Ahad, 30 September 2012

Menu Pilihan di Pak Li Kopitiam & Wong Solo

Sabtu hari untuk berehat, lunch & dinner di luar saja :-)

Kalau ke Pak Li Kopitiam inilah menu saya...Katong Laksa & Barli Suam :-) Tak sampai RM10 untuk lunch saya. Makanan lain yang saya layan di sini,  Mee Udang & Bubur Ayam. Selalunya Katong Laksa.


Katong Laksa & Barli Suam
Set Ayam Penyet & Jus Buah
Ayam Goreng Tepung
Dinner pula di Wong Solo, set Ayam Penyet, Jus Tembikai & Kepak Ayam Goreng. Terung tu ada sambal tapi sebab saya tak suka, saya minta tak diletakkan. Kalau boring set ayam penyet saya ambil set ayam bakar. Suka jus di sini sebab pekat. Rakan saya pula pilih Jus Mangga. Air ini saja yang saya layan di Wong Solo, kalau tak mangga...tembikai. Jarang-jarang saya makan ayam goreng celup tepung di sini, kali ni sebab lapar. Restoran ini ada di beberapa tempat tetapi saya suka makan yang di seksyen 7, Shah Alam (belakang Jakel) sebab lebih sedap berbanding di tempat lain.

Sabtu, 29 September 2012

Shopping Keperluan Kucing

Masanya untuk saya membeli keperluan asas meowmeow, hujung atau awal bulan.Tak banyak keperluan untuk sebulan, hanya makanan & pasir.

Inilah kedai yang selalu saya kunjungi, di seksyen 9, Shah Alam bersebelahan dengan Al-Radji Bank. Sudah lama saya menjadi pelanggan tetap di sini. Jom tengok apa yang saya beli.
kedai menjual keperluan kucing
Royal Canin 10kg
Makanan meowmeow, Royal Canin Fit 32. Saya beli 10kg. Harap mencukupi :-) Ada juga dalam pack 4kg dan 15kg. Harga lebih kurang begini...10kg - RM175, 4kg - RM90 dan 15kg - RM270. Boleh minta tawar dari kedai :-) Jangan beli dari taukeh kedai sebab mahal sikit :-D Tapi tak per, taukeh jarang ada :-) Kalau beli yang 10kg & 15kg boleh minta kedai pack kan dalam bungkusan kecil seperti ini :-)
minta kedai tolong pack

Fussie Cat & Goodie Cat
Ini pula pasir berak & kencing meowmeow. Saya perlukan 5 ke 7 pack sebulan. 1 pack 10 liter. Harga dari RM20 ke RM30. Ada brand lain yang lebih murah tapi saya selalu beli brand Fussie Cat dengan haruman epal. Yang lebih mahal pun ada. Saya beli yang sedang-sedang saja. Kali ini saya ambil 1 pack brand Goodie Cat & 2 pack Fussie Cat. Selalunya saya beli 3 ke 4  pack dulu, tengah bulan beli selebihnya. Kalau nak beli sekali gus tak cukup ruang nak simpan di rumah.

Saya memperuntukan hampir RM400 sebulan untuk keperluan asas meowmeow. Kalau budget lari saya akan beli makanan & pasir yang lebih murah.

Jadi baik pulak kali ini, saya belikan mainan untuk meowmeow. Ini ha... :-)

mainan kucing

Ini pula tempat meowmeow garu. Masuk yang ini dah ada 3.....satu bentuk seperti tikus dan yang satu lagi kerusi bulat. 

cakar jangan tak cakar
kali pertama beli ini
Ini pertama kali saya beli catnip, boleh sembur pada tempat di atas dengan harapan meowmeow tak asah kuku pada barangan saya. Sebelum ini meowmeow cakar barangan di rumah, saya ok jer tapi sekarang dah tak tahan tengok. Harap berkesan. Tapi, tadi nampak meowmeow cakar kat katil huhuhu :-(

Jumaat, 28 September 2012

Bila Mama MeowMeow Bertekad untuk Diet, boleh Percaya ka ?

Ini cerita pasai mama meowmeow pulak. Siapa lagi kalau bukan ku :-) Ubah angin sikit sebab saya tengah serabut otak :-(  Serabut memikirkan program....angan2...azam untuk mengurangkan berat badan yang tak pernah menjadi kenyataan :-(

Kagum mendengar cerita rakan yang berjaya menurunkan berat badan lebih dari 10kg dalam tempoh 4 bulan tanpa mengambil sebarang ubat diet. Banyak betul yang saya tanya....semangat, bertanya! Habis saja dia bercerita, saya bertekad nak berdiet....konon!

Saya tak tergolong dalam kategori gemuk tapi teringin nak ke five series balik :-) Sekarang dah six series.....tak mau touch seven series! Member-member yang dah lama tak tengok saya semua kata saya dah berisi! :'( Huhuhu....! Umur dah meningkat, senang berat naik! Terkenang masa dulu....makan lah apa saja, pada waktu apa sekali pun, tak kan memberi kesan pada berat badan....rupanya, kesannya sekarang :-(

Memandangkan perjalanan balik dari jumpa rakan tu mengambil masa hampir sejam......maka tekad dan semangat beransur-ansur hilang..... Mana lagi singgah di Kluang Station, pekena mee siam, seketul karipap & teh ais! Adoi...dinner tu! Tengahari nya pi makan kat restoran mamak, pekena nasi kandar! 

Mai tengok apa depa buat untuk kurus :-)

Jangan Makan Nasi
Jangan sentuh langsung nasi, mee, meehoon, pasta dan seangkatan dengannya!  Lunch ambil sayur (yang hijau saja) bersama ikan atau ayam, seketul sahaja, sebaiknya yang di rebus atau kukus. Sausage boleh 2 ketul saja sehari, jangan goreng ya! Telur rebus, 2 biji sehari tetapi jangan makan kuning telur.
 
Minum Susu
Kalau lapar, minum susu dan air kosong sahaja. Sebaiknya ambil susu low fat. Rakan saya, ambil susu ini sahaja. Saya? Seksanya nak habiskan sekotak...nak minum sehari sekali pun susah, seminggu sekali boleh la! Saya ada 5 kotak lagi, beli dah lama tapi tak habis-habis :-(


Jangan Makan & Minum Selepas Pukul 7 Malam
Macam mana lapar sekali pun jangan makan dan minum selepas pukul 7 malam. Kalau dah lapar sangat minum susu saja. Elak dari minum air pada waktu malam.

Hanya Boleh Makan Epal Hijau
Epal hijau sahaja, ya!

Amalkan Senaman
Sebaiknya setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih lagi baik.

Makan Jangan Tak Makan
Kena ambil sarapan, makan tengahari & malam. Jangan sesekali skip meals. Menu sarapan & makan malam rakan saya di selang seli kan dengan telur rebus & sausage. Tak boring ka?

Tidur Secukupnya
Selewatnya 11 malam kena masuk tidur. 6 jam dah ok. So bangun la pukul 5 pagi untuk bersenam.

Nak menitis air mata dengan plan diet ni. Kenapa perlu seksa hidup untuk kurus! Saya suka makan, huhuhu... :'( Saya memang terkenal dikalangan rakan-rakan sebagai seorang yang suka makan!

Macam mana nak memotivasikan diri? Rakan saya kata, 'beli baju yang kita teringin nak pakai, size nya mesti lebih kecil dari size kita sekarang, lepas tu gantung kat dapur, so setiap kali masuk dapur, pandang jer baju tu, nak ambil makanan boleh tak jadi! Kena tanam dalam diri 'aku nak pakai baju tu bulan depan'. 

Nak seribu daya! Saya? Entah la....tapi dah cuba kurangkan makan. Isu sekarang ini saya tak boleh tinggalkan teh ais, kopi dan nasi!

Selasa, 18 September 2012

Luka Kecil Angkara Kucing

Sayang meowmeow ku : )
Dalam seminggu dua ini adalah beberapa kesan luka kecil, antaranya meowmeow menggalak sesama mereka maka ada yang jadi mangsa...aku la tuh dan ada juga sebab melawan, yelah saya marah meow.....meow marah saya balik!

Meowmeow ku semuanya dok dalam rumah...agaknya kalau terlepaskan keluar, jakun. Saya pun begitu menjaga mereka supaya tak terlepas. Masa cuti hari raya hari tu, hantar meowmeow boarding, Adik yang jaga di kedai tu siap kata lagi 'you punya kucing oo manyak bising, ada sekor manyak garang'. Inilah ciri-ciri kucing yang tak pernah tengok ramai orang, tak pernah tengok banyak kucing dan tak pernah keluar rumah!

Sebut pasal hantar boarding, ada satu kisah....masa isi borang siap ada ruang jenama makanan kucing. yang kita bagi meowmeow kita makan.Saya tanya naper.....diaorang cakap 'kita akan cuba bagi makan makanan yang you kasi'. So, saya pun kata 'i bawak jer lah makanan dari, so you kasi murah-murah ya untuk seminggu boarding'.....'no no no, you pun beli makan di sini, mesti i ada stok'. Hahaha, percubaan ku untuk mintak murah untuk boarding! Dapat pun murah....sebab regular customer. 

Dua minggu selepas saya ambil kucing dari boarding, saya kembali ke kedai tersebut untuk beli makanan & pasir berak kucing..........terbuka cerita, rupanya depa bagi kucing saya makan sensible (Royal Canin). So, ini bunyi saya, 'ooo you tanya i, apa i bagi makan, i ingat you nak bagi makan itu tapi you bagi yang kucing i tak suka'! Dia jawab, 'You punya kucing ooo ada sekor manyak garang....takut ooo mau bukak itu kandang'! Kandang pun kandang la...! Bila dia bagi makanan tu, jarang-jarang la dia bukak kandang....ye lah letak sehari sekali belum tentu habis! Patut la meowmeow ku slim!

Mai sini nak tunjuk luka, angkara meowmeow. 

Kesan Kuku Kucing di Lengan Kanan

Luka Panjang di Kaki Angkara Kucing
Yang di lengan tu, masa mula-mula kena, bengkak tapi sakit sekejap jer. Puncanya, saya sedang nak transfer kan gambar ke laptop dari kamera, meowmeow pun sibuk juga...kacau sana sini, maka terkenalah kuku meowmeow di lengan saya...memang melekat! Yang di kaki, semasa mandi pagi sebelum pergi kerja terasa pedih....ambik ko, panjang kesanya....sampai sekarang masih pedih! Saya tunggu seminggu lagi, jika tiada perubahan, saya ke klinik untuk rawatan. Tak gaduh dengan meowmeow pun, biasa la.....masa saya tidur, meowmeow menggalak sesama mereka! Nak buat macam mana, dah katil ku tidur, katil meowmeow ku juga!


Isnin, 17 September 2012

Tukar Makanan Kucing

Wah wah wah....dah nak hampir setahun meowmeow saya : ) Semalam saya telah menukar makanan meowmeow saya dari 'kitten' kepada 'adult cat'. Apa lagi, jenama Royal Canin (Fit 32) menjadi pilihan saya. Beberapa kali saya bertanya kepada pekerja petshop....boleh ke tukar jika belum setahun? Boleh! Hahaha...padahal bukan kali pertama saya bela kucing! Saya jadi berhati-hati tentang makanan meowmeow saya sebab sebelum ini ada meowmeow saya yang sakit kerana makanan.

Jenama Pilihan
Semasa membesarkan meowmeow, saya beri makanan dari jenama Royal Canin & Blackwood. Ini ceritanya...sebulan usia ke 4 bulan bagi Royal Canin (baby)...huh mahal harganya, pening jugak masa tu nak fikir belanja untuk meowmeow!

4 bulan usia ke 2 hari yang lepas (hampir setahun usia meowmeow saya) Royal Canin (kitten) & Blackwood (kitten)...terpaksa selang seli kan dengan Blackwood sebab tak mampu deng, Royal Canin mahal...meowmeow deng bukan sekor dua...

Sebelum sebulan kasi apa? Senang jer...mak dia ada : ) ! Pengalaman lepas, bela meowmeow yang ditinggalkan ibu...saya bagi susu! Susu tepung kucing yang dibancuh dengan air? Tak! Saya beli susu Dutch Lady dalam kotak saja!

Saya begitu terikat dengan jenama Royal Canin dan bila dimaklumkan oleh rakan saya berkaitan jenama Blackwood, saya mengambil masa yang agak lama untuk mencuba. Dua tiga kali saya ronda, tanya sana sini sebelum beli! Pernah juga beli jenama Iams tapi meowmeow saya kurang suka! Taukeh Petshop tu kata 'bagi saja....lama-lama kucing you makan juga'! Saya pulak yang tak sampai hati tengok meowmeow saya tak nak makan. Kalau jenama Royal Canin, meowmeow saya tak suka Sensible.....kalau meowmeow saya boleh cakap, nak jer saya tanya...naper tak suka.....hehe!

Blackwood Kitten -2kg
Berbalik kepada kepada jenama Blackwood, ia menyediakan hanya untuk dua peringkat usia sahaja iaitu untuk kitten dan adult cat. Ada yang lain ke? Di Petshop yang selalu saya pergi hanya ada dua jenis saja bagi jenama ini. 

Selamat tinggal makanan kitten : )



Ahad, 16 September 2012

Mana Photo Kucing dan Kenapa Kucing Hitam ?

Cak !! Jumpa lagi kita : )

Opps! Kucing peliharaan saya ? Di mana ye  : ) ! Nanti-nanti ya, saya kongsi!  Meowmeow saya hak milik terpelihara...bukan untuk tontonan umum : ) Kucing biasa-biasa saja, bukan yang hidung penyet, bulu kembang dan seangkatan dengannya. 

Ok lah, kita cakap pasal si kucing hitam. Blog ini sempena kucing kesayangan saya iaitu 'TAM'. Tam saya telah pergi...huhu...pada Julai 2011 :'( . Rupa Tam macam harimau kumbang. Asal tengok harimau kumbang mesti teringat Tam.

Nama manja Tam...Abang Gelap, ekornya panjang & keseluruhan hitam. Tam begitu istimewa (sukar nak menerangkan istemewanya Tam pada saya) & unik.....sempurna kejadian! Ada sedikit sahaja bulu putih di bahagian pangkal kaki depan....dalam bahasa pasar  'bulu putih kat ketiak dia'! Faham kan kat mana. 

Kesedihan sedang melanda :'( , tak mahu cerita pasal Tam lagi! Cukup kalau saya kata Tam pergi tak sampai sebulan selepas dia sakit :'(. Saya pelihara Tam dari kecil. Saya ambil Tam di tempat kerja saya.....Tam ditinggalkan ibunya (saya tunggu juga hampir 2 minggu kalau ada ibu kucing yang datang tapi tak der), jadi saya bawa dia balik. Tam 3 beradik semuanya dan ketika saya ambil, mereka belum lagi berusia sebulan.  Tam bersama saya selama hampir tujuh tahun.

Tak mau sedih-sedih, kita tukar topik. Mai tengok photo kucing di bawah nih! Photo ni saya ambil di Cameron Highlands, Mac tahun ini. Kucing ni lepak kat tempat orang jual jagung rebus...ambil angin panas : ). Masa ni lah kali pertama saya hantar meowmeow saya boarding........ye lah nak melepaskan rindu kat meowmeow, jumpa jer kucing kita snap gambar. Budak lagi kucing nih.





Gambar yang ni, dah lama saya ambil iaitu semasa saya pergi aktiviti berkhemah di Cameron Highlands. Sedapnya tidur kat unggun api...yang dah tinggal bara. Kucing pun pandai cari tempat yang boleh memanaskan badan! Photo ni di ambil awal pagi semasa saya berkemas untuk pulang.





Yang kat bawah ni pula saya panggil 'kucing pendatang', datang ke rumah saya tahun lepas. Pagi hari semasa saya nak keluar rumah ada seekor kucing tengah lepak di rak kasut saya. Dia melepak di kawasan rumah saya saja dan bila petang, dia hilang. Merajuk dengan tuan dia kot ataupun nak bagi tau saya..'awak-awak, kucing awak ngandungkan anak saya'...haha! Nak jadi cerita, ada seekor meowmeow saya yang rupa seakan-akan kucing ini. Semasa meowmeow saya baby, tak der rupa...sekarang meowmeow saya dah hampir setahun....ada persamaan dengan kucing ini! Boleh jadi bapa kepada meowmeow saya tu.




Ahad, 2 September 2012

Suka & Tak Suka

Saya cakap yang saya tak berkenan dulu : )

Ni hah si Sphynx Cat. Spesis kucing ke ? Mana bulunya ? Bulunya ada tapi tak banyak. Seram tengok !Teringat cerita ET masa saya kecil dulu. Difahamkan makin ramai yang menggemari kucing baka ini ! Sekali tengok macam anjing pun ada.


Sphynx
sumber : en.wikipedia.org

British Shorthair
sumber : pictures-of-cats.org

Ini pula baka kucing yang saya suka, British Shorthair. Suka saja...belum nak bela lagi. Kasih pada kucing kampung ku tak berbelah bagi : ) . Suka tengok baka ini sebab mukanya bulat, bulu tidaklah panjang dan kaki pendek serta badan gempal.


Kalau ada yang nak bagi percuma baka Sphynx saya tak nak tapi kalau British Shorthair, boleh dipertimbangkan...hahaha!

Sabtu, 1 September 2012

American Curl Cat

sumber : coolcatbreeders.com
Pernah lihat baka ini masa pameran kucing tapi tak pernah nak ambil tahu baka apa. Baru-baru ini berpeluang pegang kucing ini (semasa saya hantar kucing saya untuk boarding). Tuan kucing itu pun nak menghantar kucingnya boarding...almaklum la raya. Ada lebih dari 6 ekor saya lihat.......sembang-sembang, baru la tau baka apa. Hehehe...saya baru nak ambil tahu nama baka-baka yang ada. 

Asal baka ini dari Lakewood, California. Unik di telinga...nama diberi curl sebab telinganya.

Norwagien Forest Cat atau Raga Muffin Cat

Dalam post saya sebelum ini, ada saya ceritakan kucing milik rakan saya dari baka Norwagien Forest Cat. Ini ada spesis satu lagi yang boleh jadi baka kucing rakan saya, namanya Raga Muffin Cat. Yang mana satu baka kucing rakan saya ini ?

Ini ha kucing rakan saya. Tapi bulu di bawah lehernya telah digunting ! Kata rakan saya...rimas pulak tengoknya.

sumber : Facebook Tinta Abadi

Saya kongsikan juga gambar dua-dua baka ini.


Raga Muffin Cat
sumber : luvmuffin.com
Norwagien Forest Cat
sumber : norjacats.com


Macam lebih kepada Norwagien Forest Cat ! Kenapa ? Sebab bentuk muka dan bulu lebih mirip kepada Norwagien Forest Cat. Ada lagi ke baka lain yang punya bulu panjang di leher?