Sabtu, 29 November 2014

Tak Payahlah Rasa.....

Si Simba yang suka nak rasa apa yang saya makan. Kucing yang makan Fit32 saja tapi nak jugak rasa benda lain. Ye lah, saya makan ikan atau ayam, saya bagi sikit isi dengan tulang sekali. Jadinya tercekik! Dah selalu tercekik pun tak pernah serik. Bukan nak makan sangat pun si Simba ni, cuma tak senang duduk tengok saya masuk benda dalam mulut! Kalau dah makan Fit32 saja, tak yah la sibuk nak rasa benda yang saya makan :)

Buat Baik Tak Bertempat

Alkisah, seorang berjawatan tinggi dalam kerajaan di sebuah negara.

Pada suatu hari beliau didatangi oleh seorang artis dari negara jiran setelah artis tersebut membuat temujanji untuk berjumpa dengan beliau. Kedatangan artis tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan bagi permohonan artis tersebut untuk mendapat taraf 'penduduk tetap'.

Gembiranya dapat berjumpa dengan artis tersebut sehingga menawarkan 'kerusi rasmi' beliau untuk artis tersebut duduk!

Pendapat saya, sekalipun terlalu minat pada seseorang, perlu jaga protokol. Ketika itu waktu bekerja dan di pejabat. Bila kita 'melayan' orang yang pertama kali kita jumpa begitu, orang luar lagi....adakah kita nak 'tunjuk' kita ini baik? Atau kita ini 'buat baik tak bertempat'?

Ada mata nampak, ada mulut yang boleh bercerita. Bila orang nampak dan mulut mula bercerita maka banyak jalan yang orang akan guna untuk 'menguji' kita. Kuatkah kita dengan ujian itu? Buat masa ini, sokongan orang atas memgekalkan kita di situ, akan datang? 

Sekuat mana sekalipun sokongan orang atas pada kita, jika ramai merasakan kita tak menyumbang apa-apa, orang atas pun terpaksa akur dengan kehendak ramai.

Fikir-fikirkanlah....

Jumaat, 28 November 2014

Besarnya Dakwah Mereka

Kali ini saya kongsi perbualan rakan saya dengan seseorang, yang pernah menjadi ahli kepada kumpulan agama yang telah diharamkan di Malaysia. 

Dikatakan di sebuah kawasan itu dipenuhi dengan rumah urut, rumah pelacuran & kegiatan kongsi gelap. Maka ketua kumpulan itu telah mencadangkan supaya salah satu perniagaan mereka beroperasi di situ. Sewa bulanan di kawasan itu agak mahal, iaitu RM50,000 sebulan. 

Ahli tertinggi kumpulan itu ada yang berbelah bagi dengan keputusan ketua mereka tetapi mereka turuti kehendak ketua mereka. 

Perniagaan di situ sudah menjangkau 6 tahun dan tidak membawa keuntungan, bahkan merugikan kerana sewa yang mahal. Disebabkan kumpulan itu ada banyak perniagaan yang lain, kerugian perniagaan di situ di tampung oleh perniagaan yang lain.

Berkat sabar dan niat kerana Tuhan satu per satu  rumah urut, rumah pelacuran dan kegiatan kongsi gelap 'hilang' di kawasan itu.

Mereka bukan berdakwah dengan orang-orang di situ tetapi berkat solat & zikir pekerja di perniagaan di situ membuatkan kawasan itu menjadi 'panas' bagi perniagaan lain yang haram di situ.

Semoga usaha kumpulan itu untuk berdakwah cara mereka diberkatiNya.

Diet ? Menu Tersembunyi

Bercakap pasal diet, saya dah banyak kali mencuba. Dah masak sangat dengan diet, apa boleh makan dan apa tak boleh, apa  menu berkhasiat dan apa tidak. Isu sekarang bukan pasal diet tapi diri saya sendiri yang suka makan.

Baru-baru ini ada ikut group di FB, Diet Atkins namanya. Adalah tengok apa yang ahli-ahli cadangkan. Permulaan tak boleh nasi dan benda dari tepung. Telur, ikan & sayur saja.

Saya pun nak ikut mencuba tapi cara saya :)

Hari pertama...sarapan dengan 2 biji telur, makan tengahari sayur saja dan malam ikan yang digoreng dengan sedikit minyak (pakai virgin olive oil lagi). Banyakkan minum air masak / suam.


Masuk hari kedua...sarapan dengan 2 biji telur. Tak boleh jadi ni, lepas makan telur saya pi makan pisang 2 biji! Tengahari ini dia, sayur dan ikan kukus.


Lepas tu, saya keluar.....saya pekena laksa dengan air manis. Balik rumah, pekena pula milo kotak. Malam tu jugak saya buat pengat pisang dan keledek! Makan lagi! Adoii!
Saya berdiet ke? Dari hari pertama diet, saya makan coklat! Walaupun makan sikit, saya makan hampir setiap hari. Tak per, tak per, baru permulaan...kita go slow! Pi laju-laju nanti boleh gastrik atau terus give up, end up makan lagi banyak!

Hari ke tiga saya makan apa? Mmm...berkat kesabaran dan tak terlalu mengikut menu diet, saya makan sayur saja untuk tengahari :) Malam pun sayur saja :) Coklat? Mesti :)

Hari ini? Belum tau lagi....tapi saya percaya saya boleh lalui semua ini :)

Tip nak berdiet dari saya......
Makanlah apa kita nak makan tapi dalam quantiti yang kecil. Makan makanan berkhasiat dan bersenamlah setiap hari. Banyakkan minum air suam.




Poslaju....Yang Jauh Dapat Dulu!


Wa confuse! Dalam satu negeri lagi lambat!
Ke lain negeri sehari dah sampai!
Rakan saya di Selangor hantar pada saya yang di Selangor, hantar Isnin dapat Rabu.
Saya hantar ke Perak, hantar hari Rabu, Khamis dah dapat!
Why, why, why?

Khamis, 27 November 2014

Buku Buat Amirah

Semalam berakhirnya pesta buku di MPH. Kebetulan memang nak cari buku cerita buat Amirah. Dari ruang pameran di ground floor ke kedai buku yang terletak di tingkat 1. Kata si adik di kedai 'yang di bawah saja ada diskaun'. Saya tanya 'kalau ada di sini dan di bawah, saya beli di sini dapat diskaun tak', adik tu jawab 'tak der, tak set di atas sebagai diskaun item'.


Saya pun mula pencarian di atas dan di bawah. Kena pastikan yang di beli di atas tak der di bawah. Saya berakhir dengan 7 buah buku dari penulis yang sama. 


Sebelum pergi cari buku, saya tanya Amirah, 'nak buku apa'. 'Amirah belum ada buku yang Ramlee Awang Murshid tulis'. Mmm....dah berubah penulis? Sebelum ni asyik Ain Maisarah saja. Tak kan nak mengadap penulis yang sama je kan! 

Kenapa tak bawa Amirah pergi beli buku? Amirah tinggal jauh dari saya....ini hadiah dari saya yang akan saya poskan....dah pos pun :)


Wow! RTM Dah Best :)

Agak lama saya tak menonton rancangan di TV1 & TV2. Entah apa angin saya, dalam seminggu dua ini asyik tengok program di RTM. 

Dari penilaian saya seminggu dua ini, saya rasa RTM lebih infomatif dan interaktif dari saluran lain. RTM sudah banyak berubah! Sehingga saya rasa berita di RTM lebih baik dari saluran lain yang ada di Malaysia.

Saya tengah terfikir kenapa saya boleh beralih ke RTM. Mmm...oh ya, saya perhatikan, berita di TVX terlalu mengampu, berita di TVY lebih ke arah perspektif dan spekulasi....Lepas tu, ada menonton program di TVY. Kupasan & intipatinya tidak menjawab topik yang diutarakan...saya frust! Bila dah frust, tukar saluran. 

Apa pun tahniah RTM!


#gambar dari carian di google

Bila Yang Nombor 2 Lebih Menyerlah.....

Persidangan belum lagi berakhir, tapi kesimpulan seperti sudah diketahui. Tiada bezanya dari persidangan yang sebelum ini. 

Yang nombor 1 sudah lama di kerusi itu, begitu juga yang nombor 2, tetapi semakin hari yang nombor 2 lebih praktikal, baik dari segi percakapan atau tindakan. 

Yang nombor 1 terlalu berhati-hati ketika berkata-kata sehingga nampak seperti cakap-cakap kosong! Berbeza dengan yang nombor 2.

'Cakap-cakap' dan 'mendengar' tak perlu jika tidak disusuli dengan tindakan.
'Cakap-cakap' dan 'mendengar' tidak dapat menyelesaikan masalah.
Bila selalu 'cakap-cakap' dan 'mendengar' tanpa ada apa-apa perubahan ke arah kebaikan (yang tidak membebankan), lama-kelamaan ramai naik bosan!


Q Please

Quality time with meow :)
They have to Q ok :)
Suri first, follow by Simba. See! Simba is waiting for his time :)

Revolusi Mental....

Satu buku yang ditulis berpuluh tahun yang lalu
Ditujukan buat bangsa Melayu

Semangat Tan Sri cakap pasal Revolusi Mental
Semangat juga hadirin dengan sorakan

Tan Sri lupa nak tanya kepada hadirin...
Berapa ramai di kalangan hadirin yang sudah baca buku ini?
Berapa ramai di kalangan hadirin yang ada buku ini?

Tan Sri, kan elok jika dapat...
Diberi buku ini pada setiap hadirin pada hari pertama persidangan!
Diwajibkan membaca buku ini sebelum hadir persidangan!
Diwajibkan kepada setiap individu dalam kumpulan besar ini untuk mempraktikkan apa yang terkandung dalam buku tersebut!

Persidangan......

Senario Persidangan....

Tempat Tinggal di taja, kalau tak taja tak datang
Tempat Tinggal tak di taja, syarikat hantar, wajib hadir

Makan Minum disediakan

Goodies bag di pintu masuk

Cenderahati kepada VIP 

Sijil pada peserta, tak der sijil tak datang, kalau datang pun kerana terpaksa syarikat suruh, tak der sijil ok, janji yang lain di taja

Ada persidangan yang kasi elaun kehadiran
Ada persidangan yang sponsor karaoke at night ;)

Masa persidangan, hujah membakar, semangat naik
Habis persidangan, life back to normal

So, apa faedah pi persidangan?


Ahad, 23 November 2014

Mee Tarik


Baru-baru ni pekena mee tarik di Food Court Tesco Shah Alam. Sebab dah lapar sangat, pekena dumpling sekali. Kekadang nak jugak rasa sup yang kosong yang tak banyak rempah ratus. Nak kata sedap sangat tak lah, biasa-biasa saja.

Sekarang ini banyakkan restoran Chinese Muslim. Restoran makanan arab pun banyak! Rata-rata pelanggannya adalah orang Melayu. Kekadang saya bertanya, mana restoran masakan Melayu yang ada konsep? Tak banyakkan! Kenapa ya? Susah nak jawab!

Ini member saya bercerita...orang bercerita, kita dengar saja, elak terima bulat-bulat. Rakan saya pernah bersembang dengan taukeh restoran Chinese Muslim. Kata mereka, seni membuat mee tarik ini adalah kemahiran bangsa Chinese Muslim di China dan mereka tak kongsi kemahiran / cara buat mee ini pada yang lain. 

Kang ada yang tanya, mee tarik tu apa? Diaorang buat mee dengan tangan / jari...tepung diuli, dan di tarik sehingga jadi mee. Cuba ke restoran Chinese Muslim (yang orwernya / pekerja memang asal dari negara China), faham kan ;) 

Aiskrim Magnum Yang Mana Satu Yang Menjadi Pilihan?





Yang ini...nampakkan tulisan tuh, memang sedap. Dah biasa denga classic, tukar ke almold muak, chocolate brownie memang best. Yang boleh termakan sebab tengok kawan makan....senyum-senyum dia bagitau sedap!

Yang Menarik di Cool Blog


Masa mula-mula 'rasa' Cool Blog ini terus melekat dengan perisa 'vanila coklat'. Pernah cuba tukar beberapa kali kepada perisa lain tapi patah balik pada 'vanila coklat'. Satu hari tu, dah rasa bosan dengan jenis blended ni, saya pun mencuba air cincau. Nak tau apa.....terus jatuh cinta sampai sekarang :)

Cincau dia lembut sangat :)  Kadang-kadang purposely ke Tesco untuk beli ini :) Beli sampai 2! Saya pernah beberapa kali ke Cool Blog di cawangan lain tapi yang di Tesco Shah Alam juga yang sedap ;) Tak pasti kenapa. 

Masa mula-mula jatuh cinta dengan air cincau ni, asal pergi ada saja stok...lately ni, asyik habis saja. Yang saya dapat beli ini, setelah 2 kali saya pergi mencari. Pernah sekali tu, mintak 2 dapat 1 saja. Mungkin ramai yang dah tau betapa nyamannya minum air cincau di Cool Blog ni.

Apa lagi, pi la rasa :)

Sabtu, 22 November 2014

Coklat Cadbury Tengah Murah ?



Ini kerana isu Cadbury yang lepas atau jualan akhir tahun? Lama juga Cadbury offer bar besar ini murah. Kenapa bar besar saja yang selalu offer? Stok lama ke? Stok lama ke baru ke, selagi jauh dia punya expiry date, jalan saja. Buat penggemar coklat Cadbury macam saya, inilah peluang untuk borong.

Anak Bulusku Sayang

Anak bulus pun macam anak orang :) tak der anak bulus sunyi, ada....adoi, mai diaorang kacau!!!

Tengah nak buat kerja, tengah nak membaca...masa ni lah diaorang nak bermanja. Nak alih diaorang ke tempat lain kadang kala tak sampai hati, kadang-kadang babab jugak.
 
Ini pula, masing-masing di pot kegemaran. Masa Magrib la diaorang syok nak tidur.

Dapat tahu cerita dari kampung, ada orang bagi kucing cantik pada my mom. Nakkk!!!! Mana nak letak? Tambah-tambah si Snowy yang kuat cemburu, habis dikerjakan dua ketul ni.
 
Bertambah meriah la rumah my parents dengan anak bulus baru. Memang dah terkenal pun dengan kebanjiran anak-anak bulus.....yang orang bagi, yang mendatang, yang dipungut....macam-macam ada!

Jumaat, 21 November 2014

Set Rambut di Sini

Ini saja nak share tempat gunting, cuci, warna & rawatan rambut pilihan. Terletak di seksyen 9, Shah Alam. Hair Gooststudio nama salon ini.

Dari dulu saya memang suka yang gunting rambut dari kalangan 'lelaki lembut' ;) Usah kata gunting rambut, make-up pun suka golongan yang lembut :) tapi kat sini tak der ler service make-up.

Tu dia, taukeh tengah gunting rambut.
Salon ini dibuka dari 11 pagi ke malam. Call saja untuk booking. Walk-in pun boleh. Buat dia tengah ramai orang, 12 tengah malam bukak lagi ;)

Mai singgah :)




Rabu, 19 November 2014

Lambakan Profesional Warga Asing, Mana Silapnya

Selain dari warga asing (blue colar- foreign worker), negara kita juga dibanjiri dengan profesional warga asing (white colar - expatriate). Benarkah negara kita kekurangan pekerja mahir? Benarkah mereka ini pakar? 

Saya melihat ini lebih kepada kelemahan sistem di negara ini. 

Pelabur Asing & Warganegaranya
Kita bangga bila ada syarikat besar beroperasi di sini. Tetapi dimanakah pemantauan kita terhadap syarikat ini? Mereka bebas membawa masuk orang-orang mereka ke negara ini. Kita seolah-olah dijajah. Tidak punya kuasa membuat keputusan. Tuan pengarah / ceo / para bos warga tempatan hanya ambil gaji! Apa warga asing nak buat, suka hati mereka janji ada gaji! 

Bila syarikat berduit macam ni, nyanyi lagu, kami bayar cukai juta-juta pada gomen, senyap la gomen. Mereka nak apa layan saja sebab mereka bayar cukai juta-juta!

Pekerja Mahir Warga Asing
Sempat sembang dengan rakan saya, katanya hanya 25% mereka ini lebih mahir dari orang kita. 50% sama saja kemahiran mereka dan 25% quality below than us! Sebab apa masih bergantung pada mereka. Sebab diaorang nak orang diaorang, sebab ada warganegara yang murah,  sebab warga tempatan tak der. Orang-orang kita dah mahir, lompat syarikat lain dan mula demand.

Pernah tak bertanya kenapa pekerja kita jump? Sebab gaji, sebab diskriminasi kerja. Bagi kami kerja mudah. Benda besar yang mencabar, diberi kepada orang mereka. Kami terikat dengan birokrasi yang di bawa dari negara mereka yang kononnya polisi syarikat!

Berkemahirankah gomen dalam menapis syarikat ini dari membawa masuk pekerja yang kononnya mahir. Apa sistem yang kerajaan pakai untuk melindungi warga tempatan? Bila ada persatuan yang datang jumpa gomen, cakap itu ini (habislah kami, projek tak dapat siap dan lain-lain) gomen ubah syarat. Mana pemantauan gomen terhadap isu lambakan pekerja ini?

Yang lebih malang, dah lama merdeka kenapa isu begini masih gagal ditangani? Please la menteri, jaga asyik nak bercakap saja. Jangan asyik nak jaga periuk nasik sendiri, jagalah negara. Jagalah negara untuk rakyat bukan manjakan orang luar. Tolong la percaya kepada rakyat sendiri.

Ke Mana Arah Shopping Mall


Sebab saya tak suka ke shopping mall besar, sana sini nampak shopping mall baru tumbuh, IOI la, One City, Paradigm dan macam-macam lagi. Ke mana arah shopping mall ini? Ramaikah yang berkunjung? Jangka masa panjang boleh hidup ke? Sekarang ini, ibubapa memang suka bawa anak pergi shopping mall ke? Apa yang di cari?

Sebab saya bukan kaki shopping atau window shopping, saya tak nampak keperluan ke  shopping mall yang besar. Lagi pun penat nak berjalan sebab besar, lebih baik jogging di tasik. Suka ke shopping mall yang sederhana size atau kecil dan berhampiran dengan rumah, tak banyak masa terbuang. Selalunya saya dah set dalam kepala apa nak beli ;) Sampai saja shopping mall tahu mana nak tuju ;)


#gambar dari carian di google

Perut Sejuk Katanya

Bila makan makanan yang bukan masakan melayu, rakan saya kata 'sejuk perut dia'. Pernah tinggal luar negara pun masih perut melayu?

Bila dah kenal selera rakan-rakan kita, kita tahu nak mengajak siapa untuk makan apa yang kita teringin pada masa itu.

Yang ramai kawan dari kalangan kucing, maka makan sesorang saja la :) Saya ok saja :)






Cerita Babysitter vs Cerita Ibubapa

Kebetulan saya ada rakan yang mengusahakan Home Based Babysitter (registered), saya kongsi cerita rakan-rakan saya iaitu ibubapa & babysitter. Lebih 3 tahun rakan saya ini mengusahakan Home Based Babysitter. Anak-anak jagaanya lebih dari 10 orang. Ada lagi ibubapa nak hantar tetapi dia terpaksa tolak.



Anak diberi ubat batuk untuk mudah dijaga.

Ibubapa
Anak aku bila aku ambik, baik saja. Balik rumah tak banyak ragam, tak main dan senang tidur. Tuhan nak tunjuk, satu hari aku perasan lidah anak aku ada kesan warna hijau, aku bawak ke klinik, sah anak aku di beri ubat batuk. Ya Allah, Tuhan saja yang tau apa aku rasa. Terus aku tukar anak aku ke tempat lain. Tak lama selepas tu, aku dapat tahu Taska tu tutup. Baguslah, buat lagi kat anak aku!

Babysitter
Kami ada dengar. Tempat yang macam inilah yang menjejaskan nama baik dan periuk nasi kami.


Anak dibaringkan atas lantai ketika mandi.

Ibubapa
Satu hari aku tergerak nak pi tengok anak aku, sedih aku tengok, anak aku belum 5 bulan, diaorang boleh letak atas lantai masa mandi.


Babysitter
Kami sediakan tempat. Kalau ikut cara orang lama, diaorang lapik dengan kain batik, kemudian diaorang baringkan bayi.


Kongsi toiletries.

Ibubapa
Tak sampai sebulan, habis mandian anak aku. Mana tahan kalau setiap bulan kena beli. Rupanya mandian anak aku dikongsi dengan semua anak-anak lain di situ.

Babysitter
Saya sediakan semua. Siap bagitau parents, tak perlu bawa melainkan diaorang nak anak diaorang pakai yang sendiri punya. Babysitter yang tak sediakan, ibubapa sediakan beg untuk keperluan peribadi anak-anak. Seorang anak punya barang kami tak kongsi untuk semua. 


Makan ikan bilis.

Ibubapa
Diaorang selalu bagi makan nasi dengan ikan bilis. Aku nak kata apa, aku bergantung kepada diaorang nak jaga anak, aku kerja.

Babysitter
Ikan bilis mahal beb, jarang kami nak bagi. Ikan sebelum letak dalam pinggan anak-anak, kami dah perisi, nak bagi ikan kecik pun jarang sebab susah nak perisi.  Ko jangan nak percaya sangat budak umur 3 ke 5 tahun, diaorang kekadang suka menipu.


Makan telur goreng dengan kicap.

Ibubapa
Anak dekat tempat jagaan selalu diberi makan telur goreng dengan kicap.

Babysitter
Itu kalau budget dah ciput sangat, memang kami bagi telur goreng dengan kicap tetapi bukan hari-hari. Hujung bulan adalah sekali dua saja.



Kebetulan rakan saya add saya dalam group babysitter di Facebook, saya sertakan keluahan babysitter.

Anak sakit.
Parents tahu anak sakit tapi masih hantar anak ke pusat jagaan. Siap ada yang deman campak. Parents tahu deman campak boleh berjangkit! Parents tolonglah faham, jaga anak-anak ini periuk nasi kami! Apa kata parents lain kalau anak diaorang selalu sakit semasa bawah jagaan kami!

Ada masanya kami telefon parents berkali-kali bagitahu anak diaorang tak sihat dan minta ambil dengan segera. Tapi ada parents asyik tangguh untuk mengambil anak mereka. Ada kalanya anak muntah / cirit birit hampir 10 kali. Parents boleh fikir tak yang kami juga ada anak-anak lain yang perlu perhatian kami. Mana kami nak jaga yang sakit, nak cuci muntah / berak mereka dan nak jaga anak-anak lain!

Makan dalam kereta tak habis, bawa ke Pusat Jagaan.
Kami dah pesan berkali-kali pada parents, jajan tak habis, tinggal saja dalam kereta jangan di bawa ke tempat kami. Ini makan tak habis, bawa ke tempat jagaan, habis anak-anak lain pun nak. Tak ke boleh bertolak tarik budak-budak ni. Kalau nak makan juga jajan, bawa sekali untuk semua anak-anak di situ.

Isnin, 17 November 2014

Dah Macam Kedai Ubat @ Jual Minyak

Ini dia koleksi minyak yang ada dalam simpanan saya ;) Balm ;) Ubat sapu pun ada ;)



Sekarang dah kurang, dulu....asal berkunjung ke Langkawi semua jenis minyak yang ada kalau boleh saya nak bawa balik :) Kadang-kadang saja masuk farmasi atau toko jamu untuk belek minyak-minyak yang ada ;)

Rata-rata di rumah mesti ada minyak cap kapak atau tiger balm kan? Tapi itu dulu, sekarang ini macam-macam ada. Kita tidak lagi bergantung pada minyak cap kapak dan tiger balm.

Saya berkenalan dengan dua jenis minyak yang sedap baunya dan berkesan. Ada dua ini tak perlu ada yang lain pun ok :) minyak kayu putih jenama kangaroo dan minyak bau pudina bernama batook ori. 

Cuba belek gambar di atas, mesti jumpa dua jenis minyak ini :) Kalau tak nampak, minyak kayu putih dua dari kanan yang tutup warna hijau dan batook, yang tutupnya warna merah...besar tulisan batook (tulisan merah), 5 dari kanan.
 
Minyak kayu putih jenama kangaroo ini saya terbeli masa jalan-jalan di farmasi. Masa tu perut tengah tak sedap, dah sapu minyak cap kapak pun tak ok. Lepas dah puas belek, entah macam mana boleh terpilih yang ini dan melekat sampai sekarang.

Baru kenal dengan Batook Ori. Saya terbaca di internet, kebetulan pula agen yang menjual tinggal berdekatan dengan rumah...apa lagi saya cuba! Best baunya. Rasa relax saja.

Apa lagi, cubalah sekarang :)

Ahad, 16 November 2014

Minyak Jenama Kangaroo Terbaik untuk Melegakan Angin




Ini antara yang terbaik dari kebanyakkan yang berada di pasaran. Kita akan jumpa beberapa packaging yang seakan ini tetapi carilah jenama Kangaroo ;)

Kenapa ia terbaik? Ia tidak berminyak. Berkesan untuk masalah angin dalam badan dan kembung perut. 

Panasnya tak kuat, sesuai untuk kanak-kanak dan bayi.

Selalunya jika saya pening sebab angin dalam badan, saya akan letak 3 penutup minyak ini di dalam besen dan dicampurkan dengan air suam, kemudian mandi. Lega rasanya. Sebelum tidur sapu pada perut dan belakang badan dan letak sedikit di hidung, nyenyak tidur sampai ke pagi :)

Apa lagi, cubalah minyak kayu putih ini. Mudah didapati dikebanyakkan farmasi.

Kisah di Sebuah Syarikat - Pakaian

Tidak menjadi masalah jika di sesebuah syarikat tersebut ada berbilang bangsa. Tetapi jika majoritinya melayu dan pemilik syarikat juga melayu.....pernah tak anda berdepan dengan isu pakaian anda? ;)

Tiada peraturan hitam putih yang menekankan cara berpakaian kita tetapi kita berdepan dengan masyarakat dalam pejabat yang meletakkan 'cara yang sepatutnya kita berpakaian' ;) Ya, walaupun tidak bertulis tetapi telah menjadi 'budaya' di syarikat itu.

Baju ketat, baju singkat, kain terbelah, tudung.....mmmm, antara yang boleh menjadikan anda subjek! Rakan saya yang tidak bertudung dan berkain belah pernah meluahkan rasa tidak selesa kepada saya dan memberitahu betapa lega rasanya apabila meninggalkan syarikat tersebut!

Kenapa ya? Kenapa perlu ada pandangan yang begitu, hanya kerana mereka tidak mengikut majoriti? Salahkah mereka?

Sayangkan...kemahiran kerja mereka mungkin terbaik dan amat diperlukan oleh syarikat tetapi sebab perkara yang macam ini, syarikat kehilangan seorang pekerja yang amat berkaliber. 

Hentikan budaya ini! Hentikan budaya mengganggu hanya kerana mereka tidak mengikut majoriti. Yang penting mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. 



Kisah di Sebuah Syarikat - Status

'Kau bila nak kahwin?'
Bila sembang dengan lelaki, ada rakan yang senyum-senyum dan mengusik.

Kalau sekali sekala tak menjadi masalah tetapi kalau dah selalu sangat, boleh naik bosan! Tahap naik bosan boleh buat naik angin atau nak menjawab! Bila dah menjawab ada yang kata 'biasa la tak kahwin, macam-macam angin ada!' Bila menjawab cara baik, ada pula yang bagi ceramah agama, karang keluarlah...sunah nabi dan sebagainya!

Secebis kisah ;) Pada waktu itu saya rasa masyarakat kurang hormat pada status orang lain. Tambah merimaskan hampir setiap hari itulah soalan yang diajukan. Mereka tak der kerja ke? Yang nak sibuk, apa hal! Aku tak ganggu mereka pun! Aku tak ganggu periuk nasi mereka dan aku juga tidak mengganggu keluarga mereka! Kenapa ganggu aku!

Yang aku hairan, aku bukannya sudah berusia 40 tahun. Pada waktu itu aku baru 30 tahun.

Lega rasa apabila dapat keluar dari kelompok orang yang macam itu. Tetapi di mana-mana pun ada cabarannya :) Kita hendak orang fikir macam kita tetapi orang mana nak sama.

Inilah kehidupan......hari-hari ada yang kita belajar. Tetapi kalau kita saja yang kena belajar dan bersabar sedangkan orang lain tidak, itu yang jadi bengang ;)

Terima orang lain seadanya. Dengan harapan orang lain menerima kita seadanya dan tidak memanjangkan isu peribadi (masuk kerja buat kerja bukan ambil tau hal orang) Jika mereka masih tak boleh....tadah tangan pada Tuhan moga kita dijauhi dari apa saja yang buat kita rasa tidak selesa. 


Sabtu, 15 November 2014

Kisah di Sebuah Pekan Kecil

Jodoh saya di sebuah pekan kecil itu tidak lama. Di pekan kecil itu saya berkenalan dengan sekumpulan penduduk yang punya cara yang lain dari saya.

Pada peringkat awal saya agak tidak selesa tetapi saya terima keadaan yang manusia tidak sama. Apa yang membuat saya tidak selesa ialah cara mereka yang suka menjaga tepi kain orang dan membawa mulut.

Saya ke sana membawa diri saya sendiri, kurang bergaul dengan orang ramai, buat hal sendiri, tidak terlibat dengan orang yang suka bercerita hal orang lain, bercakap bila perlu sahaja. Yang pasti saya murah senyuman. 

Kadang kala saya hairan, bagaimana saya tidak pernah bercerita apa-apa pun tetapi mereka sudah tahu. Mereka juga suka bertanya hal peribadi dan bercerita hal orang lain.

Baru-baru ini rakan saya telah ke pekan kecil itu. Rakan saya menyampaikan pada saya, kisah mereka masih sama iaitu menjaga tepi kain orang dan membawa mulut.

Saya cuba mendidik diri saya supaya tidak punya sebarang persepsi negatif terhadap mereka. Siapalah saya untuk menilai orang lain, diri sendiri pun banyak kelemahan. Saya anggap mereka prihatin terhadap rakan-rakan yang mereka kenali. Itulah budaya di pekan kecil itu.


Khamis, 13 November 2014

Misi Mencari Durian Crepe

Entah apa sebab, saya mengidam durian crepe! Puas saya bertanya rakan-rakan di mana boleh saya dapat durian crepe! Puas juga saya pusing satu pekan mencari.

Akhirnya saya temui :) Ini dia, di Plaza Shah Alam (tingkat bawah sekali).

Sebab dah teringin tahap tak menyempat, dekat situ juga saya makan! Bukan satu tapi habis satu peket.

Sedap ke? Agak kecewa kerana tak terasa manis durian. Tapi sebab teringin sangat-sangat, jalan saja :)

Di Hari Persandingan

Ini lagi 2 keping gambar yang dihantar oleh rakan saya. Kali ini semasa majlis. Entry sebelum ini Sehari Sebelum Persandingan

Walaupun hanya 2 keping gambar sahaja, dapat dibayangkan betapa meriah, mewahnya majlis ini.
Segala-galanya cantik :)


Apa Istimewanya Restoran Hj Hassan Ayam Kampung?

Saya mencari sebab kenapa restoran in menjadi kegemaran ramai. Saya sendiri pun tak pasti. Sebab setiap kali saya ke Bandar Baru Bangi, pasti saya singgah di restoran ini.

Menu saya tetap sama, ayam goreng dimakan dengan cicahnya...budu, tempoyak, limau nipis dan cili api. Sayur pula bayam, kalau terlewat bayam habis...saya makan saja dengan sayur ulam.


Pernah satu hari saya sampai agak lewat, iaitu dalam 3 petang, Lauk yang tinggal hanya ayam goreng, sayur kacang panjang goreng dan  pencicahnya...masih customer tak putus-putus. 

Saya simpulkan istimewanya restoran ini ialah konsepnya yang ringkas. Lauk pauk yang lain sama saja tetapi rata-rata yang datang akan menikmati ayam goreng, yang telah dibuang kulit dan digoreng kosong. 
 
Ini bab yang saya paling suka...mengaulkan tempoyak, budu, perah asam asam limau dan patahkan cili api ;)

Sebelum...




Selepas....
 


Asal saya makan mesti licin ;)


Taman Permainan Kucing - Indoor

Gantung sana, gantung sini, mesti boleh mengembirakan anak-anak bulus. Bestnya kalau ada cat boarding yang sebegini. 
Saya mencari ilham, jika satu hari nanti saya mampu....akan saya bina mahligai buat anak-anak bulus ku. 

#gambar carian di FB