Ahad, 26 April 2015

GST - Sudah Redha?

Saya sudah tidak memikirkan mengenai GST walaupun masih ada sana sini berbunyi sehinggalah semalam bila saya perlu membayar lebih dari RM15 dalam satu resit untuk satu perkara! Bengang!!! Itu yang boleh saya katakan.

Selepas itu mulalah saya berkira-kira.....makan di restoran kena GST,  beli barang pun kena GST, perkhidmatan pun ada charge GST.  Berapa banyak saya kena bayar dalam sehari, seminggu, sebulan, setahun? 

Apa pilihan yang kita ada sekarang? Sabar. This is life.....ku pujuk hati.





Sabtu, 25 April 2015

Puti Piring yang Sedap di Mana?

Ini antara kegemaran saya. Dalam banyak-banyak tempat, rasanya yang di Pasar Malam, Seksyen 6 Shah Alam yang saya suka! Pasar Malam tu pada setiap hari Selasa & Jumaat. Ada lagi ke si kakak dan anaknya berniaga di situ? Di mana lagi yang sedap?



Jumaat, 24 April 2015

Katakan Tidak Pada Negatif Tetapi....

Fikir positif. Kita diajar untuk menjadi seorang yang positif. 

Kalau nak maju & berjaya, buang jauh-jauh minda & sikap  negatif. Fokus pada objektif atau impian. Apa saja halangan pasti berjaya di atasi jika kita sentiasa positif. Jalan keluar pasti ada bagi mereka yang sentiasa positif. Itu yang diajar tak kiralah dari speaker motivasi atau buku yang dikarang oleh penulis tempatan atau luar. Bagi yang Islam, memetik sebaris dua ayat al-Quran sudah menjadi kebiasaan.

Adakah kesannya positif? Apa yang cuba saya bangkitkan? 
 
Busuknya dalam minda positif & fikir positif ini, lahirnya golongan yang berfikiran positif dan bijak dalam berkata-kata yang menjurus kepada menjadi seorang penipu dalam perniagaan. Yang maka gaji pula bermain kata-kata untuk merealisasikan impian kerjaya masing-masing atas dasar memenuhi maltamat syarikat. 

'Berkata benar walaupun pahit', 'sampaikan dariku walaupun sebaris ayat'. Kadang-kadang ada yang menafikan 'berkata benar' ini atas dasar fikir positif dan mengunakan 'sebaris ayat' Al-Quran untuk menghalalkan perbuatan yang tidak beretika itu.

 

Khamis, 23 April 2015

Apabila Hujan Turun....


Malam ini malam Jumaat & hujan turun dengan lebat sekali. Nyamannya udara. Syukur.

Teringat semasa kecil, apabila hujan turun pada malam / hari Jumaat kami akan tadah air hujan dan minum. Kata orang tua-tua, air hujan hari Jumaat baik di minum. Sekarang saya tak buat lagi.

Amalan yang dilakukan sekarang ketika hujan ialah perbanyakkan berdoa supaya Allah memberi rezeki sebanyak mana titisan air yang mencurah ke bumi dan bacalah surah Al-Kauthar (Nikmat yang Banyak).







Biar Orang Tak Nampak

Janji Allah nampak kita.
Mana yang kita mahu? Kedua-duanya? Sekiranya mustahil untuk kedua-keduakan, mana satu yang kita akan korbankan? 
Pilihlah yang abadi. 

Rabu, 22 April 2015

Dunia Memang Sudah di Akhir Zaman

Mengapa masih alpa?
Peringatan untuk diri sendiri. Perbanyakkanlah ibadat.

Petua Hari Ini - Minum Air Kosong


Sebaiknya air suam.

Berapa banyak air kosong yang perlu kita minum dalam sehari? Ada yang kata 2 ke 3 liter. Ada yang kata ikut berat badan kita, setiap 20kg 1 liter air kosong sehari. Mak ooiiii, yang 100kg, 5 liter? Boleh ke nak minum air kosong sebanyak itu dalam sehari? 

Apa pun, yang selalu kita denganr 8 gelas air kosong sehari.

Antara Cheese & Keju

Sebab saya bukan yang suka selfie, saya tak faham kenapa kena buat mulut 'duck' atau muncung bila bergambar!
Ikut trend? Suka hati kau la labu.

Apabila Kanak-Kanak Bermain Dengan Anak Kucing

Lebih dari 3 minit anak rakan saya bermain dengan si anak kucing ini. Di letaknya dalam bakul depan basikal dan kayuh dalam bulatan.  Diam saja anak kucing ini. Tak der pun nak keluar. Mmmm, jenis yang suka pada budak atau sebab si anak kucing ini takut. Kucing ini pula bukan kucing rakan saya :) Suka kot pada budak....rakan sebaya katakan. Yang di rumah, baik kucing atau orang, tua-tua belaka....apa barang orang / kucing tua, ye tak!



Selasa, 21 April 2015

Kedai Kopi Liwat?

Kerosakkan bahasa ada di mana-mana saja. Ada sapa pantau?
Ataupun kedai kopi ini menjual kopi yang diberi nama liwat? Atau lepas minum kopi di sini terus nak meliwat? Hahaha....
Bersangka baik :) Mungkin nama diberi sebagai tarikan...strategi pemasaran :) Dengar liwat semua nak tau apa, nak try minum okay, bukan nak try meliwat!

Taman Untuk Si Anak Bulus

Puas dah berangan nak buat taman untuk anak-anak bulusku. Nak buat indoor yang boleh access outdoor dan sebaliknya. Dia punya angan sampai nak buat ala-ala Disneyland :) Besar punya impian.

Apa pun, saya hidangkan gambar di bawah. Photo dari rakan alam maya. Kumpul gambar-gambar di blog, mana tahu satu hari nanti bila dah jadi kenyataan boleh rujuk sini ;)






Isnin, 20 April 2015

Ada Hari Nampak Tua Ke?

Ye ke? Semua ke nampak tua hari tuh? Yang bujang yang dah kahwin pun sama ke? Bagaimana pula yang dah beranak? Yang pergi kerja asyik bergossip, tak buat kerja pun nampak tua juga ke? Stress ke yang pi kerja, goyang kaki? Mmmm....saya dapat ini saja, agaknya ada helaian lain yang menerangkan dengan lebih mendalam.

Kena Bagi Subsidi!




Saya tiada gambar kucing kakak saya. Jadi saya letak gambar di atas ;)
Kakak saya ada seekor kucing, beli lagi, bulu kembang hidung penget, nama Felix. 
Selepas beberapa tahun memelihara Felix, kakak saya nak bagi Felix pada saya atau mama. Alasan, dia sibuk dengan kerja. Saya tiada masalah nak jaga Felix tapi sendiri mau ingat la kucing saya garang :) ambil masa untuk kucing saya boleh menerima si Felix ni. 

Saya pun cerita pada mama. Mama on nak ambil. Selepas beberapa hari si Felix balik kampung, mama kata....rasanya Felix lebih happy tinggal di kampung dari tinggal dengan kakak saya ;) Cerita mama lagi, nasib baik kita ni dok di Malaysia, kalau US...kakak saya boleh kena charge! Apa? Sebab tak jaga kucing dengan baik! Kenapa? Masa kakak saya bawa balik kucingnya, Felix penuh dengan kudis! OMG....macam mana dia jaga Felix! Kucing dia sekor saja.

Minggu lepas mama call, Felix berak cair....alah makanan. Kena pulak beli makanan lain untuk Felix. Vet recommend jenama Iaims. Tadi sembang lagi, utk dua minggu ni lebih RM200 habis untuk Felix saja! Saya bagitau mama....mintak la subsidi dari tuan asal kucing. Mama senyap saja. Tak per, kalau mama berat nak bagitau, nanti saya yang bagi tau ;)

Lepas Mandikan Kucing, Jemur?

Nampak tak? Ini saya dapat dari FB.
Perlu ke nak jemur kucing selepas dimandikan?
Oppps amat jarang saya mandikan kucing. Sekiranya saya mandikan, saya lapkan dan biar kucing dalam sangkar untuk beberapa jam saja. Tak jemur di luar atau tengah panas, dalam rumah saja. 

Bila terbaca seperti dalam gambar tu, teringat saya masa saya kerja dulu. 

Di ofis ada tikus! Tiap pagi sampai ofis saya kena lap meja dulu....kesan tapak kaki tikus jelas kelihatan atas meja. Sampai bila nak menglap meja? Satu hari tu, saya pasang perangkap...bukan yang kasi mati, perangkap yang tangkap hidup-hidup. Berjaya tangkap sekor! Sebab geli, saya letak luar pejabat. Sibuk dengan kerja, tengahari masa lunch ingat nak ubah sangkar tuh...tengok-tengok tikus dah mati! Lupa pulak, tikus tak boleh kena panas. 

Apa pun tikus bukan binatang peliharaan. Memang patut kasi mati! 



Ahad, 19 April 2015

Beringat Sebelum Terlambat

Kadang-kadang terlupa atau selalu terlupa? Semoga kita rasa takut untuk melakukan kejahatan di atas muka bumi ini.

Kita hanya musafir di atas muka bumi ini. Di sanalah yang kekal. Perbanyakkan ibadat untuk kehidupan yang kekal kelak.

Diet Saya Ke Laut

Diet saya selalu ke laut. Apa nak buat....memang suka makan.

Beribu Cinta....Sayang



Saya belek-belek handphone saya, banyaknya gambar anak-anak bulus saya! Dalam setahun, lebih dari 1000 saya snap.

Cari gambar saya, mmm...ada la beberapa saja :) 

Saya adalah saya, kurang suka bergambar. Musim orang sibuk berselfie, saya? Suka hati korang la, saya belum ke arah itu.

Sebanyak mana gambar, sedalam itulah cinta sayang saya kepada anak-anak bulus ini. Love, love & love....yesterday, today, tomorrow & always.


Jumaat, 17 April 2015

Main Tampar-Tampar Ye?

Main tampar-tampar ye? Tampar-tampar ke gaduh berebut tempat lepak? Apa pun, kain baju saya juga yang jadi mangsa. Banyak-banyak tempat, dalam almari jugak meow pilih!

Kenangan Lalu - Ayam Goreng McDota

McDota :) Inilah outlet Ayam Goreng yang ada di kampung saya suatu masa dahulu. Pada masa itu KFC & McD tiada di tempat saya lagi. Tak pasti sama ada sudah ada di Malaysia atau tidak.

Apa yang dihidangkan? Ayam Goreng. Kalau nak dibandingkan dengan bermacam-macam fastfood sekarang ini, McDota ini lebih mirip kepada KFC.

Wujud lagi ke sekarang? Tak. Dah lama pupus. 

Teringat saya pada zaman persekolahan, seronoknya dapat makan di McDota ni. Pada masa itu kira mewahlah dapat makan di sini. Selalunya ibubapa saya akan belanja makan di sini pada akhir tahun  atau pada masa kami adik beradik dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Ada Ke Pemimpin Yang Macam Ni?

Ada ke sekarang ini pemimpin yang macam sahabat-sahabat Nabi kita SAW? Jauhnya. Kalau ada tunjukkan siapa. Kalau tiada doakan moga datang pemimpin yang seperti ini.

Buat Duit Dengan Handphone?



WHAFF Rewards!
Satu aplikasi di playstore yang bayar kita duit bila kita install apa-apa saja ke WHAFF Reward. Install di playstore, free kan? WHAFF Rewards pula bukan saja install free malah kita dapat bayaran. Sistem berjalan seperti di bawah ini. 

1. Install game atau appls (dapat duit)
2. Open game / apps (dapat duit)
3. Play / view game atau apps (dapat duit)
4. Simpan game atau apps (dapat duit)
5. Invite kawan (dapat duit)

Bayaran dalam UDS. Kumpul paling sikit USD10.50 untuk payout.

Cara Daftar

1. Install 'WHAFF Rewards' di playstore
2. Login Facebook (sebelah kanan atas)
3. Selesai login terus dapat permintaan code, masukkan BA75011. Hafal code, tak boleh back dan tak boleh skip, pendaftaran automatik gagal dan duit terkumpul tak dapat di cash kan.

Code BA75011. Ini syarat pendaftaran dan kita semua sama-sama akan dapat income permulaan. Walaupun sen sen, bila terkumpul, banyak kan.

Ikut step by step ya. Selamat mencuba, selamat kumpul duit ;)

Rabu, 15 April 2015

Masa Menilai Rakan

Nama saja manusia, mesti pernah melalui saat gembira, sedih, jatuh, bangun. Apa yang kita belajar pada setiap episod yang kita lalui? Erti persahabatan. Yang ada masa kita gembira belum tentu rakan kita semasa kita bersedih. Yang amat kita benci masa kita senang, mungkin inilah orang yang bersama kita semasa kita susah. Sebaik-baiknya usah terlalu menyukai atau membenci sesiapa pun dalam hidup kita. Anggaplah mereka hadir untuk mengajar kita erti kehidupan.

Hakikat Pandangan Mata

Benar amat benar. Pandang, jangan cari keburukan, carilah kebaikan. Kadang kala perlu melihat kekurangan untuk memperbaiki diri sendiri, untuk dijadikan ikhtibar, untuk menginsafi diri, untuk mensyukuri nikmatNya.


Dan Spider Pun Menyanyi Nyanyi


Dia ni kan, suka menyanyi. Macam mana Spider menyanyi? Dia meow meow meow ;) Itu nyanyi ke? Ye lah! Spider suka menyanyi di dapur. Dengar la suara dia dok meow meow.  Kalau saya tengok dia, lain pulak suara dia. Rakan saya bagitau, masa saya baru keluar dari rumah, Spider akan duduk depan pintu rumah dan meow meow. Begitu juga ketika ketiadaan saya di rumah, meow meow dia. Bezanya, depan saya suara manja, belakang saya...besar suara dia.
 

Serba Serbi Comel, Iya Ke?

Comelkan Snowy saya ni. Geramkan tengok. Dengan debabnya, dengan nakalnya, dengan cerdiknya, dengan bisingnya....semua ada!

 
Yang atas cadar tu pun comel kan? Geramnya! Sebab lambat cuci tandas, saya dapat hadiah! Photo di atas tu, lepas dia buat hal. Macam tak bersalah saja muka dia!




Kraf La Sangat!

Saya memikirkan arah tuju saya? Sekadar hobi atau sumber pendapatan? Kenapa saya tanya diri saya? Asal saya buat, saya nampak cantik saya pakai. Yang kurang cantik saya buka dan buat lain!

Saya belek perhiasan lama saya, rasa macam nak let go. Ada yang kata cantik, saya simpan. Nak buka untuk dibuat yang lain, sayang pulak. Simpan & simpan, tak pakai pakai. 

Apa pun, dalam menyiapkan perhiasan ini dan kemudiannya dibuka kembali, banyak yang saya belajar. Satunya tentang tali pengikat ini, kena simpan di tempat terbuka, simpan di tempat tertutup cepat mereput.

Saya agak old fashion, suka yang ringkas. Fancy fancy tak minat. Dan saya akui, membuat perhiasan ini saya release. Tenang rasa jiwa. Hilang rasa letih dan penat seharian. Ya, ia sekadar hobi saya. Belum lagi ke arah business. Kalau betul saya fokus untuk business, tak tidur malam, mesti ada target...marketing kaw kaw. 

Saya dan anak-anak bulus memang tak dapat dipisahkan :) Selalu meneman saya ;) Kacau lebih. Diaorang pun berkraf jugak!


Selasa, 14 April 2015

Ledakan Cencaluk, Mat Cencaluk Buat Apa?

Sudah lama sebotol cencaluk ini tersengih di dapur. Simpan saja di dalam peti sejuk. Beli makannya tidak.

Bila teringin nak makan, ada pula peristiwa terjadi yang menutup terus selera nak makan cencaluk. 

Semasa saya hendak membuka penutup botol cencaluk, bagaikan letupan tersembur keluar isinya sehingga ke siling. Semerbak bau di dapur. Sana sini tompokan cencaluk memenuhi dapur & melekat pada saya. Satu dapur kena mengelap.

Kenapa jadi macam ni? Adalah kerana cencaluk itu terlalu lama? Mungkinkah terlalu lama di dalam peti sejuk. Sebelum buka penutupnya, saya letak dulu di luar peti sejuk.

Apa pun sebabnya, buat masa ini, no to cencaluk.





Mat Cencaluk mana?


Ini dia kucing saya si Simba. Saya gelar dia Mat Cencaluk. Sebab apa Simba dapat gelaran ni? Sebab masa mula-mula saya bawa balik sebotol cencaluk ke rumah, tak sampai seminit si Simba bawak lari beg plastik yang berisi botol cencaluk ini ke ruang tamu. Botolnya pecah dan semerbak bau di rumah.

Ingatkan bila berlaku ledakan cencaluk si Simba ni nak tolong jilat yang bertompok sana sini, kurang kerja saya nak mengemas....mmmm, dia ambik bau saja lepas tu blah!! Ciss, memang tak boleh harap.

Roti Putih Banggali, Kenangan Zaman Sekolah





Inilah lebih kurang rupanya roti putih yang menjadi bekal makanan saya semasa di sekolah rendah dulu. 

Pada setiap malam kecuali malam Sabtu & Ahad, encik Bai menaiki basikal akan menghantar roti ini ke rumah kami. Roti ini akan diselitkan di antara grill & pintu rumah. 40 sen untuk sebuku roti yang Abah akan bayar pada hujung bulan. Memasuki darjah 5, harga roti ini naik 10 sen.

Saya makan roti hampir setiap pagi. Saya jeling rakan-rakan saya yang dibekalkan kuih muih, meehoo goreng, nasi goreng & nasi lemak. Amat jarang sekali saya akal dibekalkan makanan sebegitu. Hari-hari roti yang disapu butter. 

Tak pernah saya mengeluh atau meminta dibekalkan yang lain apa lagi bertanya kenapa hari-hari roti. Bila Mama buat nasi lemak, saya happy sebab saya tahu saya akan dapat bawa bekal yang lain pada hari itu.


Gaji oh Gaji, Persepsi Orang Yang Sukar Diubah!

Biar gambar berkata-kata. Saya mengharapkan yang my relatives think adalah yang saya punya :) Mudah-mudahan benar.

Masa Tak Sama Rasa Pun Lain

Ada satu hari tu saya sarapan awal, seawal pukul 4.30 pagi. Tak banyak makanan lagi di kedai tersebut.  Pusing-pusing tengok hidangan, akhirnya saya ambil 1 kuih kasui. 

Sedapnya kuih kasui ni. Saya ambil lagi sebiji. Best ever lah. Sampai balik rumah pun terasa kenikmatannya. Dalam hati dok kata, esok nak pi lagi.

Seminggu kemudian, dalam pukul 10 pagi dapat singgah di kedai tu. Saya beli 4 biji. Makan sebiji......apasal rasa tak sama macam hari tuh? Potong stim la.

Mungkin sebab dah lama! Sebab seawal pukul 4.30 pagi dah ada, ini dah 10 pagi, lain pulak rasanya. Hilang dah rasa nak makan kuih ini di kedai tersebut melainkan di awal pagi.

Aiskrim Buatku Tersenyum



Tak sangka ada yang masih buat aiskrim ini :) Ketika singgah di rumah rakan, saya lihat anak rakan saya sedang menikmati ini. Laju saja mulut cakap 'nak'! Bukan setakat 'nak' dan makan di rumahnya, siap mintak tapau bawak balik :)

Seingat saya kali terakhir saya menikmati ini semasa saya di alam persekolahan. Lamanya! Kenangan mengusik jiwa :) Buat diri ini tersenyum sendiri.
 

Power Gila Herba Ni!

Apa ke herba yang boleh cegah gila? Bahasa? Lama tak dengar perkataan 'otak tak center'! Kalau betul boleh cegah yang tertulis tuh, power giler herba ni!

Pantun Sindiran Buat Pemimpin

Saya jumpa ini di Facebook. Menarik & benar.
Agar semua tidak lupa diri.



Isnin, 13 April 2015

GST - Oklah, Saya Ke Bulan

Nak buat macam mana, saya tinggal di bulan saja lah!



Tak pasti, nak gelak atau nak terkejut! Sebab bijak sangat bunyi!!

Besar Tanggungjawab Rakyat - Hidup Kena Sara Pemimpin!


Masa tidak kena! Masa inilah GST, masa inilah gaji pemimpin naik! Melodi yang tidak seirama, GST hanya untuk golongan atasan? Pada masa yang sama minta rakyat berjimat!

Renung-renunglah sejarah. Sejarah tak menipu, cuma diputarbelitkan. Sejarah akan berulang. Kejatuhan sesebuah empayar / negara / kepimpinan adalah disebabkan pemimpin / ketua yang tidak cekap. Mereka leka / lalai dengan status / harta. Dihimpit pula dengan kaki ampu, di kiri kanan yang berbuat baik dengan niat untuk jaga kedudukan, mahu projek, mahu harta. 

Rakyat hanya mampu berdoa.