Sabtu, 20 Disember 2014

Apabila Kucingku Datang.....

Me : Dia mai dah! Spider, tepi la...mommy nak buat kerja nih.
Spider : Mommy, cepat arr...dodoi spider tido!
Inilah Spider. Asal tengah malam, kalau saya masih mengadap laptop, mesti dia datang...landingkan kepada dia atas laptop!



Me : Snowy, apasal monyot jer memalam nih?
Snowy : Mommy, sikit-sikit Spider! Spider, Spider, Spider!
Snowy, perangai ada sikit dengki! ;)

Bila saya landing saja badan atas katil....tangan kena exercise dulu! Buat apa? Belai kucing. Sekor, sekor datang! Ada masanya, dah nak lelap mata.....'meow' depan muka saya :) Belai lagi. Kang datang lagi sekor, 'meow'! Pukul berapa saya nak tido da......

Apa pun.....I love them so much!

Peringatan Untuk Diri Sendiri

Numan bin Tsabit atau yang biasa kita kenal dengan nama Abu Hanifah, atau popular disebut Iman Hanafi, pernah berselisih atau terserempak dengan anak kecil yang berjalan mengenakan sepatu kayu.

Sang imam berkata, 'Hati-hati nak dengan sepatu kayumu itu! Jangan sampai kau tergelincir.' 

Anak kecil ini pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas perhatian Abu Hanifah.

'Boleh saya tahu namamu tuan?' Tanya si anak kecil itu.

'Nu'man namaku.' Jawab sang imam.

'Jadi, tuanlah yang selama ini terkenal dengan gelaran Al-Iman Al-A'dhom (Imam Agung) itu?' Tanya si anak kecil.

'Bukan aku yang memberi gelaran itu, masyarakatlah yang berprasangka baik dan memberi gelaran itu kepadaku.'

'Wahai imam, hati-hati dengan gelaran mu itu. Jangan sampai tuan tergelincir ke neraka kerana gelaran.'

'Sepatu kayuku ini mungkin hanya menggelincirkan aku di dunia. Tapi gelaranmu itu dapat menjerumuskanmu ke dalam api yang kekal jika kesombongan dan keangkuhan menyertainya'.

Ulama besar yang diikuti banyak umat Islam itu pun tersungkur menangis. Imam Abu Hanifah (Hanafi) bersyukur. Siapa sangka, peringatan datang dari lidah seorang anak kecil.

Betapa banyak manusia tertipu kerana pangkat, jawatan, jabatan....tertipu kerana kedudukan dan tertipu kerana kemaqamannya. Jangan kita jadikan gelaran di dunia untuk keangkuhan. 

Ya Karim!

Semoga kita menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

Jumaat, 19 Disember 2014

Antara Dua Cerita Kanak-Kanak Ini

Tak tahu nak menonton / dapat CD yang mana satu? Saya cadangkan Big Hero 6.


Yang ini? Tak menonton....tak rugi :)


#gambar dari carian di google

Nak Diet...Diet Saja La

Ada orang yang nak semua fakta dulu sebelum mula berdiet. Kalau setakat apa boleh makan apa yang tak boleh, tak menjadi masalah tapi sampai nak panjangkan cerita 'mana fakta yang kata diet XXX boleh ambil ini'? Jawapan saya 'enough'!

Nak diet...diet saja la adik! Sambil diet tu belajar la! Sendiri mau faham, apa jenis diet yang kita buat ada kelebihan dan kekurangannya. Ada orang boleh jalan dengan diet XXX, ada yang tidak. Sendiri punya badan sendiri tau la.

Yang penting...nak diet kena la bersenam. Boleh gelebeh isi kalau tak bersenam!

Kalau nak jugak tau semua fakta dulu sebelum mula berdiet.....nasihat saya yang paling jujur, pergi saja Slimming Centre yang kena bayar ribu raban tu. Confirm diaorang boleh kasi semua fakta. Tapi sendiri mau ingat la...kalau berat tak turun jugak, you nak complaint, diaorang akan tanya you macam-macam. Kalau you nak refund, urine you diaorang check....jangan harap nak dapat refund kalau you yang kelaut!

Kes Ragut di Taman Tasik

Keghairahan saya nak berjogging di sini terjejas! :(


Pagi semalam baru nak merasa jogging di Tasik Seksyen 7, Shah Alam. Habis 3 pusingan..tengah cooling down, ada kakak melambai pada saya dan memanggil....'adik, jom kita balik, balik!!!'

Kebingungan, saya tanya? 'Ni ha, adik ni kena ragut!!' Saya pun bertanya kepada 3 orang anak muda (dalam lingkungan usia 14 - 15 tahun), 'apa yang hilang?' 'Handphone!'

Mmmm, baru saya perasan anak-anak bertiga itu sampai di tasik ini sama dengan saya iaitu lebih kurang pukul 8 pagi. Mereka menaiki motor, parking pun sebelah kereta saya. 

Ceritanya, ada motor menghampiri mereka,  menarik baju salah seorang dari 3 rakan ini dan mengacukan pisau! Diraba-rabanya kocek seluar 3 rakan ini. Dapatlah mereka satu handphone!

Anak bertiga ini tergaman, tak sempat nak tengok nombor plat motor. Yang dia ingat...salah seorang dari 2 orang peragut ini ada tatu di tangan dan bahasa peragut ini agak berlainan sedikit dari orang kita bercakap!

Mengikut mereka yang selalu jogging di sini, ini bukan kes pertama. Dah pernah terjadi sebelum ini. 

Apasal nak ragut di sini? Apa dapat? Orang pi jogging, bukan pun bawa duit yang banyak pun. Cari orang pakai emas? Barang berharga? Sendiri tanya sendiri jawab la....dah nama peragut / penjenayah, ada dia kisah!

Jelas, sini ada sign motosikal / basikal tak boleh masuk. Berapa ramai yang berani tegur jika nampak orang masuk di kawasan riadah ini dengan kenderaan?
Mmm....ruang ini kena letak palang lagi supaya hanya orang yang boleh lalu bukan kenderaan. 

Oooo ada CCTV. Yang nak ragut tak takut sign ni. 

Kesimpulannya, saya dah rasa tak selesa nak jogging di sini :( 

Polis! Tolong tingkatkan rodaan di kawasan ini....jangan la pusing di luar saja....masuk dalam ronda.



Rabu, 17 Disember 2014

Dah Tak Boleh Pakai Cara Macam Ni!

Bohong sana, bohong sini.....bohong sunat!


Kisah 1
Maka kereta bakal wakil rakyat pun ke kawasan pendalaman yang line telefon pun tak der.
Penduduk : "Dato' Sri, sini lampu pun tak der. Bila nak masuk? Dah lama dah kata nak masuk tapi belum masuk-masuk lagi"
Bakal Wakil Rakyat : Terus mencapai telefon bimbit dan membuat panggilan. "TNB, ini Dato' Sri XXXX, esok temujanji saya dengan XXXX on? Ok-ok, esok saya jumpa."
Penduduk : "Dato' Sri, macam mana boleh call, sini line telefon pun tak der."
Bakal Wakil Rakyat : "Saya menteri, telefon special, mana-mana pun boleh pakai, mana-mana pun boleh sampai!"
 

Kisah 2
Maka kereta kuncu-kuncu bakal wakil rakyat pun sampai di kawasan pendalaman selepas wakil rakyat beredar.

Kuncu-kuncu Bakal Wakil Rakyat : "Tok, nanti pilihanraya, masa mengundi...pangkah XXX ya. Yang lambang XXXX. Bagi tau orang kampung Tok ya undi XXXX." Sambil bercakap, kuncu-kuncu pun menghulurkan 'hadiah' yang tidak diketahui isi kandungannya ;)
Tok Batin mengangguk-anggukkan kepala sambil menerima 'hadiah' tersebut.



Kisah 3
Bawa kereta paling buruk untuk berkempen (pilihanraya). Orang tau berderek kereta besar di rumah. Tinggal di kawasan elit dan anak pun belajar luar negara.

Selasa, 16 Disember 2014

Mencuba Set Penjagaan Muka & Rambut Organik

Rakan saya buat sendiri produk ini....organic homemade product. Masuk kelas belajar tau. Beli satu formula harga ribu-ribu. Agaknya habis ratusan ribu sebab rakan saya juga ada produk lain.

Bahan mentah semua di jamin halal & organik.

Saya dah cuba shampoo. Memang best. Shampoo ini dibuat dari daun lidah buaya dan bunga raya. 

Set penjagaan muka pula terdiri dari sabun, toner, krim siang & krim malam. Saya baru cuba toner. Toner ini dibuat dari bunga mawar kampung.

Sukarnya saya nak melepaskan produk yang sudah sebati dengan saya, bukan tempatan yang juga organik ;) 

Sebenarnya produk tempatan banyak yang bagus. Tapi perlu hati-hati sebab ada yang membeli krim secara timbang dari pembekal luar seperti Indonesia, Thailand & Filipina....lepas tu masuk dalam bekas cantik-cantik & jual dengan harga yang mahal, entah mana fomula pun tak tau. Benda macam ni bukan homemade product tapi repackaging. Ada yang pakai 3 hari dah cantik kulit....mesti ramai yang suka kan, tetapi untuk jangka masa panjang boleh merosakkan kulit. 

Jom kita, pakat tukar pakai produk organik tempatan :)




Khamis, 11 Disember 2014

Pancing Udang di Kolam :)

Tengok saja :) Pertama kali ni tengok orang pancing udang. RM16 sejam. Sempat tanya adik-adik yang memancing....berapa boleh dapat dalam sejam? Dekat sekilo jugak....itu yang mahir, untungkan. 

Ini dia kolam. Kolam ni di shoplot jer.


Udang yang berjaya dipancing!

Gemuk-gemuk jugak udang-udang dia.....


Dah pancing, diaorang letak kat sini....jaring bulat ni.


Ini pula sejenis ulat sebagai umpan udang.


Mai-mai pancing udang di kolam simen ;) Kolam ni saya 'terjumpa' di Klang, depan pasar besar Klang.

Budak Tak Matang



Saya tak perlukan pemimpin yang macam ini. Saya tak mahu orang yang macam ini untuk memimpin negara. Kepimpinan melalui tauladan, bahasa melambangkan bangsa

Sekali pun kita tak setuju dengan siapa pun, tak perlulah maki hamun. Memang betul kita akan rasa marah bila dianaiya tapi tak kan tak sejuk-sejuk! Boleh dikatakan semua dalam FB dia memggunakan bahasa kasar (maki hamun & mencarut), mengutuk individu & negara ini dengan bahasa yang tak enak.

Siapa pun kamu, apa pun yang kamu perjuangkan...saya tak minat nak tahu sebab cara kamu amat tak matang.

Selamat berjaya di negara orang!



Selasa, 9 Disember 2014

Si Jerung & Si Lucah


Sebab si jerung haiwan yang hampir pupus sebab itu perlu 'dilindungi'? Yo lah...realiti kehidupan pun, berapa ramai yang mampu makan jerung. Ikan biasa-biasa saja yang selalu jadi 'mangsa' tangkapan.




Bila melayan si lucah....memberi publisiti pada yang tak perlu dan melengahkan tindakan serta berlembut tak bertempat. Dia bebas mengata di luar, ada pula yang sakit hati dengan tindakan bisingnya.

Selasa, 2 Disember 2014

Awas! Zon Kecurian?




Inilah kali pertama saya jumpa gambar macam ni dalam masjid! Di pintu masuk ruang solat muslimah sehinggalah ke ruang mengambil wuduk untuk muslimah. Rasanya ada lebih dari 3 gambar macam ni. 

Saya naik seram! Kenapa seram? Dah la kali pertama singgah di masjid tu, saya sorang saja yang ada di ruang muslimah, masa sampai gelap...saya kena pasang lampu, sunyi sangat ruang muslimah, lepas tu...ada gambar nih! Huhu....saya tak kusyuk!

Tak salah memberi peringatan tapi jangan la letak gambar macam ni.

Dah Kahwin Tanggung Sendiri!

Ramai ibubapa yang masih mengambil berat akan hal anak-anak apabila anak-anak mereka sudah berkahwin. Ada juga yang 'wish good luck', apa saja hal selepas berkahwin, tanggung sendiri!

Haha...teringat kisah ini. 

Iya, iya anak sulung itu mahu tinggal dengan ibubapanya selepas berkahwin tapi parents nya cakap 'cari rumah, jangan tumpang rumah mama abah ya, bina hidup sendiri, baru tahu tanggungjawab, baru tahu sudah senang, asam garam, pahit manis hidup berumahtangga'.

Dah berkahwin, gaduh suami isteri, ini jawapannya 'hangpa yang gatai nak nikah, tanggung sendirilah! kita dulu ada saja masalah rumahtangga malu nak bercerita dengan mak bapak'!

Dah ada anak, nak ngadu la si anak dengan maknya. Bunyi lagu ni, 'mama, XXX (si suami) tak sayang kat anak, asyik YYY (isteri) saja yang kena beli susu untuk ZZZ (baby 6 bulan)'! Ni ha, mak dia jawab, kebetulan panggilan itu di awal pagi, maknya di pasar tengah nak beli ikan, ini dia kena sebijik....'dah laki kamu tak nak beli, kamu pi la beli! bukannya tak dak duit'!

;)

Kadang-kadang si anak mengadu, hanya hendak orang mendengar. Yang mak bapak pulak malas nak layan sebab dah tua, ini masanya nak berehat.

Tudung Murah di Sini :)

Dekat sini tudung murah :) Nampak kan :)


Macam mana boleh kenal tempat ini? 
Beberapa bulan yang lepas, saya tegur seorang adik. Saya tak kenal pun adik tu tapi dia pakai tudung yang saya suka, dari jenama yang memang saya cari & susah sikit nak dapat. Saya tak kisah design lama ke baru ke, fesyen yang sama ke, janji sedap pakai.

Jadi, si adik ni pun bagitaulah tempat ni :) Siap adik tu cakap, murah banyak kat sini.

Sebab sibuk, tadi baru berkesempatan beli! Ambik ko, 6 helai saya borong. Saya memang suka kain jenis denim yang awning lembut dari jenama XXX (hehehe).  Memang murah!


Penuh barang dalam kedai, dengan sempit lagi. Memang berpeluh dibuatnya. Saya tak kisah janji dapat murah & tudung ni memang saya suka pakai.



Apa lagi, mai singgah! Kita borong tudung. Bukan saja tudung, macam-macam ada.



Snowy, tak der apa dah dalam beg plastik tuh! ;)


Apa Sebab, Tak Tahu!

Suri & Spider memang BFF. Tidur dekat-dekat, mandi sama-sama, melawak pun mesra sangat. Kalau duduk dalam carrier Suri boleh duduk dengan Spider saja, dengan yang lain.....mmm, tak senang duduk Suri! Asyik meraung saja!

Entah apa anginnya dua tiga minggu ni, Spider asyik nak attack Suri saja! Dah tak boleh duduk dekat dah. Sekarang ni Spider rapat dengan si gemuk Snowy. Tengok ni! Tidur pun dah selalu dengan si gemuk!


Bila tidur dengan Suri, dah jauh dah sekarang! Kalau Spider datang dekat Suri, sekejap saja lepas tu Suri akan blah!

Dan saya perhatikan si Suri ni, makin hari makin kecik! Mana taknya, asyik kena buli dengan yang lain. Dah la dia badan paling kecik, bila kena buli...kesian! Nasib baik si kecik ni garang, dapat la dia mempertahankan diri. Kadang-kadang mommy akan masuk campur untuk bela Suri :)

Isnin, 1 Disember 2014

Buang Sikap Sentimental Value Pada Yang Tak Perlu

Pakaian Lama
Pakaian Tak Muat Pakai
Pakaian Tak Pernah Pakai Lagi
Pakaian Baru Tak Sedap Pakai

Inilah ciri-ciri pakaian yang saya bagi kepada orang. Rakan saya pernah kata...

'aku sayang nak bagi baju aku pada orang melainkan yang murah'
'aku beli baju tu bukan seratus dua'
'baju tu, baju konvo / nikah aku, kena simpan beb'
'baju beb, ada sentimental value'

Saya? Mahal ke, murah ke, bila rasa tiba masanya nak bagi pada orang saya akan bagi. Ini batch kedua yang saya bagi pada orang. 


Sebelum ini dah dah bagi satu beg. Ada di antara baju yang saya bagi ini dibeli di luar negara, saya belum pernah pakai lagi dan bernilai ratusan ringgit! Belum tahap ada sentimental value pada pakaian. Buat apa penuhkan almari dengan benda yang kita tengok saja. Konsep saya, pakaian banyak sampai tak muat dalam almari, bukan beli almari lebih besar tetapi keluarkan apa yang kita tak pakai atau jarang pakai untuk diberi pada orang.

Ada ke orang nak pakaian yang dah pakai? Kalau cari mesti jumpa! Saya pernah tanya pada beberapa rumah anak yatim di bandar ini tetapi mereka tak nak. Jadi saya cari yang di luar bandar. Alhamdullilah jumpa yang sudi terima baju-baju ini, walaupun kena pos ke pantai timur. Dah siap ambil ni pun ;)

 
 
Baru-baru ini jumpa satu lagi tempat yang terima baju terpakai ini, iaitu di pusat recycle di Seksyen 2, Shah Alam.


Sabtu, 29 November 2014

Tak Payahlah Rasa.....

Si Simba yang suka nak rasa apa yang saya makan. Kucing yang makan Fit32 saja tapi nak jugak rasa benda lain. Ye lah, saya makan ikan atau ayam, saya bagi sikit isi dengan tulang sekali. Jadinya tercekik! Dah selalu tercekik pun tak pernah serik. Bukan nak makan sangat pun si Simba ni, cuma tak senang duduk tengok saya masuk benda dalam mulut! Kalau dah makan Fit32 saja, tak yah la sibuk nak rasa benda yang saya makan :)

Buat Baik Tak Bertempat

Alkisah, seorang berjawatan tinggi dalam kerajaan di sebuah negara.

Pada suatu hari beliau didatangi oleh seorang artis dari negara jiran setelah artis tersebut membuat temujanji untuk berjumpa dengan beliau. Kedatangan artis tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan bagi permohonan artis tersebut untuk mendapat taraf 'penduduk tetap'.

Gembiranya dapat berjumpa dengan artis tersebut sehingga menawarkan 'kerusi rasmi' beliau untuk artis tersebut duduk!

Pendapat saya, sekalipun terlalu minat pada seseorang, perlu jaga protokol. Ketika itu waktu bekerja dan di pejabat. Bila kita 'melayan' orang yang pertama kali kita jumpa begitu, orang luar lagi....adakah kita nak 'tunjuk' kita ini baik? Atau kita ini 'buat baik tak bertempat'?

Ada mata nampak, ada mulut yang boleh bercerita. Bila orang nampak dan mulut mula bercerita maka banyak jalan yang orang akan guna untuk 'menguji' kita. Kuatkah kita dengan ujian itu? Buat masa ini, sokongan orang atas memgekalkan kita di situ, akan datang? 

Sekuat mana sekalipun sokongan orang atas pada kita, jika ramai merasakan kita tak menyumbang apa-apa, orang atas pun terpaksa akur dengan kehendak ramai.

Fikir-fikirkanlah....

Jumaat, 28 November 2014

Besarnya Dakwah Mereka

Kali ini saya kongsi perbualan rakan saya dengan seseorang, yang pernah menjadi ahli kepada kumpulan agama yang telah diharamkan di Malaysia. 

Dikatakan di sebuah kawasan itu dipenuhi dengan rumah urut, rumah pelacuran & kegiatan kongsi gelap. Maka ketua kumpulan itu telah mencadangkan supaya salah satu perniagaan mereka beroperasi di situ. Sewa bulanan di kawasan itu agak mahal, iaitu RM50,000 sebulan. 

Ahli tertinggi kumpulan itu ada yang berbelah bagi dengan keputusan ketua mereka tetapi mereka turuti kehendak ketua mereka. 

Perniagaan di situ sudah menjangkau 6 tahun dan tidak membawa keuntungan, bahkan merugikan kerana sewa yang mahal. Disebabkan kumpulan itu ada banyak perniagaan yang lain, kerugian perniagaan di situ di tampung oleh perniagaan yang lain.

Berkat sabar dan niat kerana Tuhan satu per satu  rumah urut, rumah pelacuran dan kegiatan kongsi gelap 'hilang' di kawasan itu.

Mereka bukan berdakwah dengan orang-orang di situ tetapi berkat solat & zikir pekerja di perniagaan di situ membuatkan kawasan itu menjadi 'panas' bagi perniagaan lain yang haram di situ.

Semoga usaha kumpulan itu untuk berdakwah cara mereka diberkatiNya.

Diet ? Menu Tersembunyi

Bercakap pasal diet, saya dah banyak kali mencuba. Dah masak sangat dengan diet, apa boleh makan dan apa tak boleh, apa  menu berkhasiat dan apa tidak. Isu sekarang bukan pasal diet tapi diri saya sendiri yang suka makan.

Baru-baru ini ada ikut group di FB, Diet Atkins namanya. Adalah tengok apa yang ahli-ahli cadangkan. Permulaan tak boleh nasi dan benda dari tepung. Telur, ikan & sayur saja.

Saya pun nak ikut mencuba tapi cara saya :)

Hari pertama...sarapan dengan 2 biji telur, makan tengahari sayur saja dan malam ikan yang digoreng dengan sedikit minyak (pakai virgin olive oil lagi). Banyakkan minum air masak / suam.


Masuk hari kedua...sarapan dengan 2 biji telur. Tak boleh jadi ni, lepas makan telur saya pi makan pisang 2 biji! Tengahari ini dia, sayur dan ikan kukus.


Lepas tu, saya keluar.....saya pekena laksa dengan air manis. Balik rumah, pekena pula milo kotak. Malam tu jugak saya buat pengat pisang dan keledek! Makan lagi! Adoii!
Saya berdiet ke? Dari hari pertama diet, saya makan coklat! Walaupun makan sikit, saya makan hampir setiap hari. Tak per, tak per, baru permulaan...kita go slow! Pi laju-laju nanti boleh gastrik atau terus give up, end up makan lagi banyak!

Hari ke tiga saya makan apa? Mmm...berkat kesabaran dan tak terlalu mengikut menu diet, saya makan sayur saja untuk tengahari :) Malam pun sayur saja :) Coklat? Mesti :)

Hari ini? Belum tau lagi....tapi saya percaya saya boleh lalui semua ini :)

Tip nak berdiet dari saya......
Makanlah apa kita nak makan tapi dalam quantiti yang kecil. Makan makanan berkhasiat dan bersenamlah setiap hari. Banyakkan minum air suam.




Poslaju....Yang Jauh Dapat Dulu!


Wa confuse! Dalam satu negeri lagi lambat!
Ke lain negeri sehari dah sampai!
Rakan saya di Selangor hantar pada saya yang di Selangor, hantar Isnin dapat Rabu.
Saya hantar ke Perak, hantar hari Rabu, Khamis dah dapat!
Why, why, why?

Khamis, 27 November 2014

Buku Buat Amirah

Semalam berakhirnya pesta buku di MPH. Kebetulan memang nak cari buku cerita buat Amirah. Dari ruang pameran di ground floor ke kedai buku yang terletak di tingkat 1. Kata si adik di kedai 'yang di bawah saja ada diskaun'. Saya tanya 'kalau ada di sini dan di bawah, saya beli di sini dapat diskaun tak', adik tu jawab 'tak der, tak set di atas sebagai diskaun item'.


Saya pun mula pencarian di atas dan di bawah. Kena pastikan yang di beli di atas tak der di bawah. Saya berakhir dengan 7 buah buku dari penulis yang sama. 


Sebelum pergi cari buku, saya tanya Amirah, 'nak buku apa'. 'Amirah belum ada buku yang Ramlee Awang Murshid tulis'. Mmm....dah berubah penulis? Sebelum ni asyik Ain Maisarah saja. Tak kan nak mengadap penulis yang sama je kan! 

Kenapa tak bawa Amirah pergi beli buku? Amirah tinggal jauh dari saya....ini hadiah dari saya yang akan saya poskan....dah pos pun :)


Wow! RTM Dah Best :)

Agak lama saya tak menonton rancangan di TV1 & TV2. Entah apa angin saya, dalam seminggu dua ini asyik tengok program di RTM. 

Dari penilaian saya seminggu dua ini, saya rasa RTM lebih infomatif dan interaktif dari saluran lain. RTM sudah banyak berubah! Sehingga saya rasa berita di RTM lebih baik dari saluran lain yang ada di Malaysia.

Saya tengah terfikir kenapa saya boleh beralih ke RTM. Mmm...oh ya, saya perhatikan, berita di TVX terlalu mengampu, berita di TVY lebih ke arah perspektif dan spekulasi....Lepas tu, ada menonton program di TVY. Kupasan & intipatinya tidak menjawab topik yang diutarakan...saya frust! Bila dah frust, tukar saluran. 

Apa pun tahniah RTM!


#gambar dari carian di google

Bila Yang Nombor 2 Lebih Menyerlah.....

Persidangan belum lagi berakhir, tapi kesimpulan seperti sudah diketahui. Tiada bezanya dari persidangan yang sebelum ini. 

Yang nombor 1 sudah lama di kerusi itu, begitu juga yang nombor 2, tetapi semakin hari yang nombor 2 lebih praktikal, baik dari segi percakapan atau tindakan. 

Yang nombor 1 terlalu berhati-hati ketika berkata-kata sehingga nampak seperti cakap-cakap kosong! Berbeza dengan yang nombor 2.

'Cakap-cakap' dan 'mendengar' tak perlu jika tidak disusuli dengan tindakan.
'Cakap-cakap' dan 'mendengar' tidak dapat menyelesaikan masalah.
Bila selalu 'cakap-cakap' dan 'mendengar' tanpa ada apa-apa perubahan ke arah kebaikan (yang tidak membebankan), lama-kelamaan ramai naik bosan!


Q Please

Quality time with meow :)
They have to Q ok :)
Suri first, follow by Simba. See! Simba is waiting for his time :)

Revolusi Mental....

Satu buku yang ditulis berpuluh tahun yang lalu
Ditujukan buat bangsa Melayu

Semangat Tan Sri cakap pasal Revolusi Mental
Semangat juga hadirin dengan sorakan

Tan Sri lupa nak tanya kepada hadirin...
Berapa ramai di kalangan hadirin yang sudah baca buku ini?
Berapa ramai di kalangan hadirin yang ada buku ini?

Tan Sri, kan elok jika dapat...
Diberi buku ini pada setiap hadirin pada hari pertama persidangan!
Diwajibkan membaca buku ini sebelum hadir persidangan!
Diwajibkan kepada setiap individu dalam kumpulan besar ini untuk mempraktikkan apa yang terkandung dalam buku tersebut!

Persidangan......

Senario Persidangan....

Tempat Tinggal di taja, kalau tak taja tak datang
Tempat Tinggal tak di taja, syarikat hantar, wajib hadir

Makan Minum disediakan

Goodies bag di pintu masuk

Cenderahati kepada VIP 

Sijil pada peserta, tak der sijil tak datang, kalau datang pun kerana terpaksa syarikat suruh, tak der sijil ok, janji yang lain di taja

Ada persidangan yang kasi elaun kehadiran
Ada persidangan yang sponsor karaoke at night ;)

Masa persidangan, hujah membakar, semangat naik
Habis persidangan, life back to normal

So, apa faedah pi persidangan?


Ahad, 23 November 2014

Mee Tarik


Baru-baru ni pekena mee tarik di Food Court Tesco Shah Alam. Sebab dah lapar sangat, pekena dumpling sekali. Kekadang nak jugak rasa sup yang kosong yang tak banyak rempah ratus. Nak kata sedap sangat tak lah, biasa-biasa saja.

Sekarang ini banyakkan restoran Chinese Muslim. Restoran makanan arab pun banyak! Rata-rata pelanggannya adalah orang Melayu. Kekadang saya bertanya, mana restoran masakan Melayu yang ada konsep? Tak banyakkan! Kenapa ya? Susah nak jawab!

Ini member saya bercerita...orang bercerita, kita dengar saja, elak terima bulat-bulat. Rakan saya pernah bersembang dengan taukeh restoran Chinese Muslim. Kata mereka, seni membuat mee tarik ini adalah kemahiran bangsa Chinese Muslim di China dan mereka tak kongsi kemahiran / cara buat mee ini pada yang lain. 

Kang ada yang tanya, mee tarik tu apa? Diaorang buat mee dengan tangan / jari...tepung diuli, dan di tarik sehingga jadi mee. Cuba ke restoran Chinese Muslim (yang orwernya / pekerja memang asal dari negara China), faham kan ;)