Khamis, 8 Mac 2018

Membenci Jangan Sampai....

Membenci jangan sampai menghina
Membenci jangan sampai tidak memaafkan
Membenci jangan sampai menutup periuk nasi orang yang di benci itu
Membenci jangan sampai membuka aib

Begitu juga kalau marah....

Sebab

Mana Tahu...


Nanti kita sakit dia yang jaga
Nanti kita mati dia yang mandikan jenazah kita
Nanti dia yang usung jenazah kita
Dia yang menjaga anak cucu keturunan kita nanti

Dan

Yang kita benci itu rupanya yang banyak mendoakan kita selama ini

Dan lebih malang...

Dia ke syurga sedangkan kita ke neraka sebab benci kita itu



Makanan Kucing untuk Kucing Indoor yang Jimat

Dulu saya agak setia dengan brand Royal Canin Fit 32. Kucing saya pun suka, jadi saya tak terfikir nak tukar pada makanan brand lain kecuali petshop kehabisan stok. 

Dalam tahun sudah, ada kenalan saya bercerita tentang satu brand yang ok. Ok dari segi : kucing makan tak banyak, berak tak banyak & bau najis pun tak busuk sangat. Sound good kan! 

Ini brand nya Nature's Protection (Indoor). 




Agak sukar nak dapat makanan ini di tempat tinggal saya kecuali di Dewi Petshop. Sekarang ini selalu juga saya membeli makanan & pasir tandas kucing saya di petshop ini. Ready stock kadang kala tiada jadi saya perlu booking dulu. Dalam seminggu dua petshop ini akan hubungi kita. 

Harga? 7kg RM140 / 18kg RM320 (18kg rasanya sekitar harga tu). 

Tahan berapa lama? 18kg dalam sebulan setengah untuk 6 ekor anak bulus saya.

Saya pernah mencuba beberapa jenama lain tetapi Nature's Protection yang saya rasa paling Ok :

Royal Canin (Indoor)
Kucing memang suka, asyik makan saja & semestinya berak pun banyak. Kos pada makanan & pasir.

Blackwood (Indoor)
Kucing makan banyak sangat, berak pun banyak sangat & ini saya kurang suka...kucing saya kurang aktif. Ini tak sihat sebab kucing asyik membuta saja kerjanya & badan jadi gemuk. Gemuk yang malas. 


Ketar juga tangan nak keluar RM300 lebih untuk makanan kucing. 


*gambar dari google seach

Rabu, 28 Februari 2018

Ada Apa Dengan Tudung

Sekarang ini ramai wanita pakai tudung sebab budaya, trend & fesyen bukan sebab aurat. Sekiranya tudung itu dianggap untuk menutup aurat, sedia maklumkan maksud aurat bukan pada tudung di kepala. Tapi tak salahkan  jika ia dimulakan dengan sebab budaya, trend atau fesyen, sebab ada pun berlaku dengan suka-suka atau mengikut trend kemudian jatuh cinta pada tudung & mula belajar menjadi wanita yang menjaga aurat. Yang malangnya bila terus dibuai dalam dunia budaya ini sehingga tak terfikir untuk menjaga aurat & menjaga adab bila bertudung. Bila keadaan ini berlaku maka imej wanita bertudung tercemar, lebih terluka bila agama pun terkena tempiasnya.