong doakan keselamatan & kesejahteraan semua dan bersyukur kepada Nya, semua selamat...

Wah...Ada Sing Dollar!






Hampir setahun perap passport. Kali terakhir guna, masa pergi Singapore tahun lepas. Hari tu cari passport untuk tujuan yang pasti tiba ;-)....lalalalala...! Masih terselit dollar Singapore...tak sangka! Tak ingat pun ada duit tuh! Tiket ke night safari & USS pun masih tersimpan dalam passport! Fikir dan fikir, nak simpan ke nak tukar dollar tuh...mmmm! Timbul pulak idea, nak buat koleksi matawang asing! OK jugak tuh!

Cukup ke?



Hari Ahad baru-baru ini lunch jagung rebus saja. Konon nak jaga kesihatan...beli yang organik. Mula-mula tak letak butter....tak berasa! Mmm....no choice, taruh butter baru jalan ;-)

Isnin, 25 Mac 2013

Breakfast & Cat :-)

Meowmeow bersama-sama memeriahkan meja makan :-)

Dalam tupperware ungu tu sarapan saya...minuman? Kena pegang :-)
 Lagi sekor datang...
 Yang melepak dan buat lintas lansung...
 Tupperware ungu bergerak-gerak...sekejap di tengah, sekejap di tepi...
Dah....Snowy join pulak....semua lepak....ye ke? sebenarnya menunggu tupperware itu di buka...tupperware dah makin ke tepi...
 Kemudian, Snowy lepak di kerusi....kenapa ya? Nak dekat dengan tupperware...
 Ye lah...dekat....sebab dah jatuh ke lantai!

Suri mana? Macam biasa, buat hal sendiri.....mana yer?
-
-
-
-
-
-
Lepak di sini....mandi matahari di pagi hari ;-) Tingkap dah lopong, cermin tuh...dia jugak yang pecahkan...

Tangan-Tangan yang Nakal

Dah biasa panggil kaki depan kucing sebagai tangan ;-) Bukan sepasang tangan tau yang nakal tapi 4 pasang...! Selain tangan, mulut, kaki belakang juga memainkan peranan menyepahkan dan merosakkan barang-barang...

Mainan diaorang ada tapi suka main barang kita jugak...
Cermin pecah pun kerja diaorang jugak...sampai sekarang tak ganti. Biarkan saja, ruang yang tak ada cermin tu, jadi tempat diaorang lepak.
 Bersepah lagi....
 Elok dalam bakul, diaorang ubah...
 Kertas dikoyakkan...
Nak pakai ke bendalah nih? Tak pun...test jer...
Rak kasut diaorang boleh bukak...habis ditariknya kasut keluar....paling tragis pernah terjadi....kasut sukan talinya putus!
Bendalah ni...sampai sekarang tak tau tutup apa! Dekat mana diaorang jumpa pun tak tahu...
 Sepahkan saja...makan tak...

Minyak wangi yang mahal....kena simpan baik-baik...dan beberapa kali one drop perfume, botolnya pecah tapi nasib baik one drop perfume jer...kalau yang dibawah nih....menjerit la! Yang mahal dok kat meja rendah...kalau jatuh pun tak pecah...
 Kebanyakkannya simpan dalam laci....ini memang selamat ;-)

Kena menyesuaikan rumah dan barang-barang di dalamnya dengan kucing :-)