Khamis, 29 Mei 2014

Wet vs Dry Food untuk si Kucing

Saya lebih gemar memberi yang dry, yang saya panggil sebagai biskut kucing ;-)
Kenapa? Sebab ia memudahkan saya dan menjimatkan kos :-)

Yang mana lebih baik? Saya sendiri pun tak pasti. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, jika saya beri wet food, najis kucing agak cair dan suhu badan mereka panas. Mungkin juga sebab saya jarang memberi wet food membuatkan kucing-kucing saya alah. 

Dan makanan jenis dry boleh menyebabkan kucing mengalami dehydration. Kena tengok-tengok semasa mereka kencing. Jika nampak diaorang ambil masa yang lama untuk kencing atau kencing cuma sedikit saja, sediakan picagari dan tembakkan air kosong dalam mulut mereka hari-hari.

Kucing pun macam-macam perangai, ada yang suka minum air ada yang tidak, jadi kenalpasti perwatakkan mereka. Yang memang jenis susah nak minum, memang kena sumbat air dalam mulut mereka. Selain itu, saya campur biskut kucing dengan Royal Canin (urinary) (ia juga dalam bentuk biskut). Royal Canin (urinary) ini dicadangkan oleh vet suatu masa dulu, semasa si Tam kesayangan saya mengalami kesukaran membuang air kecil. Selepas itu saya terus amalkan, sekurang-kurangnya setahun sekali makanan biasa mereka dicampurkan dengan Royal Canin (urinary).

Sabtu, 17 Mei 2014

Penyakit Pica Pada Kucing

Apa itu Pica? Saya mula kenal perkataan dan penyakit ini bila saya bawa Simba ke vet.

Simba si kurus yang panjang

Kucing saya si Simba ini jenis yang pantang tengok saya makan, mesti dia nak! Bukan nak makan sangat pun tapi pantang tengok! Selagi tak bagi pada dia selagi itu dia meow dan tak senang duduk. Dah bagi dia rasa, bukan selera dia, dia senyap, kalau dah selera dia, bukan dia makan banyak pun! Pernah satu ketika semasa saya makan tangan saya hampir sampai ke mulut, dia sambar  tangan saya! Bertuah punya anak bulus.

Si Simba ini juga suka makan benda yang bukan-bukan - mob saya habis separuh dikerjakan begitu juga dengan tali pengikat pada bantal peluk saya. Lepas makan dia muntah. Kekadang beg plastik pun dia sapu. Ada jenis-jenis plastik yang dia suka. Saya pastikan plastik jenis ini disimpan rapi. Sejadah yang keliling jenis bertali pun habis dikerjakan...hampir botak! Bila ada saja muntah dalam rumah, Simba suspek utama.  Disebabkan selera makan dia yang bukan-bukan, dia kerap dapat selsema, batuk dan badan agak kurus berbanding yang lain. 

Vet minta saya kuarantin Simba. Kata mereka lagi kalau tak boleh kurung, pantau makan minum dan benda-benda dalam rumah. Saya pula jenis biarkan kucing bebas dalam rumah, nak kurung tak sampai hati. Apa yang saya boleh buat hanya pastikan benda-benda yang dia suka makan di simpan di tempat tertutup. Setakat mana sangat saya boleh tutup? Laci dan  almari pun diaorang boleh buka! Nak kunci almari, karang terkunci kucing dalam almari! Saya pernah terkurung kucing dalam almari, nasib baik tak ada apa-apa! Bantal peluk, tak kan nak biar tanpa sarong? Kalau dah dipasangkan sarungnya, nak simpan di mana? Jadinya hampir kesemua bantal peluk di rumah saya tiada tali.


Untuk memastikan Simba sentiasa sihat dan tidak mudah jatuh sakit, saya beri multivitamin.

Personaliti si Simba pula jenis 'slow & steady' kadang-kadang buat saya risau! Dia sakit ke? Dah lah makan sikit. Pernah saya bawa dia ke vet disebabkan 'slow & steady' dia, confirmed Simba sihat. Ye lah, yang lain aktif, dia macam ni, sebab itu saya kena lebih peka. 

Inilah pica iaitu persistent and compulsive cravings to eat nonfood items.

Jumaat, 16 Mei 2014

Indahnya Makhluk yang Bernama Kucing

Mereka yang suka kucing akan mengalami getaran ini, yang memahami keindahan ini :-) Bagi yang tidak suka, ia boleh mendatangkan stress!
Boleh tersenyum sendiri dan hati kembang bila teringat kucing, apa lagi bila dapat memeluk mereka. 

Khamis, 15 Mei 2014

Ikan atau Ayam untuk Kucing?




Sejak dari kecil saya lihat mama bagi ikan rebus yang digaul dengan nasi untuk kucing. Makan pula 2 kali sehari. Dan sehingga ke hari ini itulah menu kucing-kucing di kampung kecuali hari Ahad. Hari Ahad ada menu istimewa, ikan mentah. Tapi bukan semua kucing makan ikan mentah, ikan rebus masih perlu disediakan.

Saya mula pelihara kucing kira-kira 10 tahun yang lepas. Ikutkan lebih awal nak ada kucing tapi rakan serumah tak suka, jadi terpaksalah mengalah. Sebab saya nak juga kucing, saya buat tak tahu, satu hari saya bawa balik anak kucing ke rumah. Nampak muka tak suka rakan serumah, lama kelamaan dia boleh terima.

Sebab bawa balik anak kucing tanpa ibu, saya beri susu. Bukan susu kucing tau, susu dutch lady kotak. Full cream lagi. Bila anak-anak kucing dah mula nak makan makanan keras, mulanya nak kasi nasi tapi sendiri pun jarang masak nasi di rumah apalagi untuk masak kasi kucing. Saya pun beli whiskas (biskut) dan tumbuk kasi hancur....almaklumlah anak kucing lagi. Itulah menu kucing saya, hanya dengan jenama yang mudah didapati di pasaraya (seperti Smartheart, Whiskas & Friskies) perisa ikan atau ayam.  

Saya akan gilirkan, habis perisa ayam beli ikan. Saya perhatikan kucing saya lebih gemar yang berperisa ayam. Masih lagi saya tak ambil serious akan hal ini, maksud saya mana lebih baik untuk kucing, ikan atau ayam. Teringat saya masa kucing saya jatuh sakit, vet kata 'kalau dia tak nak makan, rebus ayam dan bagi isi ayam dan kalau masih tak nak makan, suapkan air rebusan ayam kepada kucing'! Tak pulak vet kata rebus ikan. Maknanya ayam lagi baik dari ikan! Kalau diperhatikan yang dekat petshop banyak jenama yang based ayam.

Saya pernah terbaca di laman Facebook kawan, mereka menyediakan makanan kucing sendiri iaitu nasi, isi ayam (rebus) dan karot (rebus). Apa baiknya karot? Saya tanya pada adik di petshop yang selalu saya kunjungi. Dia kata, jangan bagi karot atau apa saja dari sayur nanti gigi cepat tanggal! Mmmm, masa pergi vet lupa pula nak tanya.

Baru-baru ini rakan saya memberitahu saya yang kucingnya sakit dan tak nak makan. Saya pakai cakap vet 'rebus ayam dan kasi makan isi dan air rebusannya sekali'. Rebus kosong saja, tak perlu dengan garam, bawang dan sebagainya, kucing nak makan bukan orang ;-) Saya masa mula-mula rebus ayam kasi kucing siap letak garam...sebab hati asyik berkata-kata 'apa sedapnya rebus kosong'. Adooii yang nak makan kucing, kita pulak yang lebih! Vet pun tak kata letak garam!

Mencuba Makanan Baru untuk Kucing

Saya cuba jenama Brit (indoor). Kenapa tukar? Sebab saya perhatikan anak-anak bulus kurang selera makan....mungkin mereka sudah jemu dengan Fit 32 (saya rasa!) Rupanya faktor cuaca yang panas juga mempengaruhi selera anak-anak bulus.


Ya, ya taukeh kedai promote yang ini (Brit - indoor), katanya tinggi Protein. Anak-anak bulus saya semuanya indoor, tak perlu tinggi karbo, kata taukeh kedai tu. Suka ke anak-anak bulus saya? Makan....diaorang makan tapi rasanya mereka lebih suka Fit 32.



Saya juga mencuba Matisse, sebab terbaca di Facebook kawan, selera benar ceritanya kucing dia makan. Anak-anak bulus saya ada yang suka ada yang tidak. Baunya kuat tetapi tak lah sekuat jenama Leonardo.

Sekarang, mana satu pilihan makanan untuk anak-anak bulus? Ini susunannya. Saya masih lagi dengan Royal Canin Fit32. Jika terdesak, ini pilihan saya (mengikut sususan).

1. Royal Canin (Fit 32)
2. Blackwood (adult)
3. Brit (indoor)
4. Matisse
5. Whiskas