Ahad, 30 Jun 2013

Mari Mendobi

Melayan pakaian di sini! Baru tau ada kedai macam ni tak jauh dari rumah, dah lama wujud....mula-mula ke sini, pandang kiri kanan...ye lah nak tengok macam mana guna.

 Ada arahan di mesin basuh....

 Yang ni 10kg punya....


Ada tempat tukar duit...

Ada tempat beli sabun basuh....banyak kali datang asyik rosak jer...



Ada tempat lepak....sambil menunggu boleh nonton TV....


Dahaga, ada mesin nih...
 
Sudah semestinya, saya datang sebab ada dryer...tak layan dobi layan diri jika tak der dryer...


Tempat lipat kain baju pun ada...


Yang pasti...bab lipat melipat yang saya paling tak suka :-( ada sapa-sapa nak tolong?




Selasa, 25 Jun 2013

Persiapan Tidur Ku

Manja-manja berdua dulu....



 


 Lepas tuh....tergolek berasingan 



Selamat Malam all my darling :-)

Khamis, 20 Jun 2013

Pakaian Muslimah?

Kurang setuju bila orang guna perkataan 'pakaian muslimah' tetapi pakaiannya menampakkan susuk badan! Pernah melihat rakan memakai jubah (longgar) yang memang cantik tapi materialnya membuatkan nampak garis seluar dalam!

Melihat di kaca TV 'fesyen show pakaian muslimah', kalau tak silap rancangan nona...artis yang menggayakan pakaian tu, bila di interview...artis tu kata  'tutup aurat'...! Aduss! Tolonglah, pakaian yang dia pakai tuh ikut bentuk badan dan tudung tak labuh!

Baru-baru nih menonton channel 712....adalah E New Asia cakap pasal satu fesyen show kat Indonesia...fesyen muslimah...mmm sama juga, yang saya nampak tidak memenuhi ciri-ciri tutup aurat....!

Saya tak nak cakap 'dosa' 'pahala' sebab bagi saya itu urusan Tuhan...tapi berhati-hati mengunakan perkataan pakaian muslimah, membuat / design pakaian muslimah dan memakai pakaian muslimah!


Rabu, 19 Jun 2013

Yang Ringan-Ringan

Masa mula buka blog, antara yang nak diletakkan di blog ini adalah aktiviti makan angin saya di dalam dan luar negeri. Tapi sampai sekarang tak buat lagi! Baru taip dua tiga baris ayat tentang percutian...delete! Susahnya nak cerita....

Semoga catatan ini menjadi permulaan untuk saya kongsi aktiviti cuti-cuti saya.

Kalau dulu bercuti suka yang lasak dan sempoi...tinggal dalam khemah, masuk hutan, panjat gunung! Kalau ke luar negara backpack dan budget jer.


Pandai pasang khemah, masak guna kayu....sekarang, tau lagi ke? Entah...
 


Panjat memanjat nih memang dinantikan...



Sekarang, kalau keluar negara (tolak tepi Singapura & Brunei) kalau boleh semua nak melalui travel agent. Senang semua mereka uruskan :-) 


Sampai jer, orang dah sediakan makanan ringan nih...


Tu agaknya badan jadi berat, sebab dah tak lasak macam dulu....sekarang dah tak nak masuk hutan, panjat gunung lagi! Nak yang ringan-ringan saja....aktiviti pun ringan-ringan, sembang pun nak yang ringan-ringan ;-) maka keputusannya badan jadi berat!


Isnin, 17 Jun 2013

Tidurlah Sayang

Gaya tidur anak-anak bulus ku :-) Love them....





Beli Lagi !

Satu hari tu ke Putrajaya atas urusan kerja. Di bangunan yang saya pergi tu ada banyak gerai...ku nampak tupperware :-) Apa lagi....serbu!!!

Murah...ada banyak best buy!

Nah......6 item hanya untuk RM100. 

Ini yang saya beli, bekas air tak der dalam gambar, saya tinggal di pejabat. 


Selepas lebih dari 10 tahun bersama tupperware, baru saya tahu...kalau nak simpan tupperware tutupnya kena buka, kalau tak nanti tutupnya cepat rosak! 

Tak rugi saya singgah di gerai tu. 

Balik rumah, terus saya buka tutup tupperware yang tak  di pakai dan simpan macam nih....

Gambar ini, hanya sebahagian dari koleksi tupperware saya ;-)

Beratnya....

Perubahan ini tak menyenangkan. Saya berkata pada diri sendiri, hijrah ini untuk kebaikan....sehingga hari ini masih belum selesa....

Letih mengemas...tak lama, letih dengan orang....ini yang boleh buat bosan...

Sedih ketika mengemas.....




Trademark...tupperware mesti ada ;-)



 


Sebelum pindah, ada sekali jeguk tempat yang bakal diduduki. Rasa macam ada tingkap / cermin di belakang.....baru nak senyum sikit....alih-alih ini.....dinding putih!


Tika Petang

Santai petang hari meowmeow kali ini dengan tergolek atas katil! Mama meowmeow pun tergolek jugak....depan tv!

Suri & Spider...

.

Manic Monday

Mata masih segar pada waktu ini....
Beratnya untuk Isnin....I wish everyday is Sunday! I wish everyday is weekend! Boleh jer....ambik cuti atau kerja sendiri!
Mood....datang la! Hai cik mata...pejam la....
Berlawan dengan perasaan untuk ke ofis :-(
Confirm esok lalok sikit....no worries sebab dah rancang nak minum kopi untuk sarapan :-)

Bagi yang berat untuk pi kerja....percaya la, makan gaji lebih mudah dari kerja sendiri! Perghh...kata-kata semangat untuk diri sendiri tapi tak cukup power untuk push diri sendiri untuk tidur...tak cukup kuat untuk memotivasikan diri sendiri....

Untuk diri sendiri..Good Luck for Monday!


Ahad, 16 Jun 2013

Sukarnya....

Lagi kuat semangat nak berubah ke arah yang lebih positif, lagi banyak dugaan :-(  Hari-hari kata  'wanna be in positive ennvirnment' macam-macam negatif yang datang....sukarnya proses cuci jiwa! Nak buat macam mana....aku hanya manusia biasa...!

Hari-hari mau kata nih..antara ayat-ayat positif




Tapi bila bengang....I have to agree with this!! Ayat negatif nih...

Sabtu, 15 Jun 2013

Rumpai Laut Ku

Sekarang top lagi ke? Ini pengalaman saya guna / makan rumpai nih. 

Orang kata ibu kologen....lepas tuh ada yang menafikan! Saya percaya ia tak punya kologen tetapi mengandungi anti oksida yang tinggi.

Saya pernah makan tetapi yang putih saja. Dah beberapa kali beli yang ungu tapi semuanya di jual pada rakan-rakan...saya tak tahan sebab baunya kuat dari yang puth. Orang kata yang ungu tuh elok! Satu hari nanti pasti saya makan :-)

Gred A la....gred triple A lah...macam-macam yang diberitakan kebaikan rumpai ini berdasarkan warna. Yang belum saya jumpa, yang warna hijau. Orang kata, ini yang paling elok!

Saya beli benda ini terus dari Sabah. Masa mula-mula keluar, mahal....rasanya sekarang dah murah. 

Macam mana saya masak? Ini untuk yang dalam paket kecil...100 ke 120 gram.

1. Basuh rumpai ini 6 ke 8 kali. Air basuhannya jangan buang, boleh buat rendam kaki.
2. Rendam semalaman.
3. Basuh lagi, air basuhannya jangan buang. Boleh guna untuk rendam kaki. 
4. Rebus dengan 2 ke 2.5 liter air. Berapa lama? 20 ke 30 minit. Saya rebus dengan api yang kecil sehingga berbuih!
5. Masukkan ke dalam bekas. Masukkan ke dalam peti sejuk setelah ia tak lagi panas. 

Boleh pilih, nak letak dalam bekas kecil ataupun besar....akan datang kalau saya buat lagi, saya akan letak dalam bekas kecil. Senang, sekali nak makan ambil satu bekas. Sedap jika dicampur dengan rebena. Saya pernah campur dengan jus oren tapi kurang sedap. Bagi yang simpan dalam bekas kecil, boleh campur dengan rebena sebelum disimpan di peti sejuk.

Bila dah disejukkan rupanya macam agar-agar. 

Oh ya...ada yang tapis sebelum masuk dalam bekas....saya tak! Terus jer tuang dalam bekas. Bila nak rebus, saya tunggu air betul-betul panas, baru saya masukkan rumpai nih. Ada yang rendam dengan daun pandan, basuh dengan limau...saya tak buat semua tuh...

Ini rupanya....lepas dah sebati dengan air...



Saya makan pagi (sebelum sarapan) dan malam (sebelum tidur). Tekak kering sikit. Mana-mana produk yang anti oksida memang memerlukan banyak air. Kalau kurang minum air, lambat sikit tindak balas. 

Kesan paling cepat pada tumit kaki. Bagi yang pecah-pecah, dalam 3 hari dah nampak kurang. Badan pula bertenaga. Boleh juga dijadikan mask. Untuk mask, saya ambil satu sudu besar dan sapu ke muka. Pakai dalam 10 ke 20 minit dan bilas dengan air suam. Kulit terasa tegang. 

Sekarang ini ada yang jual dah siap di masak. Saya lebih suka buat sendiri sebab kita yang tahu citarasa sendiri...entah orang yang buat tuh, basuh bersih macam kita ke...kita tak tau...

Ada sesiapa nak? Pakej kecil ungu RM10 jer ;-)




Mainannya tak Menarik ke?

Ada beli bola warna dan beg berekor untuk anak-anak bulus ku. Mereka blurr, tak tahu apa nak buat....tak menarik ke? Lebih pada ambil bau dan usik sikit-sikit jer.