Jumaat, 8 Mei 2015

Sarapan Nostalgia

Masuk dapur, tiba-tiba terkenang makanan zaman kanak-kanak :)

Nak sarapan apa ya? Pecah dua biji telur, campur tomato yang dipotong dadu, garam & lada sulah....gaul semuanya. Opps! Masukkan juga susu segar...tak der pun tak per. Panaskan pan, masukkan mentega  kemudian tuang bendalah ni. Setengah masak, kacau telur ni dengan sudip sampai hancur lagu di gambar.

Masa kecik-kecik jarang sarapan melayu. Selalunya roti. Ada masanya dibuat seperti di atas. Tak der tomato pun jalan.

Saya suka masakan yang ringkas.


Daulat Tuanku

Mengambil berkat hari Jumaat, setinggi-tinggi tahniah di atas Pertabalan DYMM Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke 35. Sebagai anak Perak, saya berbangga.




Khamis, 7 Mei 2015

Kit Anti Histeria?

Terkejut melihat harganya! 

Bila kit ini sudah viral di media, ada yang setuju, ada yang tidak dengan harganya, ada juga yang mempertikaikan kewajarannya. Antara komen yang saya baca ialah individu yang mempertahankan kit dengan mendatangkan hujah ini...

'mereka yang terlibat dengan pembikinan kit ini adalah pensyarah kanan dan mereka yang terlibat dengan perubatan alternatif, kerajaan mengiktiraf perubatan alternatif dan mereka-mereka ini telah lama melakukan kajian ke atas penyakit ini'

Saya tidak menafikan pengetahuan & kajian mereka dan apa sahaja jawatan mereka kita hormati. Tetapi perlu diingatkan...

'di akhir zaman, ada yang menjual agama untuk keuntungan yang sedikit'
'ada di kalangan para sufi, para wali yang bukan dari mereka yang berpangkat, ada yang miskin harta, ada yang hanya si penjual daging'

Fikir-fikirkanlah.

Apa Salah Myvi?

Harap cerita myvi sudah reda. Harap semua mengambil iktibar untuk tidak menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba.
  

Apa yang saya cuba sampaikan adalah sikap masyarakat kita. Sikap yang bagaimana? Suka maki hamun dan bertindak di luar batas. 

Teruknya kita menghukum pesalah, buruknya sikap kita kepada mereka yang tidak terlibat.

Sedarlah, salah ke betul mereka di muka bumi ini kita yang biadap berkata-kata dan bertindak di luar batas, tidak terlepas dari hukuman Allah. Mereka mungkin di keji di atas muka bumi tapi perbuatan kita sekarang memungkinkan kita lebih tersiksa di sana kelak.

Simpati saya kepada anak-anak mangsa, yang berlumba, pemilik kereta myvi dan pengeluar kereta myvi.


Ini Bukan Sayang Kucing!!!

Ini saya dapat dari FB Kakimotong (Papa Hero).

Saya tak boleh terima kucing ditindik telinga! Dari gambarnya bukan pakai subang lekat tapi memang telinga kucing ini ditindik. Sampai hati :( Ini penderaan kucing! Habis merah telinga kucing ini. 

Bagi sesiapa yang sayang kucing, tolong jangan buat macam ini. Banyak lagi cara lain yang  boleh kita buat untuk cantikkan kucing.

Sabtu, 2 Mei 2015

Bahaya Nak Cantik Cepat


Ada kisah yang viral seketika akibat makan produk nak cantik cepat. Wanita ini rahimnya terpaksa di buang kesan dari pengambilan produk tersebut.

Ini saya nak bagi tau. Orang kita semua nak cepat! Nak cepat kaya, nak cepat kurus, nak cepat putih. Akibatnya memudaratkan diri sendiri.

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan-iklan kecantikan yang bersepah yang boleh bagi kita kurus dan putih dengan cepat. Selidik dulu. Ada yang mengandungi racun yang merbahaya.

Benda nak tempek kat muka pun, kalau yang boleh 'kasi cepat' tu kena hati-hati. Boleh rosak kulit tau. Biar lambat asal selamat okey :)

Mencari Pahala?

Gandakan pahala? 
Kadang-kadang saya rasa kita perlu mengunakan ayat yang lain dalam mempromosikan produk kita. Walaupun ianya bertujuan mengingatkan orang ramai tentang ganjarannya.

Tak sesuai rasanya mengunakan perkataan di atas. Pahala itu urusan Allah. Allah tidak melihat nilainya tetapi hati. 

Bolehkan kita jamin pahala itu akan digandakan dan bakal mendapat pahala berterusan?

Nampaknya pihak terbabit perlu mengubah strategi mereka, jangan nanti beban yang terpaksa ditanggung untuk menjawab semua ini kelak.

Saya Nak!!

Geramnya tengok gambar anak rimau ni. Nak ku bawak balik semuanya. Tak dapat semua, sekor pun jadilah. Kalau dapat nak ku gomol-gomol. Saya nak, saya nak, saya nak! Ada sesiapa nak kasi pinjam?

Tempat Kucing Tidur

Kucing saya masuk almari macam masuk bilik tidur.  Ditolaknya kain baju ke depan dan tidur di belakang kain baju. Sejuk kot macam tuh. 

Bila cuaca panas, kucing saya lepak dalam bilik mandi. Selain itu di bawah katil, di penjuru bilik...atas luggage pun diaorang suka.

Mereka masih menerokai rumahku yang kecil ini untuk mencari pot baru. Yang jelas, dalam usaha mereka mencari pot baru periuk nasi ku pernah terhempas ke lantai.

Apabila Cadar Kesayangan Tercedera

Cadar ini yang paling saya sayang. Kainnya lembut, beli di Ikea dan kawan yang jahitkan. Tengok ada dah jadi?

Yang terkoyak di atas tu baru perasan tadi. Kesan darah pula....apabila kucingku menggalak, jari tercedera...adoi!

Tiba masanya untuk yang baru. Saya nak kain yang macam ni jugak.