Jumaat, 2 Januari 2015

Beli Makanan & Keperluan Kucing di Kedai D Haiwanku

Di sinilah saya selalu membeli keperluan kucing saya. Kedai ini terletak di seksyen 9, Shah Alam. Sudah beberapa tahun saya menjadi pelanggan tetap di kedai ini. 

D Haiwanku nama kedai ni.


Saya bukan jenis yang akan ronda 2 - 3 kedai untuk mencari keperluan kucing :) asal dapat harga yang berpatutan, dekat dengan rumah & ada yang tolong masukkan barang dalam kereta...saya on. 

Setiap bulan benda yang wajib hanya makanan kucing dan pasir untuk kencing berak kucing. Kalau datang angin nak belikan mainan, baru saya belek mainan di kedai ni. Tak rajin pun beli mainan :) sebab kucing saya suka main barang-barang saya. Kali terakhir saya beli mainan diaorang adalah pada tahun lepas. Beli petang, malamnya dah rosak :) Brutal kan kucing saya....macam mommynya jugak ;)

Sebab utama saya kekal membeli di kedai ini....mmmm, boleh mintak diaorang repack. Beli yang 10kg...diaorang boleh bungkus dalam plastik yang kecil. Rumah saya limited space, bila dapat repack ia memudahkan saya. Tak der charge extra pun untuk servis repack. 


D Haiwanku ini ada pelbagai jenama yang di repack. Kebanyakkannya dari jenama yang harga sederhana ke mahal.  Kalau nak beli yang besar, nanti tak rasi dengan kucing atau kucing tak suka, lebih baik cuba yang kedai repack dalam bungkusan 800gram ke 1kg ni. Saya pun kadang kala beli jugak yang macam ni, nak juga cuba jenama lain tapi nak buat macam mana, kucing saya tetap nak Royal Canin (Fit 32).

Macam-macam jenama ada, dalam pack sederhana dan besar. Boleh tanya adik-adik di kedai ini ya, mana yang baik, mana yang ramai beli dan sebagainya.



Sebahagian dari mainan yang ada. Ubat-ubat yang asas pun ada.

Sempat lagi membelek 'hot item' diaorang ;)

Nanti-nanti saya beli yang ni ya :) yang sedia ada dok elok lagi.


Di kedai D Haiwanku juga menyediakan khidmat boarding kucing. Jual kucing pun ada tapi secara kecilan saja.

D Haiwanku sudah mula menjual makanan anjing. Dulu tak der. Ini mesti ada permintaan. Jangan risau, diaorang tak terima boarding anjing :)

Singgah sini ya :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.