Rabu, 27 Februari 2013

Saya Boleh

Syabas? 1km hanya sebiji epal merah! Saya yang makan macam-macam nih berapa km perlu sehari? Kena kerja keras! Ada yg kata, no pain no game! Semangat kena kuat! Saya Boleh! I want my 56kg back and I can do it!


Selasa, 26 Februari 2013

Mencari Tempat

Masa untuk tidur, bukan untuk meowmeowku tetapi diri ini. Selalunya, ini yang terjadi, anak-anak bulus menguasai katil ku, maka diri ini di tempat paling tepi.


Muak & Mengidam

Suatu ketika dulu pengidam ini. Siap simpan stok di rumah. Sekarang muak tahap tak terkata.Bila dah tak boleh masuk lagi, saya beralih ke Solero.



Sekarang ni saya nak yang ini. Mana nak cari ? Tak tau kat mana ada, dah lah saya ni bukan kaki merayap...lagi lah tak jumpa. Kali terakhir menikmati airkrim ini semasa saya di Hong Kong.

Isnin, 25 Februari 2013

Mamai tapi belum Lalok

Ada pening, ada letih, ada blurr....semua kerana ini.


Ini komputer saya...opps!!! Fokus baik-baik...yang kecik kat tengah, gambar kitten :-)

Kita fokus dekat sikit....nampak tak jam pukul berapa? 4am! Saya masih di ofis :-(

Jam 4am dah selesai tapi sebab takut nak keluar dari pejabat saya lepak sampai 5am. Ye lah...nak keluar pejabat gelap, nak ke lif lagi...ayoyo..takut. Lagipun kena fikirkan keselamatan semasa memandu pulang waktu macam ini.......sebenarnya lebih kepada takut nak keluar dari pejabat!

Sementara nak tunggu pukul 5am, sempat pulak snap photo-photo yang cantik nih, hehe ;-)

Belakang tempat duduk ada photo kucing kesayangan saya (yang telah pergi), my Luv Tam. Nih dia....

Sebelah kanan tangan saya, ada sudut makanan ringan ;-) mmmm ada sesetengahnya dah lebih setahun, tak buang-buang lagi ;-)

Masih lagi di sudut sebelah kanan, ada tupperware. Dah nama penggemar tupperware, bekas air pun tupperware...yang mug tuh pemberian rakan, ada gambar kucing :-) member pun tau saya suka kucing :-)

Kita tinjau lagi. Yang nampak macam semak tuh...buah tangan dari rakan-rakan yang pi melancong dan ada gak yang makan kenduri punya!

Hah, ni pulak...ada lotion, minyak gamat dan bekas paling depan tu ada bedak! Standard, minyak gamat jadi buah tangan mesti dari Langkawi. Bedak tu pun pemberian rakan. Lotion tu saya punya ;-) Yang avon tu dah 6 tahun.....hahaha, dah 6 tahun tak habis-habis! Bodyshop lotion tuh baru lagi dalam setahun dua!

Jam 5 pagi saya angkat kaki meninggalkan pejabat. Sepanjang di pejabat saya tak rasa mengantuk pun. Sampai di rumah, ingat nak baring sekejap jer, ambik ko pukul 9.15 baru terjaga! Ada pening sikit & baru terasa penat. Pening ke, penat ke, kena juga mengemas rumah! Lepas tuh, keluar sekejap sebab ada appointment dan pi servis kereta. Malam, jam 9 dah pengsan semasa menonton TV, pengsan pun depan TV! Ada beberapa kali tersedar...sambung tidur lagi dan pada hari ini, saya bangun pukul 9.30am :-)

Lemah badan lain macam bila rutin berubah....sekali sekali ok tapi kalau selalu boleh lalok.

Jumaat, 22 Februari 2013

Presenting My Love

This is my love....Spider, Simba, Snowy & Suri. I love them with all my heart. Jiwang pulak! Suatu terapi minda bila bersama meowmeow. I'm happy to have them. They always lepak near to me. Nih mana lagi kalau bukan atas katil ku. Itu belum lagi yang seakan kiss me gudnite and morning setiap kali saya masuk tidur dan bangun tidur di pagi hari.

Apa baka sekali pun saya tak kisah. Saya lebih suka kucing kampung. Senang nak jaga. Again love them...muaahh! Opps...I missed my Shiloh & Yellow (Yellow beranak 5 ekor, previous entry ada cerita Yellow & Shiloh), meowmeow ku yang terpaksa dihantar pulang ke kampung :'-(

Teringat lagi, masa Yellow beranak, saya siap search di internet nak cari nama untuk meowmeowku....tu yang semua mula dengan 'S'.

Khamis, 21 Februari 2013

Budaya Mana Pijak-Pijak?

Saya tak memyebelahi mana-mana pihak tapi kalau tak suka tak perlulah buat macam gambar di bawah ni!


Suka atau tak suka bukan cara ini untuk luahkan perasaan. Banyak lagi cara lain yang boleh dibuat. Kita hidup dalam dunia yang bertamadun. Kalau dah geram jugak, nak pijak jugak tak payah lah ambil gambar. Ingat, cara kita menggambarkan siapa kita!

Sukar untuk bergerak ke negara maju jika ramai yang macam nih.

Baru-baru ini, syarikat tempat saya bekerja dapat new boss. Beliau berkhidmat di luar negara selama 20 tahun, di sebuah negara maju. Saya amat kagumi cara beliau, really down to earth! Cukup hormat orang. Bahasa cukup sopan.

Konsep hidup saya begini....suatu itu tak berlaku kerana belum masanya lagi! Ingat tiada manusia yang boleh menandingi kuasa Tuhan!

Rabu, 20 Februari 2013

Kerana Saya Suka Makan :-(



Hari tu dah kata tak nak ambil nasi untuk dinner tapi saya buat juga! Tak tahan loh, saya lapar! Ini saya pekena di Sri Hainan Kopitiam, nasi goreng cina. 

Saya nak diet, saya suka makan, saya jarang senaman! Macam mana nih?
Impian saya seperti di bawah ini.




Selamat Malam dari ....

Mereka bersiap sedia untuk tidur. Gudnite from my meowmeow ;-)


Layan Makanan Pak Arab Lagi

Tengahari tadi ke Restoran Al Rawsha, klik sini Bangunannya macam castle. 
Selalu dengar dari rakan-rakan akan keenakkan makanan di sini dan kali pertama saya mencuba.

Ini yang saya makan ;-) Saya ambil Mandy Ayam dan rakan saya mandy kambing. Portion nya besar.

 

Ini set nya.

Sebab portion nya besar, kitaorang makan tak habis! Tengok nih. Dah cuba nak habiskan tapi dah tak boleh masuk.


Pembuka selera adalah sambalnya (saya tak tau nak panggil apa, ia dibuat dari buah tomato, bawang, cili dan mungkin ada herbs! agaknya ini bahan-bahannya sebab itu yang saya rasa). Tengok ni licin :-) Tak der yang ni banyak nasi dan ayam yang tak habis.

Diaorang ada bagi yogurt. Saya makan dua sudu jer sebab perut dah penuh!

Air pula, saya ambil ice lemon tea. Tak habis jugak sebab saya rasa pahit! Entah la, rasa macam teh nya ke atau lemon yang terlebih. Kekadang rasa macam diaorang ada letak herbs! Tak sampai suku saya minum.

Menu di atas semuanya tak sampai RM60. No tax ya!
Kalau sampai lagi di sini, saya nak cuba jus mangga. Saya perhatikan ramai yang order air nih.

Selasa, 19 Februari 2013

Ini yang Terjadi

Ada kejadian yang tak diingini berlaku minggu sudah, hari Rabu Nak marah...tak, panik pun tak tapi hairan!


Teksi ni langgar bontot kereta ku. Yang buat saya blur tuh, kenapa? Bukannya saya brek mengejut! Kejadian di lampu isyarat. Kejadian bukan juga disebabkan lampu isyarat bertukar! Ini yang dikatakan nak jadi. Tapi syukur, kereta saya sikit jer cedera. Sikit-sikit pun, saya tetap claim insuran teksi tuh. Ye lah, nak baiki dekat RM500 juga. Nak settle luar, memang teksi tuh tak der cash.....katanya!

Kejadian berlaku di sini. Kena ambil gambar, nanti lupa pula kat jalan mana kejadian....report polis, nak kena cerita semua nih!



Tapi pemandu teksi ni kira baiklah. Tengok ni, siap bagi saya snap gambar lesen dia.


Pada hari kejadian, ingat nak balik rumah awal. Tapi lambat jugak. Yelah, nak kena buat report polis, kereta hantar ke bengkel. Member-member ofis kata macam nih 'selalu balik lewat, nih balik awal, dah accident!

Tadi saya pi ambil kereta. Lega! Susah ooo tak der kereta! Lega...lega...lega.

Isnin, 18 Februari 2013

Kucing dan Coklat

Semalam balik dari tugasan di luar, saya jumpa ini di pintu masuk rumah.

Kita pusing.
Coklat yang saya keluarkan dari peti sejuk dan tinggalkan di dapur. Tak sangka meowmoew berminat. Saya keluar rumah bukannya lama pun. 

Makanan diaorang tak der ke?

Mai tengok.
Ada pun! Tapi dah perangai meowmeow yang suka makan di bekas kuning saja. Kekadang terfikir, mungkin sebab ibu kandung meowmeow saya (saya ibu angkat) nama 'yellow', tuh yang makan di bekas tuh saja.

Satu lagi, mai tengok. Banyak coklat ni. 
Promosi sampai hujung bulan ini di Shell, 2 untuk RM4 sahaja. Saya borong banyak. Saya memang suka coklat ini.

Ahad, 17 Februari 2013

Menu Pilihan di Secret Recipe

Ini yang saya selalu cari di Secret Recipe, kek Tiramisu & Curry Puff.



Rakan saya pula pilih Kek Durian ni dan Popiah.


Pizza Pak Arab

Pertama kali makan pizza Pak Arab terus jatuh cinta :-) Sebab tak muak walaupun dah sejuk. Jenis roti arab yang diletak keju, sos dan pepperoni. Tapi yang buat tak puas hati, yang hangit pun nak dihidang. Lagi satu tak best, sikit jer Pepperoni nya :-( 


Saya mula nak buat perbandingan dulu dan sekarang....sebab dolu masa saya makan tak lah dihidangkan yang hangit, pepperoni nya pun banyak! Bila saya tegur, dia kata dia bagi diskaun. Bukan diskaun yang saya nak tapi yang sedap mata memandang. Tapi hangit-hangit pun habis ;-)

Saya makan  di Restoran Tajine di Kuala Lumpur, terletak di Jalan Tun Razak berdekatan dengan Indonesia Embassy. Bukan pizza saja yang saya makan tapi yang ini juga.


Alang-alang ke restoran makanan arab, mestilah pekena Nasi Mandi Kambing. Selalunya saya ambil ayam, kali ini teringin lak kambing :-) Yang syoknya makan di restoran Pak Arab ni, nasi dia sebijik-sebijik dan masakannya tak berminyak!

Sabtu, 16 Februari 2013

Tiba-Tiba Sebak

Tetiba saya teringatkan myLuv Tam :'-(
Sebak di dada.
Semuanya kerana kucing hitam ini (klik)
Dah tengok? Macam myLuv Tam.
Sorang rakan saya ada kucing hitam yang sebijik muka myLuv Tam. Dah banyak kali tengok photo kucing hitam dia tapi dia tak pernah tunjuk pada saya muka kucing hitam dia. Semua photo dari sisi atau belakang. Satu hari saya ternampak di handphone dia! Rakan saya kata, dia tau kucing hitam dia macam myLuv Tam tapi dia tak nak bagitau saya sebab tak nak saya sedih. Mana mungkin saya lupa myLuv Tam! Nama saja kucing, ekor panjang, warna hitam akan buat saya teringat myLuv Tam. Tengok harimau yang hitam tu pun saya nampak myLuv Tam.

Scarlett Kucing Terhebat

Terharu membaca kisah ini. Saya ambil dari FB Page 'Kami Pencinta Kucing'.


Scarlett seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan.
 
Berbulu Calico, dan pernah menjadi tajuk utama di seluruh dunia dalam insiden mengeluarkan lima anak-anaknya untuk diselamatkan daripada api kebakaran ditempat tinggalnya.

Berbalik pada kejadian itu, Scarlett tinggal didalam garaj di Brooklyn bersama-sama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga yang tinggal kerana keluar bekerja. Setelah dipadamkan api, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah hangus.

Keadaannya yang hangus teruk, telinga ia terbakar, dia menyusun anak-anaknya agar selamat walaupun keadaan dirinya dengan matanya melecur serta teruk dan telah melekat dengan hidungnya, dan setelah kelima-lima anaknya selamat ia rebah dan pengsan.
 
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, kucing itu setelah sihat dan tinggal parut dimuka dan badannya, diambil semula oleh tuannya dan bersyukur atas keselamatan mereka.
 
Kini Scarlett telah tiada lagi kerana kejadian itu berlaku pada tahun 1996.

p/s: Kamu contoh ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunan kamu pastinya berbangga dengan pengorbanan yang di LAKUKAN. Manusia yang Buang dan bunuh anak perlu malu dengan kamu! Kerana kamu hanya seekor Haiwan yang berhati Manusia sedangkan Manusia sekarang ramai yang berperangai seperti syaitan, cuba lihat betul2 gambar nie..walaupun dalam kesakitan ia masih mahu menyusukan anak2…ya allah mulianya hati mu wahai kucing..


-- copypaste Malaysia ria --

Khamis, 14 Februari 2013

Hari Memperingati Kekasih


Sesungguhnya saya tidak pernah kisah apa pun status hari tersebut kerana saya tidak menunggunya. Pernah 'happy-happy' sekali dua zaman belajar dulu, itu pun hanya menghargai sahabat yang rapat dengan saya dengan memberi hadiah! Apa pun sejarah hari tersebut, walaupun mungkin saya tahu, bukan saya hendak meletakkan hukum, biarlah mereka yang arif menentukan. Bagi saya tiada yang istimewa hari tersebut.


Banyak melihat yang di atas di Facebook rakan-rakan, saya no komen! Tak komen dari segi, benarkah ini dikeluarkan oleh pihak tersebut atau kenapa diharamkan! Saya bukan menpersoalkan ketulinan benda ini atau mempertikaikan kenapa ia diharamkan tetapi bagi saya ia tak menjadi isu. Bukan tidak mahu menyatakan pendirian tetapi tiada keperluan. Hari-hari saya perlu memperingati kekasih ;-) yang SATU itu.

Selasa, 12 Februari 2013

Diet....Konon

Saya nak diet! Dah banyak kali cuba tapi tak berjaya. Walaupan berjaya kurang makan tapi berat tak surut. 

Kenapa nak berdiet? Sebab sejak lepas raya puasa tahun sudah berat saya naik 4kg! Huhuhu!!! Bulan Disember tahun lepas, saya berjaya kurangkan 5kg! Yes :-) tapi baru-baru ini :-( naik 4kg.....wuaahhh!

Semua kerana makanan. Sebab saya suka makan! Saya boleh tak makan nasik but not chocolate! Saya mula perasan, setiap kali saya sentuh chocolate cepat berat naik!

Tengok nih, lunch saya ambil coklat Snickers, dinner pukul 6 petang dengan ini saja. Sweet potato tu pun saya ambil suku saja, air mineral saja :-) .




Tapi sejam lepas tuh, ni hah another round of dinner. Tapi ringan je kan ;-).



Ini pulak dinner saya pada hari berikutnya. Bubur saja! 



Yang ni pun light saja kan, kan, kan untuk dinner juga!


Tekad saya sekarang, dinner with fruits only! Boleh percaya ka?

Syoknya dolu...makanlah apa saja, banyak mana sekalipun, pada waktu mana pun, berat saya tak kan naik! Belajar terima kenyataan metabolisma dah tak sama, jadi makan makanan berkhasiat dan banyakkan senaman!

Isnin, 11 Februari 2013

Terkenang Kampungku


Alangkah bahagianya jika rumah yang saya diami sekarang punya tanah yang seluas gambar ini. Ini hanya sebahagian kawasan belakang rumah my parents. 

Difikir kembali, syukur dengan apa yang saya mampu miliki sekarang. Sekurang-kurangnya idak lah mahal cukai yang kena bayar. Hahaha! Nak jaga dan kemas pun tak susah, kos pun sikit sebab kecik!

Ketika mula meninggalkan kampung untuk belajar kemudian bekerja, makan masa juga untuk saya biasakan diri dengan rumah yang kecil. Bila sudah tinggal di rumah yang kecil buat sekian lamanya, pulang ke kampung dan tinggal berseorangan terasa takutnya! Ingat lagi sampai saya pasang lampu satu rumah :-) Masa itu, my parents pergi umrah!

Bolehkah saya menetap di kampung satu hari nanti? Buat masa sekarang sukar! Sebab dah lama tinggal di bandar besar yang semuanya bergerak pantas! Akan datang tak tahu lagi. Ada dikalangan rakan saya yang menyimpan hasrat pulang ke kampung bila pencen, saya belum lagi ke arah itu.


Selamat Malam dari Kucingku


Selalunya bila saja nak tidur, semua akan naik atas katil. Like wish me gudnite lah :-). Pastu ada yang terus lepak atas katil, ada juga turun dari katil, di mana pun meowmeow tidur, meowmeow mesti lepak dekat dengan saya.  Love all my meowmeow....muahh!

Ahad, 10 Februari 2013

Merpati di Pagi Hari



Macamlah tak pernah tengok burung merpati yang sedang makan macam di gambar ni, dekat rumah saya pun ada! Lagi meriah. Biasalah yang jauh sikit dari rumah yang nampak cantik! Gambar ini diambil di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Dekat kawasan ini ada kedai mamak, roti canai nya boleh tahan sedap. Ada seorang tua sedang memberi burung-burung ini makan, rupa orang itu macam pengemis! Opps, maafkan saya kalau salah....sebab saya nampak orang itu berpakaian selekeh dan membawa satu bag plastik.

Rabu, 6 Februari 2013

Awek Bunga











Bukan minat bunga pun. Dari tanam pokok bunga lebih baik tanam pokok buah-buahan atau sayur-sayuran. Di rumah pun tiada perhiasan bunga :-) Tak minat, kalau berabok susah nak cuci!

Tapi macam mana ya, boleh pulak snap gambar bunga-bunga nih? Sebab bosan :-) Ada baiknya bosan ni, banyak benda gak boleh buat!

Gambar diambil di Cameron Highland semasa menemani my parents ke reunion. Yang seusia ada dua orang saja...maka berkawanlah saya dengan kamera & bunga. Jadi awek bunga sekejap :-)